Review Scents & Co. Perfume Secara Langganan

Review Scents & Co

Ini review Scents & Co dengan pembelian perfume secara langganan yang Shai fikir ni suatu cara yang bijak.Perfume secara langganan? Pertama kali dapat tahu terdetik Shai fikir ni suatu cara yang bijak. Simply brilliant untuk orang yang jenis berkira nak belanja kat diri sendiri sebab bab perfume Shai suka ja sebab ia salah satu cara untuk ekspresi personaliti. Tapi tulah, sebotol perfume harganya pun…. :/

Jadi bila dapat tahu tentang kita boleh merasa wangian secara langganan, terus kita baca lebih lanjut untuk tahu bagaimana sistem ni berfungsi dan bagaimana ia memudahkan kita.

Dan jenama yang buat wangian secara langganan ini adalah Scents & Co.

Tentang Scents & Co

Secara asasnya, Scents & Co ni menyediakan pilihan perfume lelaki dan perempuan pada harga yang berpatutan untuk kegunaan sebulan dengan perfume dalam sebotol atomizer dia. Harga pula ikut pakej iaitu Lite RM49.90 dan yang versi Luxe pula RM59.90 dengan koleksi perfume yang berasingan (ni Shai kira ikut harga penuh sebotol perfume serta exclusivity dia).

Jadi sebulan, kita spend harga ikut pakej untuk sebulan kegunaan (RM49 atau RM59 tu), berbanding beli sedebuk perfume yang besar untuk digunakan – dan ini pada Shai ia cara yang bijak.

Kelebihan Menggunakan Langganan Scents & Co

Mana taknya, bijak sebab:

  • Kita hanya spend dalam RM50 tu untuk perfume yang kita nak untuk digunakan selama 30 hari, berbanding beli sebotol penuh yang mungkin RM300 nak hadap perfume tu sampai habis tahun depan (melainkan tu signature korang lah)
  • Kita boleh nak mencuba pelbagai jenis perfume ikut suka setiap bulan jadi sedikit sebanyak kurangkan risiko nak beli perfume botol penuh tapi kita tak berkenan pula baunya (biasa ja masa spray kat tangan sedap, tapi lama-lama tu tak berkenan, atau tapi lepas bercampur bau badan sendiri dia macam kureng). Jadi kalau kureng baunya, kita rugi RM50 macam tu dari perfume asal RM300 – risk management giteww
  • Risk management juga, test dengan RM50 dulu, kalau betul-betul serasi bolehlah beli full bottle kalau nak
  • Subscription boleh pause dan resume ikut korang takda hal. Tak wajib pun sebulan sebotol kena bayar RM50 tu. Masa pause takda bayar apa-apa
  • Botol kecil yang berlabel untuk mudahkan kita pilih dan bawa kemana-mana
  • Buat masa ni, masih lagi free shipping

Bagaimana Nak Mula Melanggan?

Untuk mula melanggan, korang ikuti step berikut ya.

  1. Pergi ke website Scents & Co ni, pilih nak pakej Lite atau Luxe. Korang dapat 10% diskaun untuk pembelian pertama
  2. Klik Select Fragrance, pilih mana nak dengan tekan ‘+’ tu. Sebab subscription ni untuk sebotol perfume sebulan (boleh pause don’t worry), dia bagi klik sekali je lah tak boleh perfume A 1, yang B 3 contohnya. Dan nak pilih perfume bulan seterusnya selepas dah confirm yang perfume pertama ni dulu 😀
  3. Dah pilih, boleh proceed to checkout, key in details seperti nama, alamat, dan kad kredit/debit korang
  4. Dah confirm jadi setel semuanya, tunggu email dia akan bagitau bila dia post, siap tracking number sekali
  5. Masa 30 hari akan dikira (bulan depan), jadi korang boleh ke Manage My Subscription untuk pilih perfume lain atau pause untuk bulan seterusnya.

Untuk lihat lebih jelas, baca sini ya.

Review Shai Menggunakan Langganan Scents & Co

Dengan manfaat yang disebutkan ini yang Shai suka dan buat langganan. Dan kita jenis fikir sikit dulu, Shai research perfume yang depa ada sebelum decide pakej menggunakan database perfume fragrantica, buat list urutan perfume yang berkenan (bermula dengan perfume yang lebih kurang sama dengan perfume asal yang kita suka – lancome miracle).

Kalau korang baca post sebelum ni boleh nampak betapa Shai berkira sikit bab belanja sendiri (planner pun jahit sendiri kottt). Bukan cheapskate ke apa tapi nak alah membeli menang memakai giteww..

Lagi-lagi sebab subscription tu boleh pause yang ni memang besar faktornya pada Shai. Kita pakai perfume pun kat rumah ja kot. Jadi walaupun sebotol perfume saiz 10ml pun tahan 3,4 lebih kot (lagi-lagi kalau jenis EDP yang pekat dari EDT tu). Kalau tak penuh botol perfume ni nak buat mandi gamaknya hehe..

Baca sini beza perfume EDP dengan EDT

Untuk perfume pertama ni, kita siap buat senarai dulu sebelum confirm kot 😛 Lepas senarai dan pilih satu persatu, kita pilih Rihanna Nude, dari koleksi perfume dia Reb’l Fleur tu. Kalau dan kita buat lah review perfume tu tapi korang boleh tengok terus dekat web fragrantica kat sini senang.

Semoga Review Scents & Co ini membantu korang ya tapi serius, untuk orang yang berkira nak berbelanja macam Shai ni korang bolehlah consider kalau nak membeli perfume. Review pun sendiri, ditulis setelah lebih 2 bulan menggunakan subscription ini tau.

Maka mohlah kita berwangian. Kalau bini, dapat pahala. Kalau untuk sendiri, ada confidence dan outlet untuk ekspresi minat sendiri 😉

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge