Belek Baca Label Berjam-Jam. Sebab Apa Ya

Penyakit atau tabiat ni menurun daripada makcik dan mama kot. Kami bertiga cukup suka belek pelbagai produk, senarai bahan seteliti yang mungkin, untuk pastikan apa yang kita beli adalah apa yang kita dapat. Yelah, ni kira duit kot.

Makcik kita pun pernah cerita, kalau dekat dengan rumah dia ada farmasi konfom dia dok situ berjam-jam belek segala barang yang ada. Even mama, siap ada ensiklopedia herba untuk study. Tanyalah sakit apa, tau lah mama nak suggestkan.

Hehe.. agak annoyinglah (lebih-lebih lagi pada en.somi) sebab tu bermaksud dia terpaksa tunggu sampai kita puas hati belek produk-produk yang ada. Bayangkan nak pilih BB cream pun boleh dekat setengah jam?? XD

bb-2Bcream

Dan tolonglah, kalau disuruh berhenti belek produk tu pun, konfom kita diam fokus memikir senarai bahan dan perbandingan dari segi harga/berat, harga/volume, harga/kepekatan… jadi bagi je kita belek sampai puas.

Sebelum ni tak pernah pun ada tabiat macam ni. Cuma, selepas mula belajar secara serius dalam subjek kimia, di mana kita mula berkenalan dengan pelbagai terma dan nomenclature dalam penamaan sebatian atau molekul (lagi-lagi kalau nak kira JMR, JFR dan pemalar Avogadro nya) buatkan kita lebih suka untuk membaca dan memahami habis-habisan setiap bahan yang ada sebelum membeli.

Sekurang-kurangnya, kita alert dengan setiap bahan, dan mengelakkan dari tertipu dengan pakejing produk kan.

Lepas sekolah je mesti singgah kat Watson/Guardian kat Seremban Parade untuk belek-belek produk dulu, sebelum naik ke food court nak buat homework sebelum balik naik bas. Sebab saya budak baik…

Anyway, ni dia tips simple dalam memahami senarai bahan, secara ringkas 🙂

Tips Mudah Membaca Label untuk Memilih Produk

  • Senarai bahan diwajibkan untuk disusun bermula yang paling pekat hingga yang paling cair. Secara umum, 5 nama bahan yang pertama adalah yang majoriti ada dalam produk tersebut
  • Salah satu tanda bahan tersebut ialah organik ialah nama bahannya mudah disebut. Contohnya, ascorbic acid adalah dihasilkan dari vitamin C, berbanding dengan sodium ascorbyl palmitate.
dha
even susu anak pun kita ‘analisis’ betul-betul. Bukan main beli je tau.

 

  • Bahan yang terlalu susah nak disebut (kadang tu sampai tergeliat lidah) tu biasanya sintetik. Contohnya dimethicone, disodium EDTA, malah triethanolamine.
  • Bandingkan kandungan pengawet dengan bahan yang diperlukan dalam produk tersebut di mana kadang-kadang pengawet berlebih-lebih dari bahan kuncinya. Contoh nama pengawet adalah yang berakhir dengan paraben, dan fragrances

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge