Sebab Apa, Kulit Tak Gebu Mulus Sampai Sekarang

Banyak dah produk kecantikan dari supplemen ke serum pun tak dapat kulit gebu licin mulus seperti yang diidamkan. Sampai rasa nak give up je nak cantik-cantik nih. Jangan begitu kerana kita mungkin terlupa benda yang paling asas, bila membabitkan kecantikan dan kesihatan kulit.

Kolagen Dan Elastin – Fiber Yang Membina Keanjalan Kulit Dan Awet Muda

Kulit yang muda, ‘berisi’ (tak kendur lah maksudnya), dan tanpa cela adalah tanda kulit yang sihat dan muda. Tengok aja di cermin ada berapa cela dan tanda yang tak sepatutnya ada di kulit? Jika ada ia adalah tanda anda kekurangan kolagen dan elastin – dua benda penting yang untuk kecantikan kulit anda. Bukan sekadar untuk kulit – salur darah, tulang, dan gigi juga terdiri daripada kolagen sebenarnya.

kecantikan itu harta

Jadi adakah anda perlu makan kolagen aja? Tidak juga, sebab anda perlu target kepada yang paling asas, iaitu protein.

Tentang Protein – Apa Dan Mengapa

Protein, yang dibina oleh asid-asid amino adalah yang paling asas dalam keperluan tubuh. Kerana setiap sel, tisu, organ adalah dibina daripada protein. Dan ia tak termasuk dengan pelbagai mekanisme biologi yang menggunakan protein/asid amino sebagai perantaranya.

Setakat ini, ada 22 asid amino yang wujud di muka bumi ni dan 8 daripadanya tidak dapat dihasilkan oleh tubuh – kita perlu dapatkannya dari sumber luar.

Mengapa Kulit Memerlukan Protein?

Protein adalah sangat-sangat-sangat diperlukan tubuh untuk pelbagai tujuan, contohnya menggantikan sel-sel yang sakit dan mati (tanda cela-cela yang ada di kulit tu lah tanda sel-sel yang sakit dan mati tau) serta penghasilan sel-sel baru, contohnya kuku, rambut, otot, kulit, dan juga organ-organ yang perlu dibaiki/dipulihkan.

Tak Cukup ke Protein dalam Makanan Kita?

Tidak juga sebenarnya, diet harian orang Malaysia yang melebihkan nasi dari lauk, yang menyebabkan kita sebenarnya tidak mendapat protein yang cukup. Apatah lagi, protein akan rosak jika dimasak pada suhu tinggi (sebab tu bancuh susu baby pun kena air suam kan?).

rantai protein bila panas

Klik sini untuk ketahui cara mudah nak topup sumber protein dengan cepat.

Tanda Kulit Anda Yang Cukup Protein

Cuba bandingkan dengan kulit baby, kalau anda perhati betul-betul tanda kekurangan protein adalah segala macam cela dan tak kena lah pada kulit, yang tidak ada pada baby. Hehe..

  • Kulit licin, putih gebu, dan lembut disentuh
  • Tiada cela atau bintik yang tak sepatutnya ada
  • Anjal tanpa ada kedut atau mengeleber
  • Mata tak sembab, kulit sekitara mata tegang cantik ja
  • Nampak glowing dari dalam, bukan sebab pakai mekap ke apa

Kalau takda ciri-ciri di atas, tanda kulit kita kekurangan protein lah tu. Belum kira lagi kuku senang patah, bengkak di kaki, muka, dan tangan disebabkan air yang terperangkap dan tidak dicernakan dengan sepenuhnya.

review ESP
Klik gmbr untuk tahu bagaimana saya dapat kulit mulus gebus gebas sampai orang pun perasan. 😛

Klik sini, untuk ketahui protein ini termasuk dalam kategori mana dalam menyelesaikan masalah kulit.

Berapa Jumlah Protein Yang Perlu Saya Ambil?

Jumlah protein adalah berbeza mengikut individu, jantina dan gaya hidup tetapi secara umumnya, gambar rajah di bawah adalah julat selamat untuk cukup nutrisi protein dalam tubuh. Ambil lebih, jika anda rajin bersenam tau.

jumlah protein sehari

Kalau benda paling asas untuk kulit pun tak cukup, bagaimana untuk dapatkan kulit yang cantik dan kekal lama? Renung-renungkan dan selamat mencantikkan diri!

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge