Nak diet Atkins tak boleh, nak makan produk kurus pun tak boleh, macam mana nak kurus??
Shai banyak mendapat feedback dan pertanyaan dari pembaca blog ini (terima kasih tau!) mengenai cara terbaik untuk turunkan berat badan yang berlebihan, selepas melahirkan anak. Di mana, pertanyaan ini dari entri Shai yang banyak mengupas isu Atkins, serta cara ia dilakukan pada ibu-ibu yang menyusu. Boleh ja ibu yang masih bf anak nak berdiet Atkins. Cuma satu ni ja kena faham ya.
Tak boleh.
Kalau baby anda masih lagi kurang dari enam bulan serta belum mengambil solid food dengan berterusan; kerana diet Atkins ini akan menjadikan tubuh kita menghasilkan bahan dipanggil ketones, dalam proses ketosis, bahan tersebut agak berat bagi baby yang comel lotte ni.
Boleh jadi baby anda banyak songeh, asyik nak nangis, tercirit, malah sampai badan susut tak bambam lagi dah tau.
Jadi tak boleh ya, tunggu dahulu baby berumur sekurangnya 6 bulan dulu baru boleh berAtkins.

Tapi dah berat sangat akak ni, kena kurus jugak. Macam mana tu?
Bukan tak boleh kuruskan (atau dengan kata lain, buang lebihan berat yang tak diperlukan tu) tapi ada ja alternatif yang anda boleh lakukan, untuk turunkan jarum penimbang berat tu sehingga ke berat yang ideal dan vogue seperti dahulu.
Jika anda mengalami masalah berat badan sehingga terdesak untuk menurunkannya dengan segera (lagi-lagi kalau yang berat lebih dari 10kg ke atas tu), suka untuk Shai cadangkan penggunaan booster sebagai satu cara untuk cepatkan sket proses pembakaran lemak yang dah sedia ada secara semulajadi, dalam tubuh tu.
Iaitu mudahnya, Lecithin, Alfalfa Complex, dan ESP untuk kurus. Susu badan pun pekat dan meriah.
Cepat sikit untuk kurus, dengan pengunaan booster
Pengunaan booster/makanan tambahan/supplemen ini bukanlah baru, namun seringkali orang katakan ia tak berbeda pun dengan produk kurus yang ada di pasaran.
Suka Shai kongsikan, ia tidak sama sebenarnya.
Sama je Lecithin, Alfalfa Complex, atau ESP seperti produk kurus lain?
Perbezaan ketara tiga produk ini, ia tak lebih dari membantu tubuh kita untuk berfungsi dengan laju sedikit, dengan fungsi alami yang sedia ada.
Lecithin berfungsi untuk kelancaran pencernaan lemak
Umum mengetahui, Lecithin itu, sebenarnya telah dihasilkan oleh hati kita dah; Cuma apabila dah meningkat umur (atau mengalami penyakit) yang menyebabkan penghasilan lecithin semakin berkurangan, tu yang kita mudah naik berat badan sampai macam dipam-pam tu. Heheh..
Lecithin itu berfungsi untuk pencernaan lemak di hati (fatty liver), maka apabila kita ambil kapsul lecithin tu, hati dah ada extra dah untuk emulsi dan cerna lemak dengan cepat. Selain itu, ia juga berfungsi untuk sedut lemak di bawah kulit (biasanya kalau orang baru bersalin, buncit ye dok. Hihi), selain menghalang susu tersumbat dan bengkak payudara akibat penghasilan susu yang tinggi.
Aliran susu lancar, mama pun kurus. Best kan?

Alfalfa complex, untuk ibu dan milkbooster anak
Dari tamadun Arab dan Greek pun ibu-ibu mengamalkan alfalfa yang macam tauge ini buat milkbooster tau. Alfalfa ini, ia mengandungi pelbagai vitamin dan mineral, serta fiber untuk pelbagai fungsi. Ala-ala multivitamin jugalah.

Dan khususnya untuk kurus, Alfalfa Complex berfungsi untuk detoks usus (untuk kelancaran system penghadaman) dan buang angin dan bahan kotor dari tubuh (body circulation).

ESP, untuk susu ibu pekat dan mantapkan tubuh
Pengambilan proten extra ini wajib ketika kita berusaha nak kurus. Seperti konfom punya lah, bila kita start diet, mulalah tubuh nak mengidam yang bukan-bukan. Maka perlunya pengambilan protein extra ini, untuk kita lawan perasaan lapar/mengidam tersebut, di samping membantu tubuh untuk membina bentuk yang mantap.
ESP ini hanyalah serbuk protein yang pure tanpa ada bahan lain, dan ia bernilai glisemik yang rendah, sangat berguna untuk mengawal rasa lapar agar kenyang dengan lama (sebab tu ESP ini agak popular masa bulan puasa).


Oh, ya, melalui pengambilan protein ini juga, membantu susu badan pun pekat. 😉 Sebab susu itu sendiri daripada protein.
KLIK SINI untuk baca review Shai gunakan ESP yang diupdate mingguan. Mesti korang tak percaya berapa lama satu tin boleh bertahan. 😛
Mahukan alternatif lain dari ESP? Ada ja, KLIK SINI tau.
Kesimpulannya
Seperti yang Shai katakan tadi, pengambilan booster ini bukan sahaja kurus (kerana ia selari dengan fungsi alami tubuh) malah ia memberikan manfaat kepada anak yang disusui, berbeza dengan produk kurus yang sedikit sebanyak boleh memberi kesan yang kurang elok pada bayi, kerana kandungan stimulant yang tidak diketahui jumlahnya.
AWAS!
Penggunaan booster/makanan tambahan ini bukanlah sebagai satu alasan untuk mentedarah makanan dan bermalasan seperti biasa kerana produk ini hanya sebagai penggalak dan bukannya sebab multak anda kurus. Bagi Shai, bila nak turun berat tu, biarlah ia kekal sehingga tua, atau kecuali anda mengandung buat kali kedua, ketiga, keempat, dan ke ke ke nya (Shai ucap tahniah siap-siap. hehe)
Lagipun, Shai sendiri pernah guna ketika nak all out kurus dan gabungkannya dengan Atkins dan workout. Jadi Shai yakin dan sedia maklum dengan kesannya. Sekarang ni maintain dengan fasa 4 ja. 😀
Jika anda mahukan penjelasan lebih lanjut mengenai set ini, whatsapp terus di 017-915 3260 atau pm Shai di fb ya (Shai Ryan). Shai akan kongsikan kepada anda, cara dan guide yang betul.
Khusus untuk ibu yang masih menyusu dan mahu kurus dengan selamat pada masa yang sama, baca lanjut di sini mengapa tidak boleh ibu menyusu bermula dengan fasa 1. Atau dengan satu ebook yang lengkap sekaligus untuk memudahkan anda (baca di bawah)
Update terkini. Atas permintaan ramai dan feedback yang bertalu-talu; Shai sedang edit, tambah dan mantapkan lagi ebook Atkins untuk Ibu Menyusu, edisi ketiga dan terakhir, seperti gambar di atas. dan sukacitanya ia DAH SIAP! Yeay!
Ebook ini agak tebal, shingga 70m/s, dan lengkap untuk anda merujuk, tambah pengetahuan, serta gunakan alat/tools yang diperlukan untuk untuk capai berat ideal dan kekalkannya. Shai ulang, ebook ini agak tebal, agar membantu anda di mindset yang betul sebelum bermula proses kurus, selain memastikan ebook ini berbaloi dengan apa yang anda bayar. Jangan risau, harganya dah ditetapkan sebagai berpatutan dan pelaburan sekali seumur hidup. Klik sini untuk maklumat lanjut mengenai ebook Atkins untuk Ibu Menyusu ini.
4 Comments
Nak kurus makan kene kawal jugak. Kalau tak pasti cara nak makan untuk kurus boleh cube baca kat blog sado street. Boleh follow cara permakanan kat situ
best best 🙂 saya ambil esp + lecitin …
Aida br test makan herblax & lecitin 🙂
Mau kurangkan lemak berlebihan …
Hai Aida! check back ke kita selepas sebulan nak? mesti dah susut 5kg at least. 😀