Micronutrients – Nutrisi Mikro Mineral Dan Fungsinya

Micronutrients mineral pula, adalah sama dalam dengan yang vitamin, seperti yang dikongsikan dalam blog post ini. Dan setiap mineral yang terlibat ada fungsi dan manfaatnya untuk tubuh anda.

Micronutrients mineral fungsi

Micronutrients mineral

 

Mineral pula, boleh dikatakan sebagai unsur tunggal (tak berapa tepat sebab mereka perlu lekat dengan unsur lain untuk stabil, namun untuk manfaat, unsur tersebut digunakan. Contohnya mineral kalsium, dia kena wujud dalam bentuk calcium diphosphate contohnya. Jadi calcium ni masuk dalam badan dan digunakanlah. Tu dia..lagi satu kursus kilat kimia pemakanan hehe). Yang sama sahaja dalam sayuran atau dalam tubuh kita – tidak berubah strukturnya.

Mineral utama ini diperlukan oleh tubuh dalam 100 mg sehari ja, namun sangat penting tau.

Kalsium

Kalsium bukan sekadar dari susu lembu je kot

Kalsium adalah unsur utama dalam struktur tulang dan gigi, malah ia penting untuk kegunaan otot regang dan tegang, penghantaran maklumat melalui saraf, pembekuan darah, dan pencernaan tahap sel. Biasa kita dengar kurang kalsium buat senang kebas, dan tulang kita mudah rapuh dan patah kan, kalau terlebih kalsium over ni akan menyebabkan kita alami ketidakseimbangan mineral dalam tubuh, dia kacau penyerapan mineral lain pula.

Magnesium

Mineral ini pula mempunya kegunaan yang lebih kurang sama dengan kalsium: membantu proses pembekuan darah apabila tubuh luka, membantu dalam proses/aktiviti sel serta enzim dalam pelbagai proses kimia dalam tubuh (kalau takda kena stop kejap lah proses tertentu, bagi laluan pada proses yang utama, menyebabkan tubuh kita kurang cekap dan lambat pulih).

Jika terlebih magnesium pula akan menyebabkan kita toksik; contohnya kekeliruan, meningkatkan risiko penyakit jantung, otot kebas, susah nak bernafas, atau paling teruk jantung berhenti berdegup (cardiac arrest).

Sulfur

Antara fungsinya adalah membantu keseimbangan dalam tahap pH tubuh, membantu hati berfungsi dan detoks.

Zat besi (iron)

Zat besi pula banyak dapat publisiti kan? Biasa ada dalam bijirin komersial, minuman tenaga gitu. Ia berfungsi untuk bawa oksigen ke seluruh tubuh, penghasilan tenaga, pelbagai proses enzim, menyokong sistem imun kita untuk senang lawan kuman, dan proses berkaitan dengan otak dan saraf.

Zat besi kalau terlebih ia akan jadi racun dan tubuh kita sangat berjaga-jaga tentang ini dengan simptom awal dilihat adalah loya semacam, muntah, dan cirit-birit, boleh jadi teruk sehingga diabetes. Jika kurang pula akan buat kita jantung degup laju semacam (heart palpitations) dan keletihan melampau.

Admin pernah kena sebab muntah teruk sangat awal kehamilan. Hb kurang daripada 9, memang seksa jantung degup laju semacam. Rasa panik memanjang kot. -.-

Micronutrients mineral list
Dari: systemiccandida.blogspot.com

Micronutrients Mineral lain yang penting untuk tubuh

Terdapat mineral lain yang juga penting untuk tubuh, dikenali sebagai trace mineral. Antaranya ialah kromium untuk meningkatkan kecekapan insulin, kuprum bekerjasama dengan zat besi, florida jaga kesihatan gigi kita, iodin untuk pelbagai fungsi metabolik (ni termasuk berat badan dan pembakaran lemak tau).

Mangan dan molybdenum pula untuk proses berkaitan enzim, selenium untuk sistem hormon di tiroid kita dan juga untuk sistem imun, zink khusus untuk tumbersaran, sistem imun, dan organ reproduktif kita (organ tu laa).

 

Rujukan: 1,2

 

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge