Cara Mudah Gunting Rambut Layer Sendiri

Rambut dah bebrapa bulan tak diusik sejak last potong, makin merimbun jadi singa gamaknya. Jadi nak tak nak kena potonglah rambut agar kemas sedikit. Nak rambut ala-ala iklan syampu memang tak dapatlah kalau terkejar-kejar di dapur, habis frizzy rambut aku. T.T

Jadi Shai surf2 cara mudah dan cepat untuk potong rambut, agar ada rupa dan style tanpa perlu menganggu kerja seharian kita. Bak kata orang, nampak oh-so fabulous gitu.

Dan ini yang Shai praktikkan.

Berdasarkan gambar ini sahaja yang Shai buat dan seronok pula ia menjadi. Woohoo! Okeh, Shai explain mengikut label nombor di gambar tersebut.

haircut potong rambut layer (1)

  1. Sikat rambut beberapa kali agar tidak ada rambut terikat atau bersimpul. Detangling namanya
  2. Kumpulkan rambut tersebut dalam satu ikatan rambut ponytail
  3. Tarik rambut ke hadapan mata kita (yelah nak gunting kenalah tengok rambut tu hehe) dan gunting pendek mengikut kehendak kita, samada secubit sedikit, atau secara menyeluruh dengan jarak 1 inci
  4. Siap!

Dan ini pula penjelasan dengan lebih spesifik

Kedudukan ponytail anda menentukan berapa panjang layer yang anda perlukan. Seperti dilihat di gambar, akalu ikat ponytail atas kepala akan dapat layer pendek2 manakala ponytail yang berdekatan dengan leher/belikat belakang akan menghasilkan layer yang lebih panjang.

Nota: ponytail tu ikat di bahagian tengah ya, bukan kiri atau kanan nanti tak samarata (melainkan kalau itu yang korang nak).

Demi keselamatan penggunting rambut amatur, gunting rambut pendek secara berdikit-dikit untuk pastikan layer yang dihasilkan menepati citarasa. Karang terlebih mana boleh sambung balik rambut tu dah 😛

Sekiranya nak gunting rambut sependek habis, namun mahu rambut bahagian depan (fringe/bangs) panjang, asingkan bahagian rambut depan dari ikatan ponytail. Shai dah learn lesson hal ni, terlebih gunting, sudahnya kena tunggu beberapa minggu untuk dia panjang agar Shai boleh style kan dia semula. T.T. Mujur konsisten dengan ESP ni yang rambut cepat panjang sedikit. (ESP kan sumber protein pati) ^^v

review ESP
muehehe..sejak guna ESP tu yang orang dok puji. aww.. KLIK SINI untuk baca review Shai gunakannya, secara mingguan

Ada tak teknik lain untuk gunting rambut layer dengan mudah camni? Share lah pengalaman di komen ya, boleh Shai belajar.

*kalau pergi kedai tu tak kira. -.-”

signature-mommylotte 2

Bacaan lanjut

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge