Setakat ni berapa banyak tips hilangkan blackhead yang kita dah pernah cuba? Untuk yang jenis kulit berminyak atau kombinasi, blackhead tu dah biasa sangat dialami kan? Walaupun benda tu takda apa sangat tapi bintik hitam kalau terlalu obvious malu jugak jadinya – kita le tu. Dan ini apa yang kita buat nak hilangkan blackhead tu dengan berkesan.
Blackhead ni dia salah satu bentuk jerawat dan ia boleh berubah jadi jerawat yang ada nanah tu kalau faktor yang menyumbang kepada pembentukan tu ada. Kalau tak, ia takat jadi blackhead je lah – kotoran dari sel kulit mati, kotoran, debu yang yang bercampur dengan minyak dan tersekat dalam pori-pori sampai dia jadi hitam tu, samada halus atau jadi menyumbat sampai menyebabkan pori-pori tu besar dari sepatutnya (enlarged pores).
Sebab tu, kulit berminyak dan kombinasi mudah alami blackhead ni. -.-
Dan blackhead ni, ia macam jerawat lain juga – kalau ada faktor yang menyumbang, dia akan datang balik. Jadi solusi yang kita buat ni, kita counter faktor-faktor tersebut untuk elakkan blackhead datang balik atau kalau datang pun, takdalah seteruk dulu.
Tips Hilangkan Blackhead Dengan Berkesan
Exfoliation
Rutin exfoliation ni boleh melalui face scrub atau dengan menggunakan asid AHA dan BHA. Spesifiknya BHA sebab asid ni boleh tarik keluar kotoran dari pori-pori yang dah tersekat dengan lebih berkesan – ni yang akan elakkan blackhead dari berlaku.
Pada masa sama AHA juga membantu untuk blackhead ni. Walaupun fungsinya untuk exfoliate sel kulit mati – ni juga membantu kurangkan kadar blackhead sebab salah satu penyebab blackhead ialah lambakan sel kulit mati juga. 😉 prinsip sama juga untuk skrub muka untuk buang keluar sel kulit mati tersebut.

Shai ada gunakan skrub muka secara berkala tapi untuk lebih kesan, kita gunakan pencuci muka AHA BHA ni yang sesuai untuk kegunaan harian – senang kerja hari-hari buat, korang boleh baca sini.
Face Mask
Yang ni bukan yang kita pakai dekat luar tu, tapi yang jenis masker muka yang lebih intensif. Contoh face mask yang sesuai khusus untuk blackhead ni ialah yang charcoal mask, clay mask (alang-alang dia tarik lebihan minyak sekali). Contoh yang Shai personally guna adalah yang St.Ives.
Bagaimana dengan masker muka yang DIY punya? Boleh ja malah ni pun antara yang kita ada gunakan (kalau rajin hehe).

Pore Strip
Puas hati tengok blackhead yang ditarik keluar kan?
Sebab ia solusi yang ‘superficial’ iaitu hanya tarik keluar blackhead sahaja tanpa counter faktor lain, yang ni solusi segera yang pada kita boleh digunakan sebagai tambahan untuk kurangkan isu blackhead ni. Contohnya lepas guna pore strip, gunakan produk skincare lain seperti essence, serum, dan pelembap kalau tak dah cabut pore strip kat hidung tu macam biarkan pori-pori tu terdedah untuk debu, kotoran lain nak menyumbat pulak.
Baca sini: apa beza essence, serum, dan ampoule?
Korang gunakan pore strip apa? Kita gunakan yang Vietnam masker tu menjadi alhamdulillah. Puas hati aku dia tarik keluar blackhead lagi-lagi kat hidung tu walaupun berair mata nak mencabutnya XD
Benzoyl Peroxide
Yang ni krim ubatan yang membantu untuk kurangkan blackhead yang korang alami, dan jenama yang popular pastilah Oxy. Jenama ni yang kita gunakan sejak sekolah menengah dan masih membantu lagi. Cuma kulit ni dah biasa, kita gunakan yang 10% kepekatan (yang lebih ringan 5%, ada label kat tiub dia) dan disapu selang sehari pada malam untuk elakkan blackhead datang.
Sebab benzoyl peroxide ni manfaatnya bunuh kuman penyebab bakteria P.acnes, tarik keluar minyak dan kotoran dari pori-pori tu.Â
Retinol
Produk yang ada kandungan retinol ni biasanya khusus untuk anti-aging sebab manfaatnya yang pelbagai – semuanya bermanfaat untuk anti-aging – dan salah satunya juga untuk merawat isu blackhead, lagi-lagi yang jenis serius punya. Retinol membantu kurangkan lebihan minyak kulit, stimulasi kulit hasilkan sel baru, dan tarik keluar kotoran yang tersekat di pori-pori tu. Retinol ni ada dalam pelbagai kepekatan dan ia dipilih ikut tahap blackhead yang korang alami.
Nutrisi
Yang ni memang wajib dimasukkan sekali kalau nak betul-betul hilangkan blackhead ni. Yelah, sebab apa yang kita makan akan nampak kesannya dikulit. Selain ayat klise tapi betul ‘pemakanan sihat’, nutrisi yang digunakan/ada manfaatnya untuk kulit seperti vitamin trio A, C, E, mineral zink dan zat besi.Â

Kalau tak dapat dari makanan, bolehlah topup dekat supplemen kalau nak. Dan Shai ambil yang ni, 21st century multivitamin for women. Murah pun murah untuk stok sebulan, bolehlah nak cover majoriti nutrisi yang ada. Dan kita ambil selang sehari ja, kulit pun lembap jugak hehe 😀
Kesimpulan
Ni lah antara solusi dan tips hilangkan blackhead yang dialami, yang Shai cari secara trial n error sampai jumpa dan harapnya solusi yang kita jumpa membantu korang yang alami isu yang sama. 😀
Semoga membantu!
2 Comments
Ill try this. Cant get rid of those on my nose
I totally get it?hope these tips helps you!