Cepat Sembuh dengan Penawar Demam Mudah

Dua hari lepas tanpa disangka en.somi demam akhirnya. Sejak semalam pun dah mula nampak tanda-tandanya dan kebetulan Shai standby pelbagai bahan dan penawar demam yang diperlukan untuk cepat sembuh. Tanpa perlu ke klinik. ^^v


Bukan sebab anti-klinik atau doktor ke apa. Hehe.. Tapi demam ni tak lebih daripada satu tanda yang tubuh kita sedang melawan kuman2 dan bakteria yang masuk dalam sistem. Maka sel putih dan inferon bekerjasama untuk lenyapkan kuman yang menyusahkan kita. Hehe..

stressed-out-woman depress sad
demam dan pening kepala dah cam kembar jadinya. mesti ada sama-sama

Jadi dengan penawar yang Shai sediakan ini, amat membantu membekalkan tubuh dengan pelbagai unsur untuk lawan kuman2 tersebut (kiranya cam tentera dapat peluru extra lah ketika bertempur tembak musuh gitu).

Apakah penawar untuk demam tersebut?

Nasi dan sup ayam berempah

Remedy yang amat dipercayai sejak turun temurun dan agak lucu juga sampai sekarang doktor masih tertanya tanya bagaimana sup ayam ni membantu tubuh untuk sembuh demam dengan cepat (rujukan dari Reader’s Digest).

Kalau berkesan, why not kita cuba? Hihi..

Resipi mudah sahaja, Shai tumiskan bawang kisar sedikit dengan rempah (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih), serta gula garam dan asam hingga naik bau, sebelum menambah sedikit air untuk rebus dan masak ayam.

Saja tambah kentang dan bendi sebab malas nak masak lauk sayur sekali. Hehe.. Dua bahan ini juga membantu memekatkan sup.

Yogurt

Antara benda pertama yang Shai akan fikir ialah Yogurt. In fact, benda ni lah jadi kemestian setiap kali demam/selesema.

Simply kerana ketika demam, sistem imunisasi kita sedang bertarung melawan bakteria yang ada, dan semestinya ia bermaksud jumlah bakteria jahat dah lebih daripada bakteria baik. Maka Yogurt (mengandungi probiotik, bakteria baik) membantu menambahkan jumlah bakteria baik, dan seterusnya menguatkan sistem imunisasi kita.

Fakta:usus yang lemah bermaksud sistem imunisasi yang lemah. Begitu juga sebaliknya.

bakteria bunuh kuman mommylotte usus

Extra dos vitamin c

Dan paling wajib dan wajar diamalkan hari-hari adalah mengambil vitamin c yang cukup dan lebih ketika saat2 lemah cam demam ni.

Vitamin c adalah antioksidan yang bersifat anti kuman yang membantu kuatkan sistem imun kita, untuk bunuh kuman dengan mudah.

vitamin c benefits mommylotte
antara sumber vitamin C

Kebiasaannya, Shai akan amalkan limau suam (tanpa gula)  untuk kandungan vitamin C tersebut. Sekarang mudah dah sikit, sebab ada stok vitamin c yang sesuai saat2 genting ni. Hehe..

Asal ada ja tanda nak demam, Shai akan telan ekstra dan insya Allah paling kurang esok sembuh dah sediakala. Alhamdulillah.

Dan itulah yang Shai buat untuk anak dan en.somi.

naz demam
Ni baru orang dewasa demam. Kalau anak lagi lah kita risau kan? KLIK SINI untuk baca Naz sembuh demam panasnya dalam satu hari.

Kenapa vitamin c menjadi pilihan?

Khususnya vitamin c daripada shaklee ini menjadi pilihan Shai kerana setiap tablet mengandungi 500mg pati vitamin c (bersumberkan tumbuhan) dan ia dibuat agar vitamin tersebut dibebaskan secara beransur-ansur.

vitamin C tablet demam bakteria mommylotte
Hanya sebiji sehari bagi Shai, cukup untuk kesihatan menyeluruh

Kerana kekurangan vitamin c ni, dia cepat teroksida. Jadi kalau yang takda jenis sustainable release, kita telan 500mg, dalam sejam jugalah 500mg tu habis terbuang dan hanya sedikit je sempat diserap tubuh. Sayang pula di situ.

Bezanya dengan shaklee, ia dibebaskan dengan berkala iaitu 100mg setiap jam.
Maka sebiji tablet ini bertahan dalam tubuh sehingga 5 jam!

Dan yang Shai suka, setiap tablet disertakan dengan vitamin P agar setiap molekul vitamin c dapat diserap sepenuhnya.

bioflavanoid vitamin p mommylotte
KLIK SINI untuk baca lebih lanjut kepentingan vitamin P, untuk vitamin C

Sebotol tablet ini mengandungi 180 tablet dan harganya adalah RM98. Maka, kos sebiji tablet adalah hanya RM0.54 sahaja.

Murah kan? Berkesan pun berkesan. ^^v

Contact Shai di 017-915 3260 untuk mendapatkan sustainable release vitamin C ini, dan insya Allah, Shai boleh bagi harga special untuk anda.

UPDATE: Mulai 2019 ini, Shai tidak lagi menyediakan penjualan dan konsultasi berpandukan produk shaklee, kerana kekangan masa dan tenaga. Instead Shai fokus lebih kepada konsultasi produk digital Shai iaitu panduan gastrik dan juga siri Weightloss Workbook.

*ya, konsultasi berjela-jela yang Shai sediakan hanya untuk produk digital ja la ni; makin ramai nak jaga, terima kasih atas sokongan ya. 

Info dalam page produk shaklee dikira sedekah ja lah; boleh contact seller2 shaklee lain yang sesuai. 😀

signature-mommylotte 2

Bacaan lanjut

3 Comments

  1. nasi & sup ayam berempah tu sedap nyer !!!
    ye la kan, kekadang demam ni faktor cuaca.
    faktor jangkitan dari org lain.
    jaga punya jaga pun, terjebak demam juga…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge