7 Rahsia Mengapa Wanita Perancis Ni Cantik

Oui, oui! Lepas entri rahsia kecantikan wanita Korea dan Jepun dulu, kali ini Shai saja nak berkongsi mengenai kecantikan wanita Perancis pula. Yang Shai kira, sangat unik, stylish, dan sofistikated. Dan percaya tak amalan kecantikan diorg sangat simple, tapi maintain walau dah berumur?

In fact, Shai punya style dressing pun ada ambil beberapa elemen dan fesyen Perancis. Ala-ala preppy French chic gitu. Hehe.. C’est magnifique!

french-women-via-

Cara wanita Perancis ni jaga kecantikan diorg simple sebenarnya, seperti gaya hidup mereka yang work to live –  diorg amat pentingkan erti kehidupan dan basically nak live in the moment dengan gaya hidup sihat, di samping ada style mereka yang tersendiri yang sangat confident (tu yang ada chanel, la Prairie, L’Oréal, dan L’Occitane)

7 Rahsia kecantikan wanita Perancis dan ia amat mudah diamalkan

Yang utama sekali, mindset mereka menjadi mengenai kecantikan, dimana mereka menghargai ciri-ciri unik yang ada pada diri, walaupun ia satu kekurangan sekalipun.

Dan yang utama, mereka tak ambil enteng kesihatan dan kecantikan kulit muka. Sejak akil baligh mereka dididik ibu untuk betul2 jaga kecantikan kulit mereka dengan sebaik mungkin.

Dari muda wanita Perancis amat menjaga kecantikan kulit mereka
Dari muda wanita Perancis amat menjaga kecantikan kulit mereka

Jika di pertengahan usia dah mula ada kedut2,dari berhabis kat botox atau rawatan laser, diorg lebih suka menyelesaikan masalah kulit yang ada dengan produk kecantikan yang sesuai. Dan semestinya, dalam rutin kecantikan mereka, pencegahan dan perlindungan awal untuk kulit amat dititikberatkan.

Tabiat wanita Perancis ni, dari pergi beli apa sahaja produk kecantikan secara terus di mana-mana kedai, mereka lagi suka dapatkan nasihat/konsultasi dari yang pakar (farmasi atau klinik) untuk memilih produk kecantikan yang sesuai dengan kulit mereka, dan mereka suka produk yang bahan utamanya dari ekstrak pati tumbuhan yang semula jadi untuk hasil yang lebih baik.

Memilih produk natural ini datang dari tabiat pemakanan harian mereka yang dikenali untuk makan dari bahan yang semula jadi, organik, dan sihat, serta air masak yang banyak sebab mereka percaya, tubuh yang sihat akan menjadikan kulit yang sihat.

Healthy-Diet-Plan-Tips-For-Women

Dan negara mereka pun dikenali dengan wine merah, tu pun salah satu rahsia kecantikan mereka, sebab wine merah ada kandungan antioksidan bernama reserveratol yang tinggi, hasil peraman yang lama. Klik sini untuk dapatkan reserveratol dengan cara lain dan halal untuk cantik.

Gaya hidup aktif dan minda yang positif juga diamalkan oleh mereka. Tak main lah pergi gym2 ni, diorang lebih suka amalkan apa2 aktiviti yang aktif (berbasikal, berjalan /jogging, pilates) dengan konsisten. Ha.. Tu keyword dia. Istiqamah gitew.

Simple kan? Dan tips ini pasti mudah untuk kita amalkan sekali dalam rutin kecantikan kita 😀

signature mommylotte

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge