Penggunaan Planner Dari Dulu Hingga Sekarang

Blog post ini adalah mengenai bagaimana penggunaan planner dari 10 tahun lepas, sehingga sekarang. Makin lama makin pakar, makin cekap sistem nak guna sekarang ni yeahh!

Dalam post terdahulu, Shai kongsikan infa asas mengenai sistem bullet journal – sistem yang makin trending kerana ia boleh digunakan oleh semua orang, dari yang kerja di pejabar, sampailah ke suri rumah sekalipun.

Apatah lagi dengan kerja Shai yang memerlukan banyak role dan tugas, sistem macam ni amat membantu, dan Shai gunakan dalam bentuk planner traveler’s notebook ni.

Moga dengan perkongsian ini, membantu korang untuk tentukan, penggunaan planner apakah yang sesuai dengan diri dan keperluan korang, direct dengan pengalaman personal ini. ^^v

Kenapa Shai WAJIB Menggunakan Planner

Tujuan orang lain mungkin berbeza, namun tujuan Shai gunakan planner adalah untuk:

  • Mencatat segala butiran penting agar tidak lupa – banyak benda nak ingat kot
  • Dah catat, tak perlu nak ingat sangat. Cuma otak kita dah simpan elok2 dalam otak, agar bila kita perlukan info tu, boleh kembali rujuk sekilas pandang aja. Takdalah nak berlegar-legar dalam otak je kan
  • Catat perkembangan diri dan perbaiki sistem mana yang perlu, serta tengok kot2 ada problem kat mana-mana. Contohnya kalau penat semacam lain daripada biasa, rupanya sebab Shai makan tidak betul pada kebelakangan n. Mungkin dengan orang lain, boleh kesan penyakit berbahaya dari awal. Bagus kan?
  • Sebagai rekod hidup. Mana tahu nak selak balik tengok apa kita dah buat, boleh jadi sebagai satu peringatan sejauh mana kita berubah dah ?

Jenis-Jenis Planner Yang Pernah Shai Guna

Shai gunakan kembali planner lepas termenung panjang satu hari tu: kerja terabur, memasak pun kalut, rumah sepah (kalau sebab mainan anak tu standard lah), dll sehingga Shai fikir solusinya. Maka waktu tu, Shai mulakan dengan planner yang dibuat sendiri. Beli ja di Daiso, dan catat. Lama tak buat punya pasal, hok beso aku beli terus XD.

Saiz B6, ada 100 pages ni
Yang jenis kecik tengah tu

Waktu di sekolah rendah, Shai gunakan buku nota spiral kecik grandluxe ni. Tu pun lepas diajar arwah papa untuk bawa ke sekolah. Lepas tu pow stok buku nota dia ja la.

Waktu di UKM, Shai gunakan weekly planner spiral punya juga. Alhamdulillah sangat membantu, dan waktu tu tak fikir sangat bukunya begitu kecil, dan penuh dengan post-it notes tulis sebijik2 untuk aktivit satu hari.

Asbab perancangan ni juga, team presentation EST Shai dapat A semuanya, dengan Shai ketua. Hoyeaahhh!

Saiz gini. kecik sangat boleh muat dalam poket. Takda lah beli yang munga-munga gini

Kembali gunakan planner besar gedabak tu masa dah ada anak. Buat sendiri semua dan gunakan.

Sekarang gunakan sistem bullet journal, dalam bentuk traveler’s notebook – buku nota lebih daripada satu, dimuatkan dalam satu cover sahaja. Tengok insta bawah ni, buku nota ada ni untuk 2 blog, 1 bisnes, planner mingguan, dan juga buku nota khusus untuk Naz. Senang nak bawa kemana-mana, sebab masing2 buku nota kecik tu ada buku tebalnya sendiri.

Traveler’s notebook ni Shai akan kongsikan di blog post lain. Sangat simple dan tahan lasak tau.

Kesimpulan

Semoga membantu perkongsian ini untuk korang buat pilihan planner apa yang sesuai. Shai gini lah, ambil masa nak buat keputusan sebab tak nak buang masa tukar-tukar melainkan jika dah jadi kritikal tu lain ceritalah.

Jadi bila dah betul-betul suka dengan sistem tu, Shai ‘ngap’ dan gunakan, perbaiki mana yang perlu sehingga sempurna mungkin, inshaa Allah.

Prinsip atas ni terpakai pada semua benda pun. ?

Dan juga akaun IG Shai buat khas untuk planner memplanner nih. XD Klik sini untuk follow ya.

Bacaan lanjut

4 Comments

  1. dulu-dulu ada guna planner…

    sekarang dah guna dah..

    rasa rugi juga kalau tak guna planner..

    seharian masa habis begitu sahaja

  2. Hihi…benda ni kalau biasakan ia akan okey…kalau tak biaaa planner tu kosong je la dr awal tahun sampai akhir tahun…bahaha

    1. lalala~ berapa banyak planner kumpul habuk ja sebelum ni.:P belinya sebab cantik tengok ja hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge