Induction Cooker Shai Rosak. Kali Ketiga

Buat kesekian kalinya Shai kena beli induction cooker buat kali ketiga. Nak marah-marah pun tak guna sebab nanti takda dapur macam mana nak masak? Dan ni sebabnya kenapa Shai tetap beli induction cooker untuk kegunaan memasak di rumah, walaupun dah beli lagi sekali.

Induction Cooker Yang Dibeli

Sebabnya mudah sahaja, rumah Shai gunakan dapur letrik, dan bukan jenis gas. Apatah lagi ruang dapur yang sempit, memang takda can nak beli dapur gas yang ada dua tempat memasak tu (huu..kalau tak boleh masak lauk ayam dan sayur sekaligus waktu masak).

Lagipun, sebab rumah ni agak menggunakan peralatan rumah yang berelektrik, ada baiknya cari alat dapur yang jenis cekap tenaga, dan induction cooker adalah salah satunya. 😉

Kelebihan Induction Cooker Yang Anda Perlu Tahu

Masa yang diambil untuk memasak adalah lebih singkat secara relatif, dibandingkan dengan dapur gas. Dapur induksi hasilkan tenaga secara elektromagnet secara terus untuk panaskan periuk untuk memasak (kalau dalam buku fizik, yang guna unit H tu).

Dan tenaga secara terus bermaksud lebih cekap dan menjimatkan tenaga.

Induction cooker juga secara umumnya lebih selamat sebab bila masak yang panas cuma periuknya sahaja. Lepas tutup dapur tu, tak panas dah plate induction tu.

Boleh baca kelebihan induction cooker secara terperinci di sini.

Kekurangannya, dia satu tempat je boleh masak (setakat ni tak tahu ada jual induction cooker dua tempat memasak tu), dan nak guna pun periuk2 besi yang leper buntut tu, untuk bagi tenaga nak memasak tu dialirkan.

Huu..tak boleh dah nak guna kuali buntut hitam tu, dan pemanggang ajaib nak masak cepat2…-.-

Kenangan…yang datang menjelma….

Kenapa Beli Jenama Philips?

Kebetulan pula induction cooker yang dibeli adalah jenama Philips. Sebab jenama lama, lepas tu kebetulan selama ni banyak produk letrik menggunakan jenama ini, selain Samsung, Pensonic, Elba – yang ni trusted pada Shai, alhamdulillah.

Dulu otai2 macam Toshiba, Panasonic tu fuuh..tahan lama barang letrik dia.

Nak tengok jenama dan link yang biasa Shai beli dan dipercayai, klik sini ya. Senarai akan diupdate secara berkala, lepas Shai bershopping muehehe..

Punca Induction Cooker Rosak

Puncanya tak tahulah kenapa Shai punya rosak. Korang jangan kata orang perempuan tak reti kat dapur pulak. Klik gambar bawah untuk resipi untuk bukti hehe.

Adakah sebab heavy duty usage? Shai memang masak hari2, secara umumnya 1 jam sehari – 40 minit gitu masak lauk, baki tu selalu tumis cili dan buat jemput-jemput ka..itu ja. Takdalah masak nak menjamu orang hari-hari. Jadi mungkin circuit kot.. Entahlah..sedih adalah.

Resipi Jimat Masa Yang Mudah, Shai Punya
Klik sini untuk resipi jimat masa level campak2 yang Shai buat. dijamin sedap. Masal guna induction ni lah. Tapi guna dapur gas pun sama juga sedapnya

Sudahnya beli jugaklah induction cooker kali ketiga. Pasrah je lah.

Pengalaman Beli Induction Cooker Di Website Lazada

Geram punya pasal, Shai beranikan beli jugak di website Lazada. Sebab dah 2 hari berturut Shai merayau cari suitable induction cooker, kalau boleh nak sama range, harga dan jenama seperti sebelumnya tapi tak jumpa.

Ni induction pertama kali beli. Punyalah excited
Ni yang kedua punya. Haish

Ada mahal lajak sampai RM400, ada tu jenama alahai..tak berani nak beli.

Sudahnya balik, geram sebab esok kenalah masak jugak, Shai beranikan beli terus secara online di Lazada buat kali pertama. Tawakkal je lah, sebab Shai kalau benda2 serius gini elok beli depan2, kita boleh belek dan check satu persatu (sindrom klasik mak2). Beli di kedai online BlipMy, lepas tengok review dan rating nya, dengan bismillah Shai klik butang “add to cart”.

Dan geram punya pasal jugak, Shai ambil express shipping sekali – aku nak masak kot.

Lusa dah sampai induction cooker ini (beli 28/8/17). Dan sehingga hari ini artikel ini ditulis, masih elok dan cantik. Kali ni bersungguh-sungguh sikit guna dan perhati, mana tahu boleh kesan silap apa kan.

Abaikan yang kotor tu. Tengah sedap masak tiba2 mati.

Seperti dalam gambar, induction cooker yang ketiga ini range rendah sedikit dari yang sebelumnya. Tak kisah pun sebab bila difikir semula Shai tak perlukan mode memasak lain2 tu – cukup sekadar untuk menggoreng, stir-fry, buat sup aja.

Jadi ok lah, Shai beli yang hanya perlu, masih juga rezeki. 😀

Korang kalau nak beli induction cooker macam Shai boleh klik sini, ia direct terus ke page kedai online tersebut, dalam website Lazada.

Dapat periuk percuma sekali, tapi pada Shai ia sesuai untuk masak cam sayur goreng gitu ja sebab nipis sangat. Kalau buat goreng ikan naya terbako nanti.

Semoga membantu! Dan induction cooker korang tahan lama, cantik, lauk pun sedap. 😀

induction cooker, tips masak induction
Tip dari pembaca page Ibu Moden yang berkongsi punca2 induction cooker rosak. Alahai pembaca ni terer repair dia punya. Kita punya dah lama buang dah uwuwu

Untuk makluman, bila korang beli items yang Shai kongsikan dekat laman ni, Shai tak mark up harga apa2 tau. Apa korang beli sama je dengan Shai beli, harga sama ja don’t worry. Sebab Shai dapat komisen (cinonet je pun) direct daripada Lazada sendiri. bukan dari produk bila korang beli yang disiarkan di sini. Untuk lagi detail, korang baca kat sini tau.

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge