Pembinaan Otot Dan Wanita

Ramai wanita keberatan nak bersenam sebab takut nanti badan mereka naik berketak-ketak macam atlit bina badan – hilang ciri-ciri feminin gitu. Baca lanjut, dan lihat bagaimana ia adalah suatu mitos yang menghalang daripada potensi anda mendapatkan tubuh yang mantap.

Otot dalam tubuh anda bukannya berdosa pun – ia adalah salah satu komponen yang penting dalam tubuh anda, menghubungkan pelbagai saluran penghubung untuk anda bergerak, memberikan signal kepada metabolisme untuk membakar lemak, serta pelbagai fungsi lagi. Nak atau tak nak, anda perlukan otot-otot tersebut untuk pelbagai aktiviti harian, walaupun sekadar senyum nak selfie depan kamera.

Apakah Manfaat Otot Kepada Kita?

Dengan jumlah jisim otot yang optimum, tubuh anda akan mendapatkan pelbagai kebaikan seperti:

Metabolisme Anda Akan Bertambah

Ini kerana apabila anda bersenam seperti strength training atau *melakukan kerja yang berat, cebisan halus otot anda akan terkoyak (jangan seram, koyakan/kecederaan kecil ni ia normal) dan akan dibina dalam 24-48 jam kebiasaaanya. Dan untuk proses pembinaan otot ini akan memerlukan tenaga (tu yang badan rasa panas dan berpeluh banyak selepas aktiviti berat tersebut) dan pastinya metabolisme anda bertambah laju waktu itu, walaupun ketika itu anda sedang rehat mahupun tidur.

Ambil perhatian: kadar metabolisme anda sewaktu rehat (resting metabolic rate) ditentukan oleh jumlah otot yang ada dalam tubuh anda. Maka (ikut hipotesis laporan sains) semakin banyak otot yang anda, semakin tinggi kadar metabolisme anda.

Jika berat badan anda naik mendadak semacam, atau makan dengan banyak tiba-tiba, pastikan samada ia berpunca dari metabolisme yang telah menurun di sini.

*kerja berat ni pun, ada satu masa akan lali dengan kerja tersebut, dan tidak ada pertambahan otot yang berlaku selepas tu. sama juga dengan bersenam strength training, mula ketaq tangan nak angkat dumbbell 3kg sekarang kalau 8kg tu celah gigi ja – sebab dah plateau. Nanti akan dikongsikan dalam post lain ya.

Bertambah Kekuatan Dan Tenaga

Dengan pertambahan jisim otot juga bermaksud kekuatan anda juga meningkat, dan tugas-tugas biasa yang anda lakukan di rumah seperti membasuh baju, berkejaran dengan anak untuk pakaikan baju, mahupun bersilat di dapur menjadi mudah selepas itu. Tubuh lebih kentur dan fleksibel, kurang kebarangkalian untuk anda terseliuh dan lebih lincah bergerak.

Tidak lagi keletihan sebegini kan? Kredit: http://sites.psu.edu/

Bukan Bertambah Otot Nanti Badan Saya Menjadi Sado Ke

Jika dilakukan secara betul sekalipun, sangat kurang kebarangkalian anda untuk memiliki badan berketak-ketak melalui senaman.

Atlit bina badan tidak mendapat tubuh sebegitu dengan pergi gim selama sejam sehari ja – mereka perlu makan dengan diet dan kiraan kalori yang betul (yang sentiasa berubah-ubah dan perlu dibantu oleh pakar nutrisi sukan), serta rutin senaman yang betul agar setiap kalori makanan yang diambil digunakan khusus dalam pembinaan otot.

Jika anda tidak lalui keadaan sebegitu, maka anda tidak perlu risau untuk kata badan sado ke apa. Malah keadaan sebaliknya yang berlaku, tubuh anda mantap dan lebih slim, postur tubuh lebih elok dan sihat, dan pastinya anda kelihatan lebih muda dari usia anda.

Potensi Anda Sebagai Wanita Untuk Membina Otot

Waktu dahulu dikatakan bahawa wanita amat-amat susah nak bina otot, yang pastinya mengurangkan motivasi untuk wanita yang mahu tambah sedikit otot dalam tubuh, sebagai satu cara untuk kurus dan membentuk tubuh. Kajian terkini mendapati dengan hormon wanita iaitu estrogen membantu tubuh wanita dalam pembinaan otot, tidak bergantung kepada hormon yang biasa dikaitkan dengan lelaki iaitu testosteron (testo).

*wanita dan lelaki masing-masing ada hormon estrogen dan testo ni. Bezanya adalah nisbah, dimana wanita ada lebih banyak amaun estrogennya, berfungsi memberi bentuk tubuh wanita (sebaik sahaja mencapai baligh), serta proses haid, kehamilan, kelahiran, dan penyusuan.

Malah apa yang estrogen mampu lakukan ialah:

  • Memulihkan tisu otot
  • Melindungi otot daripada hilang (atrophy)
  • Melindungi tulang, ligamen, dan tendon (kat lutut, siku tu)
  • Membantu meningkatkan metabolisme anda.

Ya, jika hormon ini dijaga dengan betul dan tidak haru-biru, kurang kebarangkalian untuk anda buncit.

Kesimpulan

Dapat sesuatu? 😝

Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian ini, menjadikan anda bersemangat untuk konsisten dengan rutin senaman yang sesuai dengan diri, untuk manfaat kecantikan dan dan kesihatan.

Janji konsisten walau sekadar 10 minit ya. Untuk manfaat jangka panjang juga.

Rujukan: 1,2,3

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge