Resipi Apple Chips Air Fryer

Resipi apple chips air fryer gambar thumbnail

Memandangkan dekat rumah ni dah ada air fryer, apalagi asal boleh macam-macam resipi aku air fryer-kan. Sebab senang nak guna dan senang nak membasuhnya. Lagi-lagi yang ni sebab kat rumah jarang ada buah-buahan melainkan betul-betul nak makan (atau kalau ada kuah rojak hehe) jadi dapat epal ni kita pun buatlah kepingan kerepek epal ni.

Air fryer yang kita gunakan pula adalah jenama Faber, berkapasiti 20L tak silap. Dan untuk kegunaan keluarga kecil kira padanlah, melainkan kalau hari kita meal prep untuk seminggu, nak bakar ayam yang biasanya ½ ekor dalam oven tu, kenalah buat dua kali dalam air fryer pula kalau nak pastikan ia dimasak seragam.

Bolehlah macam tu kurang-kurang senang nak bersihkan lepas tu. Lagi-lagi kalau takat masak apple chips macam ni je.

Resipi Apple Chips Menggunakan Air Fryer 

Dan nak masak apple chips gunakan air fryer ni senang banget. Lepas basuh bersih-bersih, potong halus cara mandolin epal tu. Ikut koranglah nak potong tegak atau sisi, asalkan potongan mandolin supaya masak rata, dan barulah dipanggil apple chips!

Kalau potong bentuk kiub nak chip mana nya..

Lepas dipotong, gaulkan apple chips tersebut dengan serbuk kayu manis (kalau nak tambah gula, letak sedikit ja atau elok gantikan dengan gula perang untuk rasa manis lemak; kalau gula merah tu tak tau lah). Kemudian gaulkan sedikit minyak masak agar semua hirisan epal disalut – ni rahsia rangupnya. 

Dan untuk resipi apple chips ni, kita gunakan kaedah ‘drying and crisping’ seperti di sini. Langkah ni penting sebab nak bagi apple chips tu crispy rangupnya kena pastikan ia betul-betul kering baru jadi. Maka, ‘drying phase’ tu diperlukan.

Drying Phase

Untuk ‘drying phase’, hanya masukkan keseluruhan hirisan epal dalam air fryer dan masak dalam suhu rendah, sehingga hirisan epal tersebut kering dalam 120C pada 15 minit. Antara tanda hirisan tu kering tu bila hujungnya dah mula keronyok. 

Crisping Phase

Pada waktu ‘crisping phase’ pula, letak sedikit demi sedikit apple chips tersebut dan dimasak pada suhu tinggi, dalam 5 minit gitu pada 140C (ni ikut setting air fryer kita; korang nak set setiap seminit pun boleh ja) untuk check hirisan epal tersebut kering dan crispy betul-betul. Setiap sela masa tu alih-alih hirisan epal tu agar masak seragam dan lihat jika ada hirisan yang melekat bersama. 

Nota: tempoh dan suhu ni agak trial and error juga sebab lain air fryer lain setting dia; jadi nak selamat pada kedua-dua phase tu korang tengok epal tu macam mana ya. Biarlah renyah sikit nak check setiap 5 minit dari terbakar habis hirisan tu nak makan pun tak boleh XD lepas sekali buat tu lain kali dah tau dah kan

Lepas siap dimasak, biarkan hirisan epal disejukkan sebentar sebelum dimakan – minum teh o panas layanzz..

Kalau nak simpan, hirisan epal ni boleh tahan sehingga 3,4 hari dalam bekas bertutup kedap.

Bolehlah buat kudapan dekat rumah, untuk anak nak makan sekali 😀

Semoga membantu! Ni pula resipi sugar cookies yang simple nak buat untuk beginners macam kita ni 😛

Sumber 1, 2

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge