Diastesis Recti. Adakah Anda Mengalaminya?

Diastesis recti. Mungkin anda tak pernah dengar perkataan ini. Namun ia biasa disebut sebagai rahim kembang, dan mungkin ini antara punca mengapa proses kurus anda tidak berkesan sampai sekarang.

Apakah Itu Diastesis Recti?

Ia adalah satu simptom dua jalur otot di tengah perut anda yang mengembang dan berjarak masa mengandung, kekal pada jarak tersebut lepas bersalin. Jarak yang dikira sebagai diastesis recti, bila melebihi 2.7 cm.

Tunggu, jangan diambil pita pengukur. Baca dulu sampai habis tau 😀

Bagaimana Diastesis Recti Berlaku Pada Kita?

Ia berlaku disebabkan pelbagai faktor, sebab sepatutnya, tubuh kita akan pulih kembali seperti sebelum mengandung.

Dan perlu diambil kira juga, ia akan berganda risiko pada anda jika ada kembar atau mengandungkan anak saiz besar, atau pun anda mempunyai rangka kecil.

Secara ideal inshaa Allah menjadi. Kalau berpantang banyak lompong? Tanya diri sendiri lah hehe.

Dan kita ingat stretch marks lepas bersalin pun dah cukup teruk kan?

Bahaya Diastesis Recti Jika Dibiarkan

Diastesis recti tak boleh dibuat main juga tau.

Simptom ini boleh memberi kesan pada otot lain (tekanan tak dialirkan sempurna), menyebabkan anda sakit belakang pinggang, menyukarkan anda melakukan beberapa pergerakan, dan paling teruk rahim tombong.

Kerana otot-otot yang terkembang ni, fungsinya adalah untuk pegang otot-otot perut lain (macam tali pinggang lah) untuk anda bergerak.

Macam ni lah rupan otot-otot perut yang dimaksudkan. Sumber SizeCharter

Semak: Adakah Anda Alami Diastesis Recti?

  • Cara untuk pastikan samada anda mengalaminya adalah buat langkah berikut:
  • Baring di lantai dengan lutut dinaikan dan tapak kaki di lantai juga
  • Letakkan jari anda di atas pusat, dengan tapak tangan hadap ke muka anda.
  • Angkat kepala dan leher sedikit dan tangan tadi tu tekan ke bawah serentak. Ada rasa berjarak tak?

Jika ya, adalah tu, dan semak juga (dengan teknik sama) di atas dan bawah pusat anda untuk semak bentuk diastesis recti yang anda alami.

Lihat video ini untuk penerangan jelas ya.

Cara Merawat Diastesis Recti Anda

Jangan sedih jika ada, kerana boleh merawat dan pulihkan kembali simptom ini.

Yang penting ELAKKAN AKTIVITI yang akan menyebabkan simptom ini bertambah buruk.

Dah caps lock dan bagi merah, nak tunjuk pentingnya isu ni.

Elakkan Ini Ketika Merawat Simptom Ini

Beberapa senaman perut (core, abs workout) akan menyebabkan keadaan ini semakin teruk, otot tu lagi mengembang dan menyebabkan anda bertambah buncit.

Contoh senaman yang membantu isu ini

Untuk ketahui amalan yang sesuai dalam isu diastasis recti ini dalam proses kurus anda, klik sini.

Kesimpulan

Sekiranya anda alami, jangan risau kerana masih belum terlambat untuk memulihkan kembali otot-otot tersebut.

Seperti Shai kena, memang jaga betul-betul lah jadinya. Dan insaf, lepas ni kalau beranak mesti pantang betul-betul. 😛

Bacaan lanjut

No Comments

    1. Banyak kesannya jika tak dirawat dengan sebaik mungkin. Antaranya gkesan kepada postur tubuh, sakit belakang, atau sampai ada isu hernia. Yelah, sebab otot situ tak kuat dah 😀

    1. Banyak kesannya jika tak dirawat dengan sebaik mungkin. Antaranya gkesan kepada postur tubuh, sakit belakang, atau sampai ada isu hernia. Yelah, sebab otot situ tak kuat dah 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge