5 Kunci Dalam Multitasking

multitasking, sibuk, produktiviti

Bercakap tentang multitasking ni, rata-rata tunjukkan yang tabiat multitasking ini adalah tak bagus untuk diamalkan sebab ia akan ganggu keupayaan otak nak handle tugas, n result pun tak cantik mana. Tapi tu lah, dah jadi mak, nak tak nak kena buat dua, tiga kerja dalam satu masa kalau tak mana cukup nak setel semua?

Multitasking, Adakah Penyelesaian Untuk Produktiviti?

Memang betul pun jika kita buat multitasking ia akan ganggu kapasiti otak kita nak setelkan tugasan tersebut; otak tak boleh fokus, kalut dan kita umumnya lebih letih daripada biasa sebab otak guna sampai maksimum yang mungkin.

Macam RAM dekat komputer jugalah, kalau banyak benda dia buat dalam masa yang lama mau panas komputer tu nantu. Silap-silap shut down terus.

Tapi Shai, tetap juga nak amalkan multitasking ni, sebagai cara nak banyakkan masa sebanyak mungkin di akhir hari, bila petang ke malam boleh rehat dan buat kerja biasa-biasa, instead masih kalut nak basuh baju sediakan baju dan anak walau dah pukul 11 malam.

Sedih woo.

Oh ya, Shai juga a big fan untuk proses yang Shai panggil sebagai parallel processing; iaitu sementara satu tugas berjalan secara automatik, Shai buat kerja lain sementara kerja tadi tu siap. (Term ni Shai ambil dari parallel computing, yang gunakan multiple CPU untuk proses kerja tertentu hehe.)

Contohnya masa basuh baju tu, kita buat lah benda lain macam menyapu ka, kemas tilam ka, mahupun cuci toilet.

Cuma dalam multitasking ni, ada cara dan strateginya ada kebanyakkan kerja boleh siap, dan pada masa sama tak membebankan otak nak fikir.

Kunci Dan Strategi Dalam Multitasking

Perkara pertama pada Shai ialah kenalpasti kapasiti kita, iaitu berapa banyak tugas dan jenis tugas apa yang kita boleh handle pada masa sama. Kalau first time buat ni tak biasa, rilek dulu dan praktis sebanyak mungkin bagi tubuh biasa dan otak boleh automate tugasan dekat kepala.

Longgokkan tugasan yang boleh dibuat sekaligus dalam satu tempoh. Contoh paling mudah ialah urusan rumah lah. Ambil satu masa (10-30 minit ka) dan longgok tugasan rumah yang boleh setel dalam tempoh tersebut.

Contohnya: basuh baju pagi2 tu, terus masak air dan panaskan makanan sarapan (yang dibuat secara batch cooking sebelumnya). Sambil tu semayang sat, sarapan n sediakan bekal ke apa dan makan lah sampai basuh baju dah setel untuk disidai.

Contoh video resipi yang Shai suka giler, gantikan roti dalam ni dengan Gardenia punya lah. N hotdog ke apa dengan nuget Ramly ka. Prinsipnya tetap sama

Atau macam Shai buat juga waktu nak masak lauk 4 hari sekaligus, sambil-sambil tu kemas overhaul dapur n sinki ka, sapu sampah ka, pakai krim muka ka, atau lipat baju sat sambil main the sims hehehehe..

Atau Shai buat kerja di komputer malam tu, sebelah tu suruh Naz buat latihan dia dan check satu persatu lepas tu.

Nak elak dari terlupa etc, item keramat iaitu timer ni beli lah satu n lekat dekat mana-mana supaya dengar bunyi timer tu. Kat Daiso ada RM5.90 n Shai pakai sejak 2 tahun lepas elok ja lagi. Tukar bateri sekali ja.

Idea baik juga untuk bermula multitasking ini adalah buat senarai siap-siap apa yang boleh dilonggokkan, dan test. Start dengan tugasan yang boleh automate seperti masak nasi, masak lauk berkuah, atau basuh baju dan tambah tugasan yang memerlukan perhatian kita seperti sapu sampah, lipat baju, sidai baju etc tu.

Kalau jadi, maintain lah dengan senarai tugasan tersebut. Dan adjust ikut keupayaan korang.

So far, multitasking ini melibatkan tugasan mudah seperti urusan rumah, penjagaan diri, n juga homeschooling yang rata-rata boleh handle ja. Boleh ja untuk tugasan kerja, cuma kena particular sedikit agar tak menganggu performance n kualiti kerja tersebut.

Kuncinya juga, tugasan yang kita longgokkan tu berada dalam kategori yang sama, iaitu benda rumah buat untuk rumah, benda kerja khas untuk kerja (melainkan korang boleh handle lah).

Nah, untuk kemudahan korang nak ber-multitasking ni, klik link bawah yang membantu:

Resipi lauk ayam yang biasa Shai buat lauk selonggok

Tag produktiviti

Semoga membantu ya.

Bacaan lanjut tentang multitasking ni di sini.

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge