101 Asas Tentang Diet Atkins

Rata-rata group masuk dok cerita Atkins tu, Atkins ni, sehingga ada gak dua tiga spekulasi mengatakan Atkins ni adalah satu diet yang tak elok, bahaya untuk buah pinggang, dan gila jika tak sentuh nasi langsung.

Ohhoiiii.. Moga-moga dengan perkongsian ringkas tapi padat ni akan betulkan tanggapan umum tentang diet popular sepanjang zaman ni. (Kim K pun buat atkins oke). Jemput baca ya.

101 Asas Tentang Diet Atkins

Sedikit Intro Tentang Sejarah Diet Atkins

Pengasas diet ni, Dr. Robert C. Atkins merangka satu diet lepas dia tengok mcm mana tahap obesiti dan kesihatan dikalangan rakyat Amerika dah sampai tahap epidemik dah (trend ni pun akhirnya menular kat Malaysia).

Akhirnya Dr. Atkins jumpa cara terbaik dalam menyelesaikan epidemik ni, dengan mengambil makanan yang betul disamping kurangkan karbohidrat yang diproses membantu tubuh untuk bertukar mode operasi dari membakar karbo untuk tenaga kepada membakar lemak – satu pendekatan karbohidrat secara terkawal.

banner

Bukan sebaran teori yek, tapi melalui kajian2 dan penemuan yang diambil dalam Journal of the American Medical Association (JAMA) yang menyokong teori ini.

(artikel2 dalam JAMA ni antara yang paling kita boleh rely dalam kajian sebab sgt9 susah nak masuk dalam senarai dia)

Fasa-Fasa Dalam Diet Atkins

Terdapat empat fasa dalam diet ni iaitu Fasa 1 Induksi,  Fasa 2 Ongoing weight loss (OWL), Fasa 3 Pra-maintain, dan Fasa 4 Maintain sampai bila-bila (lifetime maintainance).

Umumnya, fasa 1 ni berjalan selama 2 minggu terus menerus, dan fasa lain akan mengikut sesuai dengan respon tubuh selepas tu. Namun, kadar sebenar dalam setiap fasa adalah bergantung kepada berapa jumlah berat yang nak dibuang.

atkins_food_pyramid_400x300_mvlfi_qyo6x
Piramid makanan, Atkins-style. berbeza dgn piramid yang KKM dok promot kan?

Semakin beranjak seseorang itu ke fasa seterusnya, makanan berkarbo akan mula diambil, selain makanan lain yang biasa dimakan ketika fasa sebeleumnya. Yang pasti, makanan yang sihat, menghadkan jumlah gula dan makanan yang diproses amat dan sangat ditekankan.

Fasa 1 – Induksi; Fasa yang terutama

Fasa ni punyalah penting kerana dalam fasa ni tubuh anda akan mula proses ketosis (membakar simpanan lemak yang ada dalam tubuh) dan ia boleh berjalan selama 2 minggu (at least) sehingga 6 bulan, malah sehingga 2 tahun, sekali lagi bergantung kepada jumlah berat badan yang anda nak buang jauh2 tu.

Untuk mula fasa induksi, diet yang diambil adalah yang berprotein tinggi dan mengurangkan jumlah karbohidrat sehingga 20g sehari, dimana karbo2 tu diambil dari sayur mayur yang hijau (lagi hijau, lagi baik).

fasa 1

Jadi secara asasnya, kena sentiasa alert dengan jumlah karbo yang ada dalam setiap yang masuk kat mulut kita. Dulu tak ambik pot kan? Hehe..

Perlu diingat juga, fasa ini tak sesuai untuk ibu yang menyusu lagi, maka ibu2 kalau mahu berAtkins, gunakan diet Atkins yang sesuai untuk ibu menyusu.

Proses ketosis

Proses ketosis adalah salah satu elemen yang penting dalam Atkins, di mana tubuh anda mula cekau2 lemak yang tersimpan untuk dibakar untuk penghasilan tenaga. Proses ketosis ini secara tidak langsung juga memberi kesan kepada penghasilan insulin, yang membantu lebih banyak lemak dari terhasil (yeay!).

Bila tubuh anda dah masuk ketosis, nanti kuranglah nak mengidam makanan yang berkarbo dan tak sebok sangat dah (lagi yeay!).

Klik perkataan biru ni untuk tahu jika tubuh anda dah mula proses ketosis.

Fasa seterusnya? Dalam diet Atkins tak boleh makan karbo dah terus ke?

Boleh je.. Tapi kena perhatikan jugak.

