Ebook Kurus Khas untuk Ibu Menyusu

Atas permintaan ramai (sampai ke whatsapp korang pm Shai tau), Shai akan edit, tambah, dan lengkapkan ebook yang menjadi carian ibu-ibu sekarang ini, iaitu ebook Atkins untuk Ibu Menyusu edisi kedua ini akan ditamatkan dan digantikan dengan ebook ketiga (dan terakhir) Atkins untuk Ibu Menyusu.

Apa Yang Terbaru Dalam Ebook Atkins untuk Ibu Menyusu Final Ni, Shai?

Dalam ebook edisi ketiga ini, Shai tulis lengkap dengan segala perkongsian, nota padat dan mudah difahami, tips personal yang Shai sendiri amalkan, serta pengalaman yang dapat sepanjang menawarkan khidmat coaching kurus sebelum ini, atas permintaan ramai yang mahukan Shai tulis sendiri manual untuk kurus.

Klik sini untuk baca lebih lanjut mengenai hasil dan testimoni ebook edisi kedua sebelum ini

Jadi ebook ini akan jadi lebih tebal daripada sebelum ini, perlu ambil sedikit masa untuk habiskan membacanya, namun Shai jamin, ia lengkap sebagai rujukan cikpuan/puan dalam proses mendapatkan berat ideal anda, selama ini.

 

Cover terkini untuk ebook atkins untuk ibu menyusu edisi terakhir. Cantik kan?

Mengapa Shai Hasilkan Ebook Ini?

Sebab Shai juga seperti anda. Selain menjadi seorang ibu kepada hero kici ni. Shai juga

  1. bekerja dengan berniaga
  2. uruskan minimum 2 bisnes
  3. masih menyusukan anak, dan
  4. Shai jenis badan cepat naik (ikut keturunan), maka
  5. hormon cepat celaru sekarang. Perlu betul2 jaga makan dan jamu

Jadi Shai faham sangat betapa sukarnya seorang ibu nak dapatkan berat yang cantik, kurang-kurang sebelum mengandung.

Bak kata orang tua, jaga badan ni biarlah seperti kain batik yang elok. Basuh beberapa kali pun tetap nampak baru, tetap lembut 😉

Jadi lepas jumpa caranya, Shai hendak berkongsi agar kita boleh slim dan sihat sama-sama. 😀

Shai juga faham bagaimana dalam kesibukan kita uruskan rumah, anak dan suami HARI-HARI sampai lupa nak tumpukan pada diri. Sedar tak sedar, tiba-tiba berat badan dah naik, baju yang ada tiba-tiba ketat, sampai telekung yang dipakai pun sendat.

Ni serius. Inilah yang pernah Shai lalui.

Frust sangat2 tau. Sampai lupa kesihatan diri. Baru perasan kenapa kebelakangan ni makan tak betul, minum kopi memanjang untuk buka mata, kulit pula kusam banyak jerawat halus, jalan jauh pun kerap semput.

Korang pun ada rasa macam ni juga tak?

Nak -nak pula kawan sekerja/saudara-mara ada yang dah beranak 4 pun badan maintain lagi (samada duit laki dia banyak atau dia dari muda dulu jenis kurus. Oops, terbawang pulak).

Jadi nak cuba buat sendiri lah juga dengan save menu-menu kurus di fb, save workout challenge dekat ig. Buat sekali dalam seminggu terus stop, sebab tak dapat komit dan tak tahu apakah cara terbaik untuk kurus yang sesuai dengan diri sendiri. 

Sudahnya sampai bila nak dapat balik bentuk badan yang kita teringin sangat tu?

Sebab itu, Shai sediakan ebook atkins untuk ibu menyusu ini, kerana masalah yang disebutkan tadi. Shai pernah alaminya jadi Shai faham situasi yang ibu-ibu seperti kita sedang lalui. 😀

Maka dengan panduan ini Shai yakin, pelaburan yang anda habiskan untuk ikuti apa yang terkandung dalam ebook ini, jauh lebih menjimatkan dan memudahkan daripada menghabiskan duit untuk cepat kurus selepas ini.

Apa Yang Saya Akan Dapat Daripada Ebook Ini Shai?

Dalam ebook ini Shai tulis untuk korang dapat:

  1. Info selengkap yang maksimum, hasil daripada perkongsian dan pengalaman coaching kurus (personal dan berkumpulan yang sampai 500++ orang kot)
  2. Fokus dalam ebook ini adalah untuk mendapatkan berat yang ideal dan sihat, dan kekal dengan berat ideal tersebut: bukan sekadar fad diet ye. Shai lebih suka solusi untuk jangka panjang dan selama-lamanya, insya Allah.
  3. Segala info yang ada dalam ebook ini adalah khusus untuk ibu-ibu yang sedang menyusu, dan mahu solusi terbaik untuk mendapatkan berat yang ideal (backup plan pun disediakan just in case kalau diet kelaut balik. Shai pernah kena tahulah..huhu) -.-

    Sampai bila nak menung memikir cara terbaik untuk anda nak kurus? Cer tanya pada diri
  4. Walaupun info di dalam ini agak panjang dan detail, Shai mudahkan konsep Atkins dan proses kurus agar anda dapat memahami bagaimana proses ini berjalan dan lebih mengenali tubuh sendiri. Lain orang lain tubuhnya, dan cara anda mungkin tidak sama dengan orang lain.
  5. Bukan sekadar ikut cara orang putih dengan Atkins ini, Shai gabungkan sekali dengan amalan/rawatan mengikut tradisi kerana Shai percaya, amalan tersebut bermanfaat untuk tubuh Nusantara kita 😀
  6. Guidelines dan tips dikongsikan untuk anda sendiri sesuaikan mengikut apa yang ada di rumah, ruang masa yang anda ada, dengan mindset yang betul <- ini kunci utamanya
 ebook Atkins untuk ibu menyusu
Antara kandungan dalam ebook Atkins untuk ibu menyusu. Banyak kan? Semua siap untuk memudahkan anda.

Keunikan Ebook Ini, Ia Sentiasa Diupdate dan Dalam Versi Terkini Tau

Kerana memandangkan ebook ini adalah edisi terakhir, segala update/info terkini yang berkaitan (biasalah mesti ada penemuan baru oleh pakar kesihatan kan) dalam ebook ini, Shai akan masukkan sekali, juga dengan link download yang sama dan akan diupdate untuk anda.

Jadi ebook anda sentiasa dalam versi terkini dengan info relevan yang sesuai untuk membantu anda mendapatkan berat badan ideal dengan kekal.

Berbaloi kan? Sekali dapat ebook ini ja dah setel. 😀

Saya Nak Beli Tapi..

Lepas berpuluh-puluh menu diet dan gambar workout yang dah download mesti korang akan fikir “yeke, boleh percaya ke guna ebook camni pun boleh kurus?”.

Takpun mungkin sedikit sebanyak terfikir samada panduan yang ada dalam ebook ini memerlukan korang ikat perut tahan lapar (macam dah puasa gamaknya), kot2 susah sampai tak boleh ikut kena berhenti separuh jalan (lagi sekali), atau beriya-iya ikut diet ni sampai ganggu urusan rumah dan kerja sekali?

Yeke? Boleh percaya ke ni?

Shai faham apa yang korang lalui. Sebab Shai pun macam tu juga 😛

Begitu juga dengan ramai yang Shai konsult sebelum ini (samada melalui personal coaching, grup whatsapp, dan yang beli ebook atkins ini), mereka pun teragak-agak juga dengan konsep yang Shai tekankan.

Apakah Hasil Yang Pernah Menggunakan Ebook Ini? Ada Testi Tak

Namun lepas gunakan panduan ini dan dapatkan konsultasi daripada Shai, mereka jumpa ebook ini, sebagai penyelesaian terbaik dalam mencapai berat ideal dan dapatkan kesihatan yang baik semula, yang di ingini.

Dan jauh lebih jimat daripada pergi ke gim, slimming center (ada pakej yang Shai konsult tu ambil, sampai RM3000 kot) atau beratus-ratus ringgit untuk produk kurus yang telah dibazirkan. Jimat masa itu pasti, sebab apa yang diperlukan dalam proses kurus tu, semuanya ada tersedia untuk korang, dengan sekali beli sahaja.

 

Chup: Shai konsult yang kurus ni bukan setakat nak kurus dengan body vavavoom ja; ada yang krtikal sampai doktor suruh diet dah, ada yang sakit lutut dah, atau pun ada yang dah mula keletihan tahap teruk sampai ganggu urusan rumah dan kerjaya mereka.

Antara potensi penyakit yang kita semua boleh kena jika tak kawal berat badan kita sebaiknya. Penyakkit tiga serangkai tu haruslah, tak termasuk potensi gastrik, PCOS, kanser, dan juga pastinya, buncit. Korang bacalah satu persatu untuk tengok.

Isu-isu berat ni lah yang buatkan Shai hasilkan ebook ni, Takkan kita semua pun nak kena seteruk camtu baru nak bertindak.

Tambahan pula, Shai berikan konsultasi berjadual berpandukan ebook ini pada peringkat awal, untuk bantu korang memahami konsep dalam penurunan berat badan dengan betul dan seterusnya boleh digunakan ilmu tersebut untuk maintain berat badan sampai bila-bila. Dan kalau Shai dah konsult ni, memang detail2 Shai buat.

Alhamdulillah, ada juga orang menghargai cara Shai explen dan konsult. Memang cara kita gini pun. -.-

Kata nak berat turun dan terus maintain ye dok? 😀 Dan teruskan membaca untuk lihat testimoni di akhir page ini.

Adakah Ebook Atkins Ini Sesuai Dengan Saya?

Tahniah jika anda decide nak dapatkan ebook ini. Sebelum itu, Shai sediakan beberapa key soalan untuk anda pastikan ebook ini sesuai untuk anda:

  1. Adakah anda masih menyusukan anak? Adakah sudah 6 bulan dan keatas, serta konsisten mengambil makanan pejal sekarang ni?
  2. Adakah mempunyai masalah nak menurunkan berat badan, dari minimum 5kg sehingga maksimum 30kg? (Paling severe Shai pernah guide, 48kg juga nak turunkan).

Kalau anda jawab ya pada kedua-dua soalan ini, maka sangat sesuai untuk anda mendapatkan ebook Atkins Untuk Ibu Menyusu, Edisi Ketiga dan Terakhir ini

*Ya, walaupun anda sedang/akan menggunakan produk kurus/supplemen kecantikan pun boleh menggunakan panduan yang ada dalam ebook ini. Dan Shai akan sediakan aturan penggunaan yang sesuai untuk kesan yang di ingini.

Okeh, Saya Nak Ebook Ini. Berapakah Harganya Shai?

Harga yang Shai tawarkan, sekadar lepas pelbagai kos untuk membuat buku ini cukuplah, kita nak sama-sama sihat dan cantik ye dok. 😉 iaitu dengan harga RM40 sahaja (harga asal RM50), untuk ebook tebal ni dengan:

  1. konsultasi/diskusi percuma kot2 korang ada stuck masa diet ke macam mana, dengan solusi sekali
  2. link download ebook ini yang tetap, sebab Shai akan sentiasa masukkan info baru ke ebook ni. Jadi lepas update, Shai akan edit dekat sidebar atas tu infom kat korang, jadi download lagi sekali ikut link yang diberi – sampai bila-bila. Senang kan? Takdalah ilmu tu basi tak boleh pakai dah.  😉

 

Antara support berterusan yang Shai kongsikan pada yang membeli ebook ini. Shai minta maaf dulu, Shai kalau explain memang akan berjela-jela sampai jelas XD

 

Testimoni penggunaan ebook, selepas menggunakannya dalam seminggu dua. Lanjutan rasa best kerana rasa bertenaga dari biasa (selepas pembuangan toksin beransur-ansur keluar). Alhamdulillah 😀

 

Ya, ebook ini yang Shai hasilkan untuk menepati, dan memudahkan ibu-ibu untuk mendapatkan berat badan ideal, walaupun sentiasa sibuk

Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Ebook Atkins Ini Shai ?

Okaylah takmo bebel panjang, anda boleh lihat sendiri berapa banyak info yang ada pada teks dan gambar di screenshot di atas.

Pada yang mahukan ebook finale ini, terus whatsapp Shai terus di 017-9153260 dengan Kod EBOOK EDISI KETIGA, dan Shai akan maklumkan anda cara menggunakan ebook ini dan cara pembayaran maharnya. *Untuk makluman, ia sama dengan panduan menyusu yang Shai sediakan di mommysado.com juga, dan rebate RM20 juga terpakai melalui pembelian di sini. Jangan risau ya. 😀

Saat ini, pilihan berada di tangan anda untuk Shai bantu dengan panduan ini

Jika anda nak mulakan perubahan dengan ikhtiar ebook ini, klik no telefon Shai untuk whatsapp ya. 017-9153260

 

 

 

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge