Bullet Journal: Trend Baru Dalam Pengurusan Masa

Trend terbaru dalam pengurusan masa menggunakan planner berbentuk kertas, ialah melalui sistem yang dinamakan bullet journal. Baca lanjut, mungkin sistem ini boleh memudahkan hidup anda, sebagaima ia membantu orang lain sehingga sistem ini trending satu dunia.

Jika anda pembaca setia blog ini anda akan tahu betapa obsesnya Shai dengan aspek pengurusan (rasanya sampai ke tahap taksub kot. Haha) masa dan hidup. Sentiasa mencari sistem yang efisien, simple, membantu kita ingat urusan/tarikh penting, selain keep track perkembangan hidup kita.

https://www.instagram.com/p/BW4wDIbABiFSqMepC_aP5FYFmpRuIj0r0ddVn00/?taken-by=shairyan

Tak nak lah go with the flow literally, mengikut orang aja sehingga tidak sedar dengan apa yang kita buat, pilihan apa yang kita ambil, serta tak ingat pengalaman yang kita dapat kan?

Maka dengan itu, Shai temui sistem bullet journal ni, dan alhamdulillah setakat ni ia amat membantu; apa lagi dengan hidup Shai yang pegang banyak kerja luar dan dalam rumah – penulisan, 2 blog (blog baru sini ha..cantik tau), bisnes trading, dan juga uruskan rumah dan anak yang mildly autistic – yep, Naz diagnos dah as ASD. Nanti Shai buat blog post mengenai perjalanan/pengalaman diagnos tersebut.

Okeh, back to the topic here.

Apa Itu Bullet Journal

Secara asasnya, sistem bullet journal ini adalah sistem rekod/pengurusan masa yang menggabungkan temujanji, diari, tracker, senarai penting yang anda nak simpan (wishlist tahunan ka, senarai resipi untuk anda nak plan masak minggu ni, dll) yang dikenali sebagai collections, dan pastinya sebagai planner – tempat untuk anda merancang apa yang anda nak buat pada hari ini daripada urusan rumah, pejabat, malah sekolah anak.

Pendek kata, semuanya boleh, dengan sistem ringkas yang anda boleh catat dalam beberapa saat ja.

Mengapa Dan Kebaikan Bullet Journal

Banyak kebaikan dan manfaat menggunakan sistem ini. Antaranya:

  • Memudahkan untuk lihat perkembangan, senarai, dan pelbagai nota sepintas lalu
  • Sesuai untuk orang yang jenis analog – kena tulis/baca dekat benda di tangan baru ingat
  • Boleh personalized kerana sistem ini mengikut apa yang berlaku dalam hidup kita, dan kita sendiri tentukan apa yang kita nak rekod dan senaraikan – apa yang anda rekod mungkin tidak sama dengan kawan anda
Mencatat ni pun salah satu kesan terbaik untuk maintain kurus tau. Sebab kita tau apa yang kita ambil, n rasa bersalah kalau makan yang bukan-bukan heheheh… Klik sini untuk lebih banyak tips kurus mudah

https://www.instagram.com/p/BW4wDIbABiFSqMepC_aP5FYFmpRuIj0r0ddVn00/?taken-by=shairyan

  • Boleh digunakan untuk semua variasi kehidupan orang, hatta engineer, pelukis, surirumah dengan bisnes online, cikgu, nenek, malah yang masih bersekolah sekalipun. Jauh contoh Shai bagi, tapi tu lah nak tunjuk sistem ini versatil. Macam blog ini , umpamakan sistem ini macam kentang – boleh masak dalam lauk, french fries, dibakar dalam oven atau dilenyek untuk makanan anak. haha
  • Boleh digunakan sebagai satu planner, atau anda boleh seragamkan sistem ini dengan planner elektronik – boleh nak gunakan bullet journal dalam elektronik juga.
  • Sistem ringkas, hanya bermula dengan satu pen dan satu buku nota ja. Serius.

Bagaimana Menggunakan Sistem Bullet Journal

Sistem yang dikongsikan ini adalah umum, namun anda boleh pelbagaikan mengikut keperluan diri, layout/cara tulis yang disukai, rambu-ramba ikut selera sendiri. Janji keep track bersungguh ja. ?

Index log 

Bahagian ini adalah untuk senaraikan isi kandungan dalam buku nota anda. Sebab sistem ini fleksibel, anda tak wajib pun nak bahagikan beberapa mukasurat untuk satu item (sekali tak cukup mukasurat kena sambung bahagian lain, dah cam tak cantik pulak hehe), kalau dapat, boleh ja. Namun secara asasnya adalah agar anda tidak terbeban dan gunkan setiap mukasurat dalam buku nota tu as you go.

Contohnya kan:

Jadi katakan ada kalendar kotak besar untuk bulan Jun tu di muka surat 19, catatkannya di bahagian index. Bulan Julai pula mukasurat 22, Oktober pula di mukasurat 33. <- perasan tak macam tak sama kan? Mana tahu masa di bulan Jun anda sedang bercuti, jadi tak guna planner sangat, maka tak kisah sangat kalau terus sambung bulan Julai pula. ?

285f30f5f147811215d47dd8e65fb929.jpg (500×667)
Tulis mukasurat siap2 jadi senang tak tercari2

Termasuk di bahagian ini juga adalah untuk simbol2 yang anda gunakan, agar tak perlu nak tulis berulang kali. Kalau nak ulang tulis masak nasi 370x dalam setahun banyak masa jugak nak habis (untuk 365 hari campur 5 hari extra kalau orang datang rumah. hehe).

Future log

Bahagian ini pula, secara asasnya adalah kalendar tahunan, anda catat temujanji/tarikh penting mengikut tarikh, sebagai rujukan untuk merancang pada setiap bulan.

Monthly log

Yang ni sama cam kalendar bulanan lah. Terdapat pelbagai jenis susun atur dan cara yang anda nak gunakan: lukis kotak besar, tulis balik tarikh ja, atau print kalendar bulan tersebut dan tampal.

Cam Shai, sebab banyak pegang kerja, setiap kerja masing2 ada monthly kotak besar tu. Shai print banyak-banyak, nak guna terus tampal ja. Senang kerja. ? *Shai punya saiz Traveler’s Notebook, nanti Shai upload untuk korang download.

Weekly atau daily spread

yang ni layout untuk rekod dengan lebih terperinci. Bergantung pada diri, ada guna semuka, ada dua muka untuk setiap minggu, ada satu hari semuka, seperti di layout ini:

Camni, daily spread dua hari dalam satu muka, siap dengan tracker jam untuk aktiviti penting

Collections

bahagian ini pula, adalah untuk senarai sesuatu benda yang anda perlu catat untuk jangka panjang. Lain orang lain senarainya, ikut hati anda suka macam mana.

Contoh Shai punya:

  • Wishlist (1001 impian), bucket list, senarai barang nak shopping
  • Senarai kesihatan dan simptom yang Shai alami serta solusinya
  • Target jangka panjang (diri, bisnes, dan blog)
  • Senarai resipi yang Shai dah buat
  • Senarai akaun dan bil (astro, iflix ke dll)

Idea collection ada di bawah post ni. 🙂

Tracker

Tracker Shai macam ni lah rupanya. Senarai zikir, mengaji, dan homeschool anak letak setempat

Tracker ni best, sebab ia amat-amat-amat membantu anda untuk lihat perkembangan samada harian, mingguan, mahupun tahunan. Contoh mudah, Shai gunakan tracker ini untuk:

  • track bilangan mukasurat buku yang dibaca (kalau tak memang lupa weh
  • senarai zikir, mengaji, dan sedekah
  • makanan, air masak, dan senaman yang dibuat harian
  • untuk bisnes dan blog contohnya: bilangan pelawat, untung bulanan, dan unjuran fiskal kewangan untuk pemegang saham. Cewah
Yang ni, kerja kemas rumah yang bulanan dicatat. Sekali imbas boleh tengok apa yang dah buat dan belum kan?

Nak mulakan semua ini, anda boleh siapkan dalam 5 minit gitu ja, dengan pen dan buku nota yang ada.

Alat Yang Diperlukan Dalam Bullet Journal

Anda boleh bermula dengan benda asas ja

Satu pen, dan satu buku nota. Tu sahaja.

Dan pen tu anda nak brand papermate ke, stabilo ke, BIC ke; manakala buku nota tu nak size cam buku sekolah anak ke, A5, A6 ke (A4 beso pulak gamaknya XD); nak dalam bentuk filofax yang kertas berlubang ke, ada ring tu ke, ikut suka awak janji awak suka nak gunakan buku nota tersebut.

Kalau tak suka nanti terperap lah bukunya di rak. Kumpul habuk kan?

Shai tak nak tunjuk yang banyak rambu-ramba sebab tak nak korang rasa warna warni ni adalah sesuatu yang wajib untuk planner korang. Tak perlu pun. Itu optional.

Ni dia, minimalist layout senang nak tengok. Teruk2 beli pen khat tu buat lah tulisan lawo2 sikit. Kalau tak pinjam je lah pensil kaler anak. ^^v

Ada satu pen hitam, highlighter kelabu, dengan pen biru ja untuk tulis

Tak perlu cantik. Kalau ada rezeki dan kesempatan, buat ja. Kalau tak jangan risau. Sistem ini direka untuk memudahkan anda merancang dan memperbaiki hidup, bukan sekadar untuk insta dan cantik dipandang, sampai kerja satu apa tak jalan. ?

Pendapat Shai tentang bullet journal

Lain orang lain cara yang mereka gunakan untuk perancangan. Pada Shai, menggunakan planner berbentuk buku ini adalah sebagai satu outlet untuk Shai tulis semua yang ada di kertas dengan terperinci, dan boleh gunakan otak untuk aspek kreatif dan ilmu tambahan.

Shai sendiri, cuba nak gunakan planner digital tapi tak berapa berkesan. Memang cepat lupa. Sekadar guna elektronik untuk catat waktu bangun tidur dengan fitbit, dalaman wanita dengan app (senang rekod untuk tunjuk doktor kalau ada apa-apa).

Apatah lagi bila masa kecil dah terdidik untuk bawa buku nota ke sekolah, kemudian bermula kembali di zaman U, dan sekali lagi selepas berdikit2 bisnes online: masa tu sedar hidup agak terabur sebab nak uruskan anak, rumah, dan bisnes memerlukan planner – ye yang gedabak atas tu ha -.-

Tun.M pun suruh bawa n guna buku nota tau. For someone that capable to run the country for two decades and brilliantly counter attack speculators with unthinkable move, moh lah kita ambil nasihatnya yang ni 😀

https://www.instagram.com/p/2Df2LALN7Ld2s5IdA7_ChdFPVAEUMVBg8rHDg0/?taken-by=shairyan

Ada artikel berguna tangan tetap menulis walau sekadar dua, tiga ayat. Sebab sepintas lalu akan ingat. Kalau tak nak kena rujuk balik leceh rasanya.

“Whether they realize it or not, many people approach computers and tablets with a state of mind less conducive to learning than the one they bring to paper (2)”

Rujukan: The Reading Brain in the Digital Age: the Science of Paper vs. Screens from Scientific American

Otak orang lama kot. Setakat ni sistem analog sebegini menjadi. Mungkin nanti waktu dah besar company Shai mungkin boleh biasakan dengan digital lepas ni. 😀

Nah, contoh dan idea senarai untuk korang bermula dengan mudah:

Bagaimana dengan korang? Ada planner guna buku ke henpon ja 😀

Dan juga akaun IG Shai buat khas untuk planner memplanner nih. XD Klik sini untuk follow ya.

Rujukan: gambar daripada Pinterest, 1,2,

Bacaan lanjut

4 Comments

    1. hehehe..samalah. dulu main taram je buku janji tulis. La ni kemas cantik lah sikit kita plan XD

  1. assalamualaikum ..hi shai..kebetulan pulak saya br jumpa bujo ni kat pinterest..terjumpa pulak blog ni..boleh suggest planner yg ada doted yg affordable..sebab saya dapati yg jumpa online semua mahal gile..tq

    1. wahh ada geng bujo! XD yang dotted macam leuchtturm ya? jenama unicorn ada sis. ada hard cover atau flexible, elastic tepi atau tengah macam traveler’s notebook tu. kat times rm24.90. kat tesco rm19.90 😀 (detail sangat bagitau, nampak sangat taksub bujo haha)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge