Bagaimana Probiotik Membantu Untuk Gastrik?

Bagaimana probiotik membantu untuk gastrik saya? Jadi dalam blog post ini, Shai jawab sebahagian pertanyaan gastrik kepada Shai dalam penggunaan probiotik dan manfaatnya kepada isu penghadaman, tak kisahlah gastrik, heartburn (pedih ulu hati), dan juga asid reflux.

probiotik membantu untuk gastrik, pedih ulu hati, heartburn,

Secara umumnya, probiotik telah dibuktikan dalam pelbagai kajian untuk rawat masalah penghadaman ni, kerana probiotik itu sendiri, bermaksud ia bahan yang mengandungi bakteria baik, yang digunakan untuk melawan kesan2 masalah tu.

Selingan: atas permintaan pengguna panduan gastrik, Shai buat satu ig khas untuk tips dan panduan untuk gastrik, di sini

Bagaimana Kekurangan Bakteria Baik Ni Yang Menyebabkan Masalah Penghadaman

Secara alami, tubuh kita sendiri ada bakteria baik, dan ia duduk dalam usus kita. Kerjanya untuk tarik keluar nutrisi dalam makanan, buat cuci-cuci dalam usus supaya sentiasa bersih, dan juga standby kalau ada jangkitan kuman ke apa, ia akan bertindak sekali dengan sel darah putih untuk lawan kuman tersebut.

Macam dalam paip lah, tak nak ada keladak dalam tu agar aliran air lancar sempurna.

Itu, kalau nisbah bakteria baik ni kepada jahat tinggi, barulah kita secara umumnya sihat. Kalau nisbah rendah, tu yang kita dapat macam-macam sakit tu. Antaranya demam, selesema, dan juga masalah penghadaman seperti gastrik, asid reflux, dan heartburn.

Chup: probiotik beza dengan prebiotik, walaupun ejaannya sipi sama.

Penghasilan Gas Dalam Usus

Bakteria tak baik ni menghasilkan gas metana dan hidrogen, menyebabkan anda sebu, dan tekanan daripada gas tu akan melemahkan saluran tutup di atas dan bawah perut, menyebabkan asid perut terkeluar ke tempat yang tak sepatutnya (dan kentut memanjang).

Contohnya, saluran tutup di bahagian atas terbuka, asid perut tempias masuk ke saluran esofagus, menyebabkan pedih di kawasan dada.

sakit woo.. Shai pernah kena serius azab kot

Kurang Penghasilan Jus Asid Perut

Bunyinya mungkin bagus, namun ia tak sepatutnya jika pengurangan tu sehingga menyebabkan makanan tidak dicernakan sebaiknya di perut, dan akan membebankan usus untuk buat kerja perut pula. Sudahnya tak efisien, makan banyak pun keding jugak hehe. 😀

Lagipun, jumlah asid perut yang mencukupi diperlukan sebagai signal kepada saluran atas dan bawah tu untuk tutup otomatik (bukannya ada supervisor pun nak standby di situ).

Solusi Dengan Menggunakan Probiotik Membantu Untuk Gastrik

Maka untuk selesaikan isu ini adalah dengan kembalikan nisbah bakteria baik tinggi seperti sedia kala, iaitu dengan mengambil probiotik!

Kat Mana Saya Boleh Dapatkan Probiotik Ni?

Yang paling utama adalah daripada sumber makanan, contohnya yogurt, tempe, dan kimchi. Untuk isu serius dan mahukan hasil yang cepat, pastinya dengan mengambil supplemen probiotik untuk tujuan yang sama.

Dan untuk tahu jenis probiotik sesuai untuk isu kesihatan tertentu (nak main taram telan tak boleh juga kalau nak hasil cepat), boleh rujuk infografik ini:

biasa yang popular, yang lactobacillus acidophillus tu. dalam vitagen n yakult ada tu, cuma yang ni takdalah gula tambahan yang tak diperlukan 😀

Amalkan Tips Ini, Sekali Dengan Probiotik

Selain amalkan probiotik untuk selesaikan isu penghadaman ini, Shai amat rekomen sekali agar amalkan tips ini, untuk hasil yang lebih cepat, serta tidak menyebabkan masalah penghadaman bertambah teruk, atau takda beza pun hehe..

Antaranya:

  • Elakkan angkat berat atau terlalu aktif buat sementara waktu (nak sit ups tangguh sekejap)
  • Makan dalam kuantiti sedikit tapi kerap
  • Elakkan makanan yang akan tigger gastrik/heartburn anda datang. Umumnya makanan yang pedas, berminyak, dan berempah yang berisiko
  • Minuman berkafein khususnya kopi. Teh hijau, teh o kira ok lagi

Kesimpulan

Amalan probiotik ni boleh jadi langkah permulaan dalam menyelesaikan isu sistem penghadaman yang dihadapi, dengan berkesan.

Untuk lagi baik, korang baca dekat sini, cadangan makanan yang mungkin membantu isu penghadaman/gastrik korang

Bacaan lanjut

2 Comments

  1. Tkasih Shai..
    Banyak info kami terima drp tulisan ini yg dpt dikongsi dgn lebih ramai orang nanti. Mohon share..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge