Baca: Elak Rasa Tak Selesa Selepas Senaman

Beberapa hari lepas saya banyak ditanya mentee-mentee personal coach saya untuk kurus, tentang mereka kadang rasa sakit di sekian-sekian badan. Cam hari ni ada sakit di bahagian perut, yang ni pula dua hari kemudia terasa lenguh yang amat di kaki. Seperti dijangka, mereka lupa buat satu benda.

Mengambil masa untuk panaskan dan kemudian sejukkan badan dengan secukupnya.

Memanaskan Badan

Atau dengan kata mudahnya, warm up, adalah proses yang amat diperlukan dalam elemen senaman dan ia wajib dibuat sebelum memulakan senaman utama anda. Ala-ala entrée gitu, sebelum makan main course. 😛

warm up

Perlu diingat, senaman memanaskan badan tidak seharusnya membuatkan anda rasa letih (setakat mandi peluh sket dan jantung berdegup laju tu standard malah ia sesuatu yang bagus!).

Molek juga untuk pastikan, senaman warm up selari dengan usia, tahap kesihatan dan tahap fitness anda (takkan nak suruh nenek berzumba kot kalau dia tak biasa menari).

Contoh Senaman Warm Up

Yang indahnya dengan senaman warm up ni, anda ada banyak pilihan untuk memanaskan badan, hanya pilih yang mana sesuai dengan tahap kemampuan dan minat di hati.

Contohnya: jogging, berZumba, berjalan laju, atau lari pecut. Atau boleh sahaja tiru senaman memanaskan badan seperti dalam video ini.

Regangan Ketika Warm Up

Regangan/stretches adalah tak molek dibuat SEBELUM senaman utama anda (kalau buat pun pastikan berjarak 5,6 jam) sebab senaman stretching elbih kepada menyejukkan badan.

Namun begitu, ada bentuk regangan yang dipanggil ‘dynamic stretching’ yang berfungsi untuk memanaskan dan melenturkan badan pada masa sama. Contoh regangan dinamik boleh dilihat seperti dalam video di atas.

Menyejukkan Badan

Senang cerita, dia terbalik dari memanaskan badan. Hehe.. Di mana ia berfungsi untuk mengeluarkan kotoran dan asid laktik yang terkumpul dalam muscle (tu datangnya cramp2 lenguh tu)

Contoh cool down yang kita boleh buat adalah jalan-jalan, bernafas secara penuh, regangan setempat yang amat membantu tubuh untuk sejukkan diri, perlahankan degupan jantung, kembali ke normal.

Generally speaking, berdasarkan pengalaman saya workout dan coach, jika senaman anda mild-to-moderate (lebih kurang intensiti seperti dalam video di atas), warm up cool down dalam 5-10 minit ja. Buat lebih lama, jika senaman utama anda adalah jenis heavy duty cam marathon ke, Komanwel ke..

Baca sini: Apakah kebaikan strength training, senaman, dan gaya hidup aktif untuk anda.

Lepas ni janji buat ya. Takmo cramp lenguh ke apa lagi.

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge