Lelaki, Tolong Faham Kami Bukannya Nak Jadi Sado Semata

“Perempuan nak exercise nak buat apa?” antara stigma yang terpaksa perempuan hadap tiap kali membincangkan isu senaman secara terbuka, walaupun sekadar antara keluarga.

Bersenam, sebab nak sihat lah kan?

Lagipun bukannya bersenam tu terus aja perempuan jadi macam bodybuilder lagaknya, dengan badan berketak, suara keras, jalan tegap. Ala-ala bouncer/bodyguard mahal di luar. Hakikatnya, secara umum nak dapatkan tubuh tersebut memerlukan kepakaran yang khusus dan mengambil masa yang sangat-sangat-sangat lama untuk capai.

Tapi selalunya ia menjurus kepada satu faktor sahaja: tak nampak kewanitaan.

Mengapa Kami Sebagai Wanita Sibuk Sangat Nak Bersenam?

Bersenam Untuk Kesihatan

Wahai lelaki, antara sebab mudahnya, kami nak sihat. Zaman sekarang tidak sama kerana hampir semuanya tersedia dan segera = tidak memerlukan banyak tenaga.

Nak menapak ke tempat kerja sekalipun, boleh naik MRT, Uber, kereta sendiri mahupun suami. Makanan pun semua cepat siap, dan kebanyakan yang cepat siap ni selalunya penuh dengan garam, gula, pengawet dll.

Tidak seperti atuk nenek kita dulu, dari zaman muda pun dah kerja keras – kerja hutan, sawah, ladang dsbg. Amalan pemakanan yang sihat dipenuhi ulaman dan buahan segar, dan nasi sebagai makanan ruji pun tak beri kesan sebab ia selalunya dihabiskan dengan kerja yang memerlukan banyak tenaga.

Solusinya? Masa yang singkat selepas kerja, rumah, anak dan suami itu kami penuhi dengan senaman untuk kekal aktif dan sihat, serta berkeyakinan.

Tarik nafas..Sabo jelah dengan usaha nak sihat ni -.- Kredit: instagram

Bersenam Bukan Milik Mutlak Lelaki

Tak tahu pula aturan mana mengatakan angkat barbell itu khas untuk lelaki sahaja. Kalau wanita boleh angkat berat dengan selamat, takda masalah pun. Anda ada otot, lemak, kulit, dan pelbagai organ, kami pun ada sama juga.

Baca sini: perkaitan senaman dengan otot wanita.

Wanita Bersenam Bukan Semata-Mata Nak Sado Sahaja

Banyak lagi sebab mengapa kami begitu fokus dengan rutin senaman kami.

Selalu yang Shai konsult dulu antara sebabnya ialah – nak mudah uruskan anak agar tidak cepat semput, berkeyakinan dengan diri, tidak lelah sepanjang hari, mahupun untuk mudah beribadah kerana sekian lama menderita sakit lutut disebabkan berat badan berlebihan.

Senaman comel, sambil sihat boleh main sekali dengan anak. *Lakukan senaman ini selepas pantang, dan anak dah umur 4 bulan ke atas ya

Kesimpulan

Mungkin atas faktor itu, semakin banyak gim wanita diperkenalkan, agar kita rasa selesa untuk mencapai target bentuk badan dan berat idaman. Isunya sini mudah aja, kami tidak mahu stigma tidak baik mahupun seksis, apatah lagi nak mengusha cuci mata. Malulah sikit.

Rujukan: 1,2

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge