Teknik Urus Masa Dengan Pomodoro

Seperti dalam post terdahulu ada Shai beritahu yang dengan teknik urus masa sekarang ni,  Shai uruskan pelbagai bisnes, freelance writing, konsultasi untuk supplemen (selalunya untuk gastrik dan atkins, tak tahu kenapa. Hehe), dan juga build 2 jenis bisnes, melalui 3 blog berbeza. Dan salah satunya ialah blog ini lah. Ada Pelik macam mana Shai uruskan semua ni, yang belum kira urusan rumah dan juga homeschooling anak? Teknik tomato ini rahsianya.

Teknik Urus Masa Dengan Pomodoro

Teknik urus masa yang dimaksudkan adalah Teknik Pomodoro. Dan pada Shai ia adalah satu teknik yang amat membantu untuk Shai fokus dan tidak distracted dengan banyak idea di kepala sampai haru jadinya. Hehe.. apatah lagi untuk tugas besar yang kalau Shai rasa overwhelmed Shai akan panik dan seterusnya tangguh, teknik urus masa ini amat membantu kerana kita hanya perlu fokus dalam masa pendek sahaja.

Apa itu Teknik Pomodoro?

Teknik Pomodoro ini dihasilkan oleh Francesco Cirillo. Dan pomodoro ini bermaksud tomato, untuk pecahkan tugas/projek yang besar kepada tugas-tugas kecil dan diselangi dengan rehat pendek. Lama-lama nanti dah biasa, fokus dan daya tumpu juga akan bertambah.

Bagaimana Teknik Pomodoro digunakan sebagai teknik urus masa?

Dengan menggunakan timer sahaja anda boleh bermula. Dan langkahnya adalah seperti berikut:

Shai cukup suka guna timer ni. Kerana ia membantu untuk Shai maintain rumah kemas terjaga, dengan hacks menggunakan timer ini.

  1. Ambil satu tugas simple yang nak setelkan
  2. Set timer ke 25 minit
  3. Buat kerja tu ja sampai habis tempoh tersebut
  4. Rehat dalam 5 minit
  5. Sambung semula untuk 25 minit berikutnya, untuk tugas sama atau ke tugas lain
  6. Pada timer keempat, boleh lah nak rehat 30 minit gitu

Apa Kebaikan Teknik Pomodoro pada saya?

Pada Shai, kebaikannya ialah ia bantu Shai untuk tumpukan tugas pada masa yang pendek dengan Shai all-out sewaktu setelkan tugas tersebut. Lagi bila ada anak kici yang tak berapa kecik ni, kejap2 nak menyempit dengan umminya, boleh Shai minta dia tunggu sat dengan tunjuk timer ni. Lepas dah berdering bunyi, ok takpa, Shai boleh belek anak pula, tanpa rasa bersalah dengan kerja tertinggal itu. ?

Apatah lagi juga dengan Shai uruskan pelbagai kerja, dalam blok tempoh masa ini Shai boleh tumpu satu kerja sebelum beralih kepada tugas lain yang berbeza, effortlessly. Dan plan siap2 senang lah hanya terus buat sahaja.

Klik sini untuk lihat cara Shai sesuaikan teknik tomato ini dengan tugas2 lain, di sini.

Dan Shai tak gunakan 25 minit sebagai masa mutlak; kadang-kadang sempat pun slot 10 minit kerja dalam sehari. Kalau sibuk hal lain ka, ada tetamu nak mai ka, atau hari tu cam takda mojo nak buat kerja. 😀 Jadi teknik ni boleh sesuaikan ikut keperluan masa anda.

Teknik Pomodoro ni sesuai dengan saya tak?

Bergantung kepada diri korang juga ni, kerana Teknik Pomodoro ini anda perlu tumpu satu tugas pada satu masa sahaja. Ada kemungkinan akan diganggu, dipanggil bos ka, atau ada urgency urusan jadi jika teknik urus masa ini boleh digunakan untuk tugas yang anda boleh duduk setempat sahaja.

Kesimpulan

Teknik Pomodoro ini adalah dari pelbagai teknik urus masa yang ada di dunia untuk bantu anda siapakan kerja dengan cekap dan segera. Jika ia membantu anda, apa salahnya kan? Beli je timer kat Daiso, Rm5.90 (dulu Rm5 je.tak puas hati betul), tahan baterinya dekat 6 bulan juga ni. Lagi-lagi Shai guna timer untuk jimat masa kemas rumah.

Oh ya, Shai tulis artikel ini dengan Teknik Pomodoro lah. Shai gunakan app hutan ini untuk siapkan kerja. Ha..senang kan? 😀

Web rasmi laman masa tomato.

Share di fb jika bermanfaat ya!

 

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge