Bagaimana Jenis Tubuh Ada Kaitannya Dengan Kurus

Kajian membuktikan terdapat kaitan signifikan antara jenis tubuh yang ada dengan aspek kurus. Iaitu, faktor ini perlu diambil kira dalam pemilihan diet pemakanan dan juga jenis senaman yang sesuai. Perasan kan kenapa ada kawan kita yang kurus tu makan banyak pun tak naik2 juga beratnya kan? Inilah sebabnya juga.

Jenis tubuh ini bukan sekadar bagaimana anda kelihatan – kurus keding ke, kurus sedang-sedang, chubby yang comel, mahupun berisi – ia memberi maksud bagaimana tubuh anda mencernakan makanan yang diambil (khususnya sumber karbohidrat), sistem hormon, metabolisme, serta kemungkinan risiko penyakit tertentu (selalunya, kencing manis dan penyakit tiga serangkai lah).

Dan penentuan jenis tubuh ini juga tidak bermaksud anda boleh lihat seimbas lalu dan mengatakan jenis tubuh anda telah berubah. Tidak ya, kerana deep down, sistem tubuh anda seperti metabolisme, risiko penyakit, dll seperti yang disebutkan di atas masih begitu dan diperbaiki dengan mengamalkan langkah-langkah tertentu.

Dah, ku letak gambar Che Ta ni. Enough said. 😛

Contoh mudah, atlit Olimpik yang rata-rata samada kurus dan lentur tubuhnya, mahupun yang sasa dengan otot mantap – tubuh mereka asalnya berbeza sewaktu dulum, berdasarkan jenis tubuh mereka. Kerana latihan dan diet yang ketat, bentuk tubuh mereka pada hari ni amat-amat lain sekali.

Atau lebih relatable, kot-kot ada saudara mara kenal yang dulu keding ya Rabbi, tapi lepas beranak body melentik habis cantiknya. Begitulah, kalau kita makan sekian-sekian, buat amalan sekian-sekian.

😉

Anda pun boleh juga tau. Jika kena dengan cara dan ilmunya.

Mengetahui Jenis Tubuh Anda

Terdapat tiga kategori jenis tubuh yang umum, iaitu ectomorph, mesomorph, dan endomorph, yang masing-masing ada ciri mereka yang tersendiri. Dan melalui ciri-ciri ini anda boleh merancang waktu dan jenis makanan yang boleh diambil (lagi-lagi karbohidrat cam nasi putih tu; dipanggil carb tolerance) untuk mengekalkan berat badan yang ideal, secara tak langsung mengurangkan risiko penyakit nak hinggap.

Pastinya, faktor lain seperti stamina dan daya ketahanan tubuh yang semakin baik, bermaksud tubuh anda akan menjadi lebih muda, dan lebih cekap untuk mencerna makanan, khususnya yang bersumber karbohidrat.

Perlu di ingat, kebanyakan kita tidak ada jenis tubuh yang mutlak, selari dengan teori (jarang bebenonya). Selalunya bercampur serba sedikit, dengan satu dua ciri dominan.

Carb Tolerance

Carb Tolerance Tinggi

Jenis tubuh yang mempunyai toleransi yang tinggi boleh mengambil makanan bersumberkan karbohidrat pada waktu biasa (sarapan, makan tengah hari, dan malam contohnya).

Jangan action pulak. 😛 Haruslah makan apa ja tu makan sihat pun sekali untuk elak penyakit, dan pelbagai isu kesihatan nanti.

Carb Tolerance Sederhana

Bagi yang toleransi sederhana, sebaiknya ambil separuh makanan bersumberkan karbohidrat pada waktu biasa, dan selebihnya pada waktu anda melakukan kerja-kerja berat/senaman. Lebihkan pengambil protein, lemak sihat, kekacang, sayur dan buah.

Carb Tolerance Rendah

Untuk toleransi yang rendah, anda amat-amat digalakkan (sebaiknya ikut terus hehe) ambil makanan bersumberkan karbohidrat sewaktu nak buat kerja berat/senaman. Protein, lemak sihat, kekacang, sayur dan buah pula ambil pada waktu makanan biasa.

Jenis tubuh dengan carb tolerance, serta cadangan nutrisi makro yang optimal. Sumber: breakingmuscle.com

*aspek karbohidrat ini ditekankan kerana ia masih nutrisi makro (baca lanjut di sini), Cuma kadang-kadang kita cenderung ambil terlebih, dan biasanya yang jenis putih/refined. Dan dalam aspek senaman, sedikit karbohidrat putih ini diambil dalam 30 minit sebelum nak mula workout, untuk tubuh mendapat tenaga segera, dan juga meningkatkan endurance (takdalah cepat semput, lepas tu emo tak nak dah bersenam. huhu)

Bagaimana Hendak Tahu Jenis Tubuh Kita?

Kuiz ini akan membantu anda untuk ketahui jenis tubuh yang anda ada.  Cer isi dan lihat apakah keputusannya (ayat cam iklan pulak). Gunakan carta ini, atau klik link di bawah ini.

Shai punya, campuran endo dan meso. ecto idok ler..i cute2 je tak tinggi lampai. XD

Perlu di ingat ialah kuiz ini hanya ambil kira keadaan anda sekarang dan sebaiknya anda boleh dapatkan maklumat lanjut melalui pakar nutrisi (tanya dekat klinik kesihatan kot2 ada service tu). Link dia sini.

Klik link ini, untuk baca jenis tubuh ectomorph, mesomorph, and endomorph (bahagian 2) yang kita ada sekarang ni.

Rujukan: 1, 2

 

 

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge