Resipi Sugar Cookies Simple

resipi, sugar cookies, resipi mudah

Akhirnya dapat belajar membuat cookies dan untuk orang yang blur macam Shai bab baking ni, resipi sugar cookies ni paling simple yang boleh korang buat.

Dan asalnya sebab Naz tengok gambar cookies tu dekat Pinterest. Takda angin takda ribut tiba-tiba dia nak cookies (nak2 pula gambar resipi dekat Pinterest kalau tengok meleleh juga tengok) dan kita fikir macam mana nak buat pulak.

Tengok senarai bahan dan cara membuatnya kelihatan mudah cuma sebab sebelum ni tak pernah mem-baking walaupun ada oven (buat membakar lauk-pauk ja) dan mixer (hadiah mama belikan) jadi kena sediakan modal serba sedikit seperti measuring cups, pan, dan baking rack serta bahan seperti esen vanila (tak kuasa aku nak beli pure vanila mahal kot), baking powder. Dan mujur sebab Mr. DIY dekat ja jadi bolehlah nak beli bahan n barangnya.

Okeh, balik rumah mulalah operasi buat sugar cookies ni. Resipi ini diambil dari blog livebakewelloften dan Shai ikut satu persatu bahan dan langkah yang digunakan.

Tawakal lah sikit tapi inshaa Allah takda apa sebab dia bukan macam pukul telur putih kena buat sampai nampak soft peaks tu – kat video kita nampak tapi bila depan-depan mata boleh blur jugak jadinya bila tak biasa.

Dan ini serba sedikit bahan dan langkah untuk membuat cookies tersebut, Shai ikut dari blog tersebut.

Bahan Untuk Resipi

  • 1 cawan (230 gram) mentega unsalted, letak siap2 di luar
  • 1 1/3 cawan (270 gram) gula halus
  • 1 biji telur besar suhu bilik
  • 1 telur kuning, suhu bilik juga
  • 2 sudu teh esen vanila (nak guna ppure extract boleh juga)
  • 2 3/4 cawan (345 gram) tepung serbaguna (Shai guna tepung gandum biasa ja (pastikan tak dikaut tepung dengan mampat, rujuk sini)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam biasa

Dan Shai punya, separuhkan dari kuantiti yang ditulis sebab macam banyak n ini kali pertama jadi better buat sikit dulu. 1/2 ja dari measurements ni

Cara Membuat Sugar Cookies

Untuk langkah yang penuh rujuk di blog post asal ya. Shai buat gini:

  1. Panaskan oven pada 177 celcius. Lapik baking pan dengan baking paper (Shai gunakan non-stick pan dan elok tak melekat adunan cookies ni)
  2. Pukul mentega dengan gula sampai campur elok. Tambah telur, kuning telur dan esen vanila
  3. Dalam bekas lain (bahan kering) campur tepung gandum, baking powder, dan garam. Ayak serba sedikit dan tambah sedikit demi sedikit ke bahan basah tadi
  4. Skup dalam 1 sudu besar (bukan bukit) dan letak di baking pan, jarak2 lah sikit. Tekan adunan tu bagi leper di pan tersebut sebab nanti dia meleper jugak
  5. Bakar dalam 5-10 minit sampai nampak permukaan dia perang keemasan. Masa ni ikut oven juga ya.

Dan inilah hasilnya!

Yang ni pula sebab tak adjust suhu oven, hambik ko terbakar habis kat luar nasib baik ni testing ja, tapi kt dalam elok chewy lagi hehe..

Jangan gelak!

Review Membuat Sugar Cookies

Resipi ni boleh buat cookies yang agak banyak pada Shai, kalau bakar takat 1 sudu besar saiznya, anggaran boleh dapat 40++ biji/keping juga. Sebab kita separuhkan kuantiti untuk buat adunan cookies ni, main taram bakar saiznya jadi ada yang besar ada yang elok saiznya, sudahnya tak boleh beri agak betul2. Hat ni korang test n catat untuk buat data lah hehe..

Dan pada sesetengah orang mungkin cookies ni agak manis untuk palate mereka, jadi dari kurangkan kuantiti gula, Shai rekomen tukar separuh gula dengan gula perang, agar tak manis tapi maintain tekstur untuk gula yang cukup.

Bertuah punya anak. Doh tu dikautnya masuk mulut

Dan serius, dalam blog asal juga (post di sini), tip yang dikongsikan iaitu spoon dan scoop sangat membantu agar hasil cookies tak keras bila tepung lebih (dia buat adunan tu mampat).

Untuk yang pertama kali nak buat cookies (walaupun dah beratus resipi dan video tutorial dah dihadam), resipi ni sangat mudah untuk dibuat dan ia juga boleh dijadikan sebagai base untuk cookies lain; nak perisa oren letaklah orange zest dan orange flavor, macam resipi lemon sugar cookies di sini.

Korang try lah buat dan share results dia n many thanks for the owner of the recipe!! 😀

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge