Rutin Mingguan dan Tips Menyimpan Makanan Di Dapur

Dalam sibuk handle tiga kerja yang Shai pegang setakat ini (sebelum ini dua ja), boleh haru satu rumah kalau tidak ada sistem/rutin yang tetap. Ala-ala SOP gitu, lebih-lebih lagi di dapur yang biasanya menjadi domain utama suri rumah.

*Okay, bab tanggungjawab suami kena sediakan pembantu rumah atau tolong sekali kalau isteri berkerja etc etc itu point lain yang Shai tak mahu include dalam post ini. Ia benar, ikut sunnah Rasulullah yang kerjanya way too much and too big (selain berdakwah, jadi strategist economic and military, diplomatic advisor, handle anak buah dan segala macam maslahat negara) yet still find the time to help his wife tanpa disuruh.

See.. perenggan ni pun dah panjang. Maka kalau dan dan sesuai dengan keadaan boleh kita kupas sama-sama dalam post lain, hehe.. Harapnya, rutin yang Shai amalkan ini sedikit sebanyak boleh membantu korang.

Rutin, Tips Menyimpan Makanan dan ‘Meal Planning Tips’ Di Dapur

Shai lakukan rutin ini berulang seminggu sekali (kalau yang pro boleh sebulan sekali), di mana perkara pertama haruslah merancang barang dapur yang nak dibeli, berdasarkan stok makanan dan lauk apa yang nak dimakan pada minggu ini. Waktu ini, boleh dapatkan input anak suami nak makan apa (kalau international cuisine tu mengada namanya XD) kalau-kalau diorang boring makan lauk sama kan. Heh heh..

Boleh juga sediakan satu senarai lauk pauk mengikut kategori (ayam/ikan/daging/sayur/kek?) untuk mudah tanpa merenung 5 minit cari idea. Pilih saja dari senarai. 😛

Menu ini siap dengan sarapan sekali. banyak contoh lain didapati di Pinterest

Sebaiknya juga, sediakan satu dua hari untuk makan lauk baki (leftovers), untuk mudahkan kerja memasak, selain berguna waktu kecemasan atau extra lauk jika ada tetamu yang datang. Atau kalau ada anak beranak lapar minta diorang panaskan saja dah siap.

  • Dari menu yang ingin dimakan minggu tu, boleh beli barang untuk stok seminggu
  • Bahan basah diasingkan mengikut jumlah portion yang biasa dimasak untuk sekeluarga. Cara orang lain mungkin berbeza dan pada Shai, satu hari hanya satu lauk utama (sayur/ulaman sebagai side dish) dan memandangkan hanya tiga beranak saja di rumah, ayam biasanya ada 6 ketul sederhana atau ikan keli dalam 4 ekor saiz kecil. Korang bajet lah macam mana hehe.. portion tersebut disimpan dalam bekas (sebaiknya sama saiz untuk mudah menyimpan) di freezer. Esok nak makan, keluarkan sebekas saja.
Shai guna bekas ini 3 yang tengah untuk simpan lauk baki. Bekas paling kecil sekali untuk budu dan yang besar untuk bahan basah.
  • Kalau rajin, blend bahan tumisan (mengikut menu) untuk stok seminggu, potong sayur jenis keras ikut menu dan simpan, sayuran dihiris dipotong kiub dsbg siap dalam bekasnya. Keluarkan mengikut keperluan.
  • Lauk yang tidak bersantan seperti ayam goreng sambal, lauk kicap dll boleh dimasak dua kali ganda dan disimpan bakinya untuk dimakan hari lain. Sepanjang pengetahuan Shai lauk santan tahan sehari dua ja. Kalau silap mohon info di komen ya? Tip: khaskan lauk istimewa untuk hari minggu sahaja. Kot nak makan nasi arab ke..

Gitulah rutin Shai setiap minggu untuk meal planning. Dan kebiasaanya balik rumah dari beli barang dapur Shai terus siapkan bahan basah dan kalau rajin masak terus lauk dua kali ganda untuk mudah kerja (alang-alang datang mood kan). Kurang-kurang dalam sejam sehari memasak, boleh Shai kemas rumah terus. Setel.

Ada yang pro mela planning dua minggu sekali, ada yang sebulan sekali (freezer beso di rumah). Kalau boleh, upgrade, yang itu power. 😀

Bacaan lanjut

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge