Review ESP – benarkah ia beri tenaga (diupdate setiap minggu)

[Psst.. ESP termasuk promo bulan Mac ni] Dalam banyak2 produk Shaklee, ESP yang paling hot selling orang kata, especially untuk line set kurus. Mana taknya, 1 tin ESP ni boleh gabung ke produk2 lain untuk pelbagai tujuan. 

Ala-ala multitasking gitu. Dan apa2 sahaja yang boleh serba-serbi memang saya cuba.

Perbandingan ESP dengan sumber protein lain

Hajat di hati dah lama teringin sebenarnya nak cuba ESP ni, lepas dapat rasa seteguk dari kawan.  Asalnya kerana nak up sket jisim otot lepas saya dah makan set kurus dan saya berjaya turun sebanyak 8kg. Memang seronok, tapi kerana terlalu pantas berat badan turun, jadi menggelebeh sedikit.

10092014418
set kurus ni paling murah punya saya beli. menjadi turun berat badan. 🙂

Dan segelas susu selepas rutin senaman tak cukup membekalkan jumlah protein untuk isi ruang2 yang telah dikosongkan oleh lemak sebelum ini. heh heh..

Sumber protein alami seperti ayam, ikan, dan daging memang bagus, cuma kandungan protein yang ada akan musnah jika dimasak pada suhu tinggi – salah satu sebab mengapa ESP perlu dibancuh dengan air suam/sejuk sahaja.

Berapa kali terliur tengok whey protein dari Optimum Nutrition di GNC kerana saya pernah diupah untuk kumpul review produk ni. tapi mahai wei (ada dalam RM300++)..

Jadi at least ESP ni alternatif murah dan terbaik kerana harga retailnya masih RM150.

Takpalah, kita nak slim2 mantap mcm Angelina Jolie, bukan nak berketak2 pun. 😛

Syukur, rezeki saya akhirnya, ada promo ESP bulan ni (diskaun kaw2 punya) saya tak fikir panjang terus beli. 🙂

Okeh, lepas baca habis2 arahan dan panduan. Saya sesuaikan dengan rutin harian saya iaitu 1 1/2 sudu, pagi (sebelum sarapan) dan selepas senaman untuk dapatkan benefitsnya dengan maksimum.

page
gmbr bwh tu sesudu bukit esp..macam rupa tepung gandum dah.

ESP pada 10 Oktober 2014 (sehari lepas beli tin ni)

Mula minum dengan sesudu (leper) sebelum sarap. Kalau minum plain, oh Tuhan..keladak soya tu memang rasa..kembang tekak sekejap.

Saya campur dengan susu tepung (cilok anak punya sedikit) baru rasa dia sebijik cam minum soya kotak. Orait, baru sedap nak teguk. hehe.. campur sedikit juga dengan serbuk Jamu Jelita (sprinkle2 gitu) untuk kulit. 🙂 Alang2 ada saya gabungkan sekali untuk mudah sekali minum.

Perasaan kenyang tu memang ada – bukan kenyang mengah ye, tapi kenyang steady yang boleh kita rasa dalam sejam dua selepas makan tengah hari. Dan yang best, rasa kenyang tu steady je untuk 3,4 jam.

ESP pada 12 Oktober 2014 – effect minum untuk selepas senaman

Saya minum full dengan 1 1/2 sudu sebelum sarapan dan selepas workout. Saya perasan, nasi yang biasa diambil tu tak dapat habiskan (dugaan gak sebab hari ni masak sambal ayam). Ok, simpan dulu untuk sambung mkn petang.

Sebelum sambung makan nasi tadi, saya buat rutin senaman (6x seminggu tau.), lepas habis, minum lagi segelas ESP (tak dicampur Jamu Jelita) untuk maksimumkan effect protein ke tubuh.

Nasi tadi tak jadi makan, tunggu malam sket baru makan. Heh heh.. memang kenyang (lagi).

ESP pada 15 Oktober 2014 – ketika kelam kabut menguruskan rumah

Sejak 14hb tu Ryan demam ckt (adalah dahi panasnya, pening, batuk2)..memang tak hantar ke taska lah jawabnya. Tambah pulak somi kena pergi Mardi dengan team dia, tinggal lah saya dgn anak. Dah  pack dgn urusan kerja, tambah lagi nak melayan anak tak sihat ni, jadilah alasan gak untuk tak masak hari ni. heh heh..