Fasa seterusnya iaitu 2,3, dan 4 ialah fasa yang anda boleh rilek sket (bukan melantak balik cam dulu tau #kenakang).

Ketika ini tubuh anda telah steady dengan ketosis maka anda boleh berdikit2 ambil balik karbo sehingga anda tahu berapa jumlah karbo yang anda benar-benar perlukan dalam sehari (hadnya berbeza mengikut orang). Biasanya, dicadangkan untuk tambah 5 gm setiap minggu (berpandukan senarai makanan dan sayuran yang dibenarkan dalam Atkins).

Nak nasi putih? tunggu fasa 4 ye..tu pun kena ambil cinonet dulu.

Kunci dalam diet ini adalah untuk menentukan ‘Karbohidrat Equilibrium (ACE) – jumlah karbo yang ideal untuk maintain berat, dan mengamalkan makanan dan had karbo anda yang tersendiri, sampai bila-bila.

Ini adalah sebabnya mengapa karbohidrat tu sangat2 dihadkan, berbanding pengambilan lemak (lemak yang sihat ye, bukan yang berketul terselit celah ayam tu)

what makes you fat

Di sini, penimbang yang dipercayai akan jadi kawan baik anda untuk bantu anda monitor pertambahan berat; jika ada, maka perlu cut back jumlah karbo (atau mungkin tak boleh langsung makan sumber karbo tu) supaya berat anda sentiasa dalam jumlah yang ideal dan sihat.

Sekali lagi ditekankan, pengambilan makanan yang sihat amat penting – kurang gula, kurang garam, kurang minyak yang tak sihat dll tu – untuk tubuh yang mantap. Penggunaan makanan tambahan juga amat digalakkan, seperti yang disokong oleh Dr.Atkins sendiri. Klik sini untuk pilih makanan tambahan yang sesuai ketika berAtkins.

Apa yang boleh saya simpulkan, Atkins ni power, hasil pun power. Jadi kesungguhan pun kenalah power.

Senang cerita, kerana diet ini ada banyak manfaatnya.

Pendapat saya, sebaiknya tambahkan info lebih lanjut tentang diet ini seperti carian di google untuk info dan resipi, join group facebook atkins untuk sokongan dan tunjuk ajar dari yang otai2.

Semoga membantu anda untuk berdiet dengan sihat. 🙂

Update terkini. Atas permintaan ramai dan feedback yang bertalu-talu; Shai sedang edit, tambah dan mantapkan lagi ebook Atkins untuk Ibu Menyusu, edisi ketiga dan terakhir.

Ebook ini bermanfaat jika anda a) seorang ibu yang mencari cara terbaik, sihat dan selamat untuk kurus, b) yang baru nak berjinak2 dengan diet Atkins tanpa rasa pressure, sebelum progress ke Fasa 1 kemudiannya, atau c) yang sekadar mahu ia sebagai langkah awal untuk elak terkena kencing manis dan sakit jantung, yang datang dari pemakanan tidak sihat/keturunan genetik.

Ebook ini agak tebal, dan lengkap untuk anda merujuk, tambah pengetahuan, serta gunakan alat/tools yang diperlukan untuk untuk capai berat ideal dan kekalkannya. Shai ulang, ebook ini agak tebal, agar membantu anda di mindset yang betul sebelum bermula proses kurus, selain memastikan ebook ini berbaloi dengan apa yang anda bayar. Jangan risau, harganya dah ditetapkan sebagai berpatutan dan pelaburan sekali seumur hidup.

Edisi Final dengan cover lebih mantap

Sementara dalam pembikinan, Shai amat alu-alukan feedback dan idea dari anda. Kalau ada cadangan boleh utarakan di komen (sila letakkan email yang biasa anda guna) dan yang bagi feedback tersebut akan dapat ebook ini secara percuma saja, sebagai menghargai jasa baik anda. Komen tersebut tidak akan dipublish demi menjaga privasi maklumat anda, jadi anda boleh share apa yang anda nak sangat2 ada dalam ebook ini, demi nak kurus.

Panduan Untuk Yang Bukan Ibu Takda Ke Shai

Ada, jangan risau. 😀 Untuk panduan  samada untuk lelaki atau wanita, malah untuk yang kegunaan ketika berpuasa, disediakan oleh Shai dan team. Klik sini ya. 😀

Bacaan lanjut

2 Comments

  1. Oh begini sebenarnya diet Atkins..selama nie saya ingat makan semata-mata protein je, hehe. Rasa-rasanya sebab kawan-kawan saya yang berdiet atkins tu selalu sebut protein je..jadi tak berapa nak exposed the whole process. Tq for sharing 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge