Mengamalkan bengkung untuk kurus dah lama jadi sebahagian tips dalam kurus. Iklan produk bengkung merata-rata ada, siap dijanjikn dengan pinggang kerengga dalam 5 saat gitu ja. Pada masa sama ada juga yang nyatakan penggunaan bengkung untuk kurus ni tak berkesan mana pun, malah membahayakan organ dalaman akibat ditekan terlalu lama.
Mengamalkan Bengkung Untuk Kurus
Benarkah Bengkung Boleh Buat Kita Kurus?
Secara asasnya, bengkung ni digunakan untuk mengecilkan dan membentuk bahagian tubuh kita tertentu, agar kelihatan slim dan terbentuk cantik. Lebih kurang sama dengan pakai bra lah jugak rasanya: ia membentuk, memegang, dan menyokong gitu.
Dan pemakaian bengkun juga dijadikan sebagai alatan dalam proses mendapatkan berat badan asal semula, khususnya selepas bersalin untuk kecutkan balik perut yang menggeleber, dan secara tak langsung menyokong organ dalaman untuk pulih dengan lebih cepat.
Isu organ dalaman dalam gambar ini dipanggil diastasis recti, isu biasa yang dialami oleh wanita selepas bersalin dan/atau mempunyai berat badan berlebihan. Baca sini untuk ketahui lebih lanjut, tentang diastasis recti ini.
Dan bengkung tu bukan setakat yang berlilit-lilit yang biasa tok nenek kita pakai masa pantang tu (berapa jam baru nak siap kalau hari-hari pakai ye dok hehe); terdapat pelbagai jenis bengkung yang ada dalam pasaran: ada jenis korset 3,4 hook tu, ada yang sekali dengan seluar untuk slim bahagian paha dan naikkan punggung, ada juga yang sekali untuk bahagian dada. Nak slim bahagian lengan yang menggeleber pun ada tau.
Dan isu yang nak dikenalpasti ni, adakah benar kita boleh amalkan bengkung untuk kurus?
Dari berbagai artikel yang Shai baca dan hadamkan, didapati pemakaian bengkung boleh membantu dalam proses kurus korang.
Tapi chup, ia bukan membantu tu sampai kalau turun 10kg dalam sebulan ke apa – itu tak mustahil jika faktor diet yang betul sekali diamalkan. Jika sekadar mengamalkan bengkung dalam rutin, ia lebih kepada booster, di mana ia bagi compression (dalam kes ni, selalunya kita pakai bengkung untuk kempiskan perut ye dok), mengingkatkan aliran dan peluh untuk penurunan berat badan, dan seterusnya membentuk bahagian badan tersebut.
Secara tak langsung juga, yang kata pakai bengkung tu boleh kurus tu, sebab bila dapat pakai bengkung, mestilah makan pun sikit ja kan. Lama-lama terbiasa makan sedikit, seterusnya mengurangkan kalori harian tu yang lama-lama berat pun turun. 😀
Panduan Memakai Bengkung Dengan Selamat
Haruslah bila nak pakai bengkung ni bukan kena main taram je (naya organ dalaman kau nanti). kuncinya adalah test dulu bengkung tersebut, dan ia haruslah rasa ketat tapi bukan sampai nak bernafas pun susah.
Material bengkung juga memainkan peranan, agar lebih selesa untuk pakai dalam jangka masa lama. Kalau dah start kulit gatal-gatal tu basuh dulu lah bengkung tu. 😀
Tip yang Shai baca adalah paling ideal adalah pakai selama 8 jam sehari, konsisten sehingga dapat bentuk badan yang di ingini. Untuk bermula, test pakai 2 jam, dan tambah 2 jam secara beransur-ansur.

Sumber; 1,
Korang pula ada bengkung yang sedang dipakai sekarang ini, atau ada jenama/pattern yang memang menjadi amalan pemakaian? 😀