Hanya segelas ESP (2 sudu penuh) dah boleh tahan lapar sehingga ke petang. Makan petang ala kadar, hanya telur separuh masak untuk kami dua beranak (bunyi cm zuhud je..padahal malas. 😛 ) sebab yg kecik tak mau mkn sgt, hanya air je dia mau teguk.

Malam baru minta somi belikan sup ayam utk dinner..tu pun tak habis. 😛

Yeah! ESP membantu lagi sekali.

Perasan jgk, kombinasi ESP dan sedikit Jamu Jelita, pori2 kat hidung makin kecik/tak nampak dah..dulu besar ya amat..smpi bintik hitam boleh npk seketul2. Protein+kolagen sume, kombinasi terbaikk!

ESP pada 18 Oktober 2014 – ketika pujian demi pujian bertimpa..ahaks!

Hehe..setakat ini alhamdulillah tenaga sangat maintain dalam seharian and guess what? turun lagi 2kg you! perut maintain flat (ada sket gelebeh je tinggal) dan rasa tubuh lagi sturdy/kukuh macam awal2 fasa healthy eating gitu.

senyum melebar je tengah tulis ni..tujuan ambl ESP ni semata2 untuk bina balik otot+tenaga semata-mata. Tapi bila bertubi2 pujian, sapalah saya untuk menolaknya..aww!

Comel3
bukan saya kata aaa XD

oke2 cukup2 lah perasan tu..tp betullah seperti dalam update sebelum, pori-pori tak kelihatan lagi. 🙂 Mudah kan, sambil bertenaga pun boleh perbaiki keadaan kulit dengan hanya setin ESP. dan belum sampai suku pun tau!

serius lah, walaupun setin pun dah berbaloi2 beli ESP nih. Baru 1,2 hari untuk tenaga segera dan 1,2 minggu untuk nampak kesan kat kulit.

ESP pada 25 Oktober 2014 – dari minum ke masker

Dok baca2 orang dok cerita sokmo tentang masker esp, kita pun try jugaklah..hehe..macam-macam idea boleh buat tentang masker ni dan yang bagusnya, kita boleh mix+match bahan2 yang perfect untuk kulit kita. yelah, lain orang lain masalah dan jenis kulit dia kan?

jadi sebagai panduan paling asas, saya hanya gunakan esp ni dicampurkan dengan air sejuk je. 🙂

steps in masker

saya tak tipulah, bau soya plain agak menyengat..hehe..tapi tahan je lah tekak ye.. XD

(saya biasa guna cuka epal sebagai perapi rambut, lagi tak boleh tahan tau).

1) Masker tersebut ditepek rata2 ke kulit yang telah dibasahkan dengan air (supaya kulit lembap2) dengan menggunakan pisau plastik . Tip saya, urut muka dengan hujung jari dalam bulatan kecil untuk menggalakkan darah mengalir, disamping nutrien2 dari masker meresap untuk bekerja dalam kulit.

2) Biarkan kering sebentar (muka memang kelihatan cam pakai bedak sejuk ye)

3)dan kemudian bilas dengan air suam.

Saya dapati kulit makin lembut disentuh dan berseri lepas tu. Nampak supple and moist. 🙂 puas hati walaupun baru sekali cuba. hik hik..

Moleknya juga, jangan guna ESP untuk luaran je, serta sekali dengan minum segelas untuk kesan yang ideal, sebab apa yang kita makan, itulah yang terlihat kat kulit tau (tak percaya tengok gambar status fb atas nun.ahaks!).

ESP pada 27 Oktober 2014 – stretch mark makin tak kelihatan!

Wow..saya terperasan semalamnya ketika dok bersiap2, stretch mark makin pudar. In fact, ‘dekorasi’ warna ungu2 yang menepek kat kawasan rekahan tu dah takda. ghaib terus.

images
ni bukan saya ya.

em..stretch mark saya sebenarnya dulu teruk,smpi kena ‘ish ish ish’ ngn nurse..mama kata kulit nipis kot, over teregang kulit, anak pulak besau, 3.4kg.hehehe..pueh sapu minyak zaitun pun tak jadi jgk.

Asalnya, selepas mengamalkan sit ups dengan konsisten, perut menjadi semakin leper, kulit tightened semula, maka secara tak langsung kesan rekahan tak kelihatan sangat.

Dengan esp, dengan warna huduh tu pun hilang terus, malah kesan rekahan kecil di sisi pun tak kelihatan. alhamdulillah…sukenya.

Saya rasa sebab kandungan protein topup balik mana yang lompong kat perut ni..:D

Bukan apa..malu sgt2 tau..belah mama takda pun cmtu. lagi2 mama dah 4 anak pun smooth je..sbb kuat mkn EPO dan vit E sejak muda.saya ni ha, baru nak mula..

ESP pada 7 November 2014 – bawa ESP ke mana-mana

Semacam menjadi habit dah, sejak ada ESP, saya pastikan untuk bawa 1 botol shaker siap2 bila keluar. Maklumlah, kalau kat luar, masuk tengahari mulalah mencari makanan (saya pulak skrg ni hantu mkn ulam2).

Alhamdulillah, kini saya tak fussy sgt bila makan (sebab saya ni cepat nak marah bila lapo) sebab tenaga dan rasa kenyang steady je bila kemana-mana. 🙂

ESP pada 27 Disember 2014 – kulit tapak kaki dah tak merekah lagi

Fuuh..lama tak update nampak..hehe.. yelah, benda yang sama saya dapat seperti yang disebutkan sebelum ni takkan nak ulang sokmo (kan meleret entri ni kot).

Oke2, seperti yang ditulis kat headline atas tu, saya dah berzaman sebenarnya mengalami kulit kaki yang merekah – salah satu sebabnya saya punya habit ialah suka kutil2 kulit tu. dah tu sampai bila nak elok??

haha.. banyak kali dah kena bebel ngn hubby tapi tu lah, hihi..kdg2 ter-berdarah tapak kaki mulalah orang tu ngeri.

Adalah dalam kurang sebulan ni saya perasan kulit di tapak kaki semakin pulih. Struktur kulitnya semakin kukuh namun mulus dan lembut! Malah bekas2 luka akibat tabiat saya suka mengutil tu pun semakin pulih ke bentuk asal. Alhamdulillah.

Yelah..takmo kutil2 lagi dah..hihi

Habis akhirnya tong ESP kesayanganku 25 Januari 2015

Akhirnya, pada tarikh tersebut habislah ESP ku korek2 dari tong beso ni. Selama 4 bulan ambil, pelbagai perubahan yang dirasai dan semuanya adalah positif belaka.

Setong pada harga runcit pun RM150 (tunggu promo kalau nak murah ye atau boleh kawtim dengan saya) pun tahan 4 bulan, jadi sebulan hanya anda perlu habiskan RM12.50 sumber protein yang pure dan murni2 untuk tubuh anda,

Logiklah kan, sekecil-kecil sel anda pun dari protein.

esp habis

Bookmark page ni untuk tahu update seterusnya dalam minggu ni. 🙂 Habis dah review. Yeay!

P/S: Kalau mahu tahu lebih lanjut tentang ESP ni (lebih2 lagi untuk tenaga dan senaman) klik sahaja di sini.

Update 8/4/2015 untuk repeat order

: Yeay tong kedua ESP telah pun sampai!! Kerana bulan Mac 2015 lepas ada promosi yang berbaloi dan murahhh (dan belum dikenakan GST) jadi untung banyak kalau beli awal. Hehe..

Yang dah beli ESP (kalau takda masalah kontradiksi) akan tahu keajaibannya. 😀

Nak dapatkan hasil yang serupa macam saya? Anda boleh wassap saya terus untuk respon segera ke 017- 915 3260.

UPDATE: Mulai 2019 ini, Shai tidak lagi menyediakan penjualan dan konsultasi berpandukan produk shaklee, kerana kekangan masa dan tenaga. Instead Shai fokus lebih kepada konsultasi produk digital Shai iaitu panduan gastrik dan juga siri Weightloss Workbook.

*ya, konsultasi berjela-jela yang Shai sediakan hanya untuk produk digital ja la ni; makin ramai nak jaga, terima kasih atas sokongan ya. 

Info dalam page produk shaklee dikira sedekah ja lah; boleh contact seller2 shaklee lain yang sesuai. 😀

Bacaan lanjut

2 Comments

  1. Saya suka minum ESP lepas balik gym. Konon2 tolong bina otot. Memang menjadi!
    Lg byk otot lg byk power yg kita ada.

    1. Tu lah, tak sangka jadi kan. haha.. ESP ni sgt lah sesuai sebagai minuman selepas workout sebab asid amino+protein dia dah ready made halus untuk mudah diserap. 🙂 baru cepat sket build muscle tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge