Tips Jimat Memilih Alatan Senaman Di Rumah

Post ini amat membantu jika anda mahu tahu tips jimat dalam memilih alatan senaman di rumah. Sebab tak semua orang ada kesempatan untuk bersenam di gim yang khas (mak-mak dan yang bekerja kan?), maka bersenam di rumah, dengan alatan yang sesuai adalah alternatif yang terbaik.

Untuk memilih alatan senaman yang sesuai, anda boleh cubajaya dengan mengikut tips di bawah.

3 Tips Jimat Dalam Memilih Alatan Senaman Yang Sesuai

Target Anda/Fitness Goals

Apakah target yang anda ingin capai? Nak buang lebihan lemak, nak sadokan bahagian tubuh semua/tertentu, sekadar nak maintain tahap stamina anda, atau kuatkan semula tubuh anda yang telah berehat dari sakit sekian lama (patah tulang kaki, contohnya). Senaraikan tiap satu.

Anda terbayangkan samada boleh kurus untuk bahagian tertentu sahaja? Shai ada kupas persoalan tersebut di sini. 😀

Jenis Senaman Yang Anda Suka

Senaman tersebut anda boleh bahagikan kepada jenis kardio atau strength training (baca asas strength training  dan wanita di sini) untuk memudahkan anda memilih alatan senaman nanti. Senaraikan aja jenis senaman yang anda buat, berapa kekerapannya, dan waktu anda lakukannya, kemudian cari alatan senaman yang sepadan.

Klik sini untuk baca asas tentang senaman kardio dan manfaatnya

Contohnya anda suka berjogging secara ringan atau menjadikan satu rutin untuk berjalan dengan anak di taman setiap petang, alatan senaman yang sepadan adalah treadmill atau exercise bikes;

Anda buat workout challenge anda sendiri dengan push up 5x setiap pagi dan squat 10x sebelum tengok oppa kesayangan anda di tv; gunakan pemberat di kaki dan tangan, atau anda buat sendiri dumbbells anda daripada botol yogurt yang di isikan dengan pasir; beli resistance bands, dua dumbbells atau satu kettlebell, dengan berat yang anda mampu angkat.

Contoh workout challenge. Ni level asas. 😀

Tip penting: pastikan alat senaman tersebut yang anda betul2 suka dan kena dengan diri anda. Ia akan membantu anda lebih komited dengan rutin senaman anda.

Tip kedua penting: Untuk jimat, cari alatan senaman yang boleh lakukan dua tiga kerja pada satu masa. Untuk alatan kecil ia tidak ada ciri-ciri tersebut kecuali kettle bell – hanya terhad pada alatan besar.

Jika perlu, sesuaikan dengan target kesihatan anda yang paling2 utama, dan jimatkan part lain. Kurang2 nak kardio boleh ja lari pecut dekat taman atau buat HIIT (High Intensity Interval Training) workouts di rumah.

Kekangan Yang Ada

Selalunya kekangan yang biasa ada ialah ruang, bajet, dan masa. Senaraikan tiap isu ini, untuk narrow down lagi pemilihan alatan senaman.

Jika ruang tempat, pilih alatan senaman yang bersaiz kecil atau boleh dilipat, atau pun jenis yang boleh dipasang dekat siling; untuk bajet anda cari alatan senaman yang boleh cover hampir sebanyak mungkin fitness goals anda, dan sekecil mungkin. Untuk alatan besar, mungkin anda boleh beli second hand punya jika mahu, atau bayar sikit dekat member yang ada, mana tahu jadi reason dia pun nak workout sama, ada geng dah. 😀

Untuk masa, anda perlu asingkan masa sekejap untuk komited dengan rutin senaman anda.

Kekangan yang mungkin wujud (dan mungkin sedikit annoying) orang lain dalam rumah yang mungkin anti dengan alat senaman sebab padanya mungkin membazir – ni Shai bagitau siap2: beli dengan duit sendiri dan abaikan sahaja, tunggu lagi 4 minggu anda tunjuk hasilnya

Langkah Seterusnya

Adalah dengan window shopping alatan tersebut: pergi dekat gim yang terdekat yang ada semua alatan tersebut, yang menawarkan satu sesi dan anda pergi dan belek semua alatan senaman yang sesuai dengan keperluan anda. Ambil kira ciri-ciri yang di ingini, sehingga jumpa alatan yang paling2 perfect dengan anda.

Untuk lebih baik, anda boleh tanya terus kepada fitness trainer yang ada, mereka pasti bantu anda dan berkongsi tips yang boleh membantu (silap2 boleh kawtim harga untuk workout session dekat gym untuk alatan tertentu. Wuhuu!).

Kuncinya di sini: beli dan guna yang perlu dan menjimatkan sahaja

Anda boleh rujuk post ini, untuk menghasilkan rutin senaman sendiri.

 

Rujukan: 1,2

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge