Review App: Membaca 30 Buku Sehari Dengan Blinkist

blinkist, membaca, app membaca, app berbaloi

Mengenai app Blinkist, aplikasi membaca untuk anda hadam 30 buku sehari (kalau mahu).

Apa Itu Blinkist

App ini Shai dapat tahu daripada perkongsian twitter (tak aktif pun, sekadar scroll2 ja) dan dalam ini ia membantu kita membaca buku sebanyak mungkin, dengan mudah.

Mestilah mudah, sebab hanya menggunakan poin penting dan rumusan ja. 😀

Namun itulah kelebihan app, sebab buku-buku fizikal yang ada agak sukar untuk dihabiskan. Shai sendiri buku yang dibeli BBW tempoh hari pun masih ada. Jadi bila kita baca rumusan dan point penting, kita dapat isi pokok nya untuk ilmu baru tu digunakan.

Dan dalam app ini, buku baru sentiasa ditambahkan jadi anda likely jumpa subjek dan topik yang di ingini.

Buat masa sekarang ini, Shai fokus kepada psikolgi, self-care, dan juga perniagaan. ^^v

App ini terbahagi kepada tiga jenis plan, dengan yang percuma ni dia bagi trial dahulu, kemudian satu buku yang mereka pilih untuk anda baca (nak cari sendiri dan baca tak boleh), berbanding plan plus mahupun premium (yang ni siap ada audio sekali)

Tujuan Blinkist

Blinkist membantu untuk memudahkan masa anda untuk maembaca dan hadamkan poin penting dalam buku tersebut. Yelah, satu buku tebal (nak-nak pula buku tentang stok saham mahupun sejarah dulu dan kaitan dengan entrepreneurship mau ada 400 muka surat kot) biasa ambil masa 2 minggu nak habis kalau bersungguh-sungguh.

Dengan app Blinkist ini, 2 minit gitu pun boleh siap baca satu buku.

Buku Harry Potter yang paling tebal lajak (nombor 5 tu, ada 780 muka pun Shai habiskan dalam 2 bulan) hehe.

Kalau dalam 2 minit baca, sempatlah nak kira habis satu rumusan buku sementara tunggu anak siap mandi kan? Atau masa nak tunggu lauk pecah minyak ka..hehe..

Ikut harga sini: Plus RM199, Premium RM299 tak silap. Dah check, harga Blinkist di android lagi murah dari iphone. ceh

Review Shai Menggunakan Blinkist

Kelebihan Menggunakan Blinkist

Setakat Shai menggunakan Blinkist ini (premium plan, rezeki), Shai simpulkan:

  1. App yang user-friendly, senang nak navigate (UI, UX plus!)
  2. Banyak subjek dia cover. Rambang mata nak memilih juga. Mujur rumusan jadi sempat nak sapu semua.
  3. Boleh asing dan kategorikan jenis buku mengikut tags yang kita label sendiri.
  4. Ada audio, khusus untuk orang yang boleh studi dengan mendengar. Shai tak boleh sangat, kena visual.
  5. Dengan rumusan ini juga boleh berikan anda idea jika buku ini berbaloi untuk dibeli. 😉

Update post: Sekarang Shai banyak gunakan audio feature yang ada dalam Blinkist ni, senang bila nak masak lauk boleh dengar sekali ‘blinks’ dalam buku yang dipilih. Pesen Shai ni bila masak suka masak sekaligus, dan bahagikan ikut portion anak beranak biasa makan (malassss nak masak banyak kali heh heh).

Kekurangan Menggunakan Blinkist

  1. Haruslah takat baca rumusan tak sama dengan baca buku sepenuhnya.
  2. Apatah lagi baca di hp tak sama feel dengan buku fizikal juga.
  3. Baca rumusan kadang-kadang boring juga, sebab tak ada sentuhan tangan penulis dengan gaya bahasanya tersendiri. Hanya isi semata-mata.
  4. Pelan pembayaran tak dan yang bulanan, jadi nak buat macam prepaid takda, tak syok. Hanya bayaran secara tahunan. Jadi dah beli tu, bacalah rumusan sampai lebam.
Sampai lebam mata ko banyak baca buku. hehe.. Kredit gambar: https://www.thelocal.de/

Berbaloikah Nak Beli Blinkist?

Pada Shai, bergantung kepada diri juga. Kalau yang kuat baca buku atau yang perlu baca banyak bahan dalam masa yang singkat (lagi2 yang buat bisnes), app ini adalah solusi anda sekiranya anda sangat-sangat sibuk. Jadi dah bayar tu cepat-cepatlah komited 30 buku sehari kalau boleh, agar pembayaran anda buat berbaloi sangat999.

30 buku dalam anggaran sebuah RM40, berbaloi macam RM1200 spend dekat buku ye dok. 

Dan Shai jumpa satu blog post ini, yang share kan review yang lebih detail tentang pro/cons app ini, siap dengan perbandingan dengan app yang lebih kurang sama. Yang agak2 nak membayo app ni untunglah sebab ada promot diskaun dalam blog post tu (33% kot..alahai…). Korang refer dekat sini ya, untuk info tambahan berkaitan.

Kalau tak yakin, cuba ja yang free punya. Nanti datanglah rasa perlu jika pelan itu berbaloi untuk kegunaan anda. Jadi klik web rasmi Blinkist untuk info lanjut ya. 😀

Rujukan: 1, 2

Bacaan lanjut

2 Comments

    1. ha samalah. tu yang app ni membantu. rumusan je dia buat, 3 minit selesai 1 review buku. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge