Apa Itu Poke Bowl, Macam Mana Nak Makan?

Poke bowl menjadi trending kebelakangan ini dengan menu ini nampak segar, sihat, dan pastinya hispsturr.. tapi korang tau tak mangkuk ni dah lama wujud dekat dunia ni?

poke bowl, makanan sihat untuk berdiet

Resipi ini (disebut po-keh, mcm Pokemon) dari Hawaii yang mengandungi ikan samada jenis segar atau diawet, sayuran,sumber protein, dan juga nasi atau mi. Dan bahan-bahan ini dihiris dengan cantik, dalam satu mangkuk.

Dan bila makanan ini dah trending, korang boleh jangka ia datang dengan pelbagai menu dan perisa, ikut selera dan tekak masing-masing.  😉

Poke Bowl Sebagai Makanan Untuk Berdiet

Resipi ini boleh diamalkan dalam menu diet plan korang, sebab komponen makanan yang digunakan dalam resipi ini terdiri dari jenis yang segar dan tinggi sifat alkalinya. Malah ia popular diamalkan sebagai makanan selepas workout.

Dan yang korang kena alert, jika mangkuk ni ada protein bergoreng (lagi-lagi goreng tepung yek), kuah yang tinggi gula dan garamnya, part lemak sihat berlimpahan sampai banyak lemaknya, serta komponen karbo (nasi, mi, mihun dsbg) over nau-nau, benda tu tak sihat mana lah; lebih kurang kita makan nasi berlauk ulam dan ikan bakar, cuma nasi tu sepinggan membukit.

Ni pun macam bowl versi melayu dah. 😀 Sumber:
https://www.linsfood.com/nasi-ulam/

Kat Mana Boleh Cari Kedai Poke Bowl Ni?

Ada Shai research di sini kedai yang menawarkan resipi ini dalam menu depa.

Korang boleh klik sini ya.

Kl Foodie, says.com

*ada orang nak sponsor min review poke bowl, DM kita na.. 😀

Boleh Buat Poke Bowl Sendiri Di Rumah Tak?

Boleh je.

Yang penting korang ingat ni ja:

  • mulakan dengan base iaitu sumber karbohidrat (pastinya ambil yang sihat seperti beras perang, quinoa)
  • sumber protein yang bagus seperti ayam/ikan bakar, telur rebus, mahupun salmon segar macam sushi tu
  • lepas tu lambakkan dengan sayuran segar pelbagai warna (untuk sumber vitamin, mineral, serta phytonutrients yang ada)
  • Last baru topping seperti kekacang, parut kelapa, minyak zaitun, budu? XD

Nak tengok gak kalau ada orang buat resipi ini letak belacan, budu ka. Kerlas kau.


Salmon Poke Bowl dari Buzzfeed Tasty

Korang pernah makan poke bowl tak? Macam mana rasanya? 😀

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge