5 Cara Untuk Pastikan Anak Habiskan Nasinya

Hari ni maknya masak bukan main sedap, sampai ada lauk cicah, lauk utama, dengan puri buah special untuk anak. Yang dewasa makan dengan penuh selera, yang anak kesayangan ni, satu suap sahaja ambil, lepas tu takmo dan terus bangun nak main. Agak-agak maknya kecil hati tak?

Shai camtulah dulu.. masak lauk special untuk Naz  sekali tak berusik langsung, walhal dua tiga hari lepas lauk yang sama boleh pulak dia berselera makan just nice. Sudahnya lauk yang dimasak tu terpaksa dibuang esoknya sebab dah tak boleh dimakan. Sedih tau.

picky_eater

Shai ada baca pelbagai sumber, bagaimana nak bagi anak enjoy waktu makan, sebab salah satu faktornya anak kureng nak makan sebab dia rasa makan tu buang masa, lagi-lagi bila boleh menyusu badan, tak pening-pening dah nak makan untuk kenyangkan perut dulu – bajet practicality kununnya.

Oke, ni antara Shai buat untuk Naz, agar dia lebih enjoy dan eventually berselera untuk makan. Insya Allah ia akan membantu kawan-kawan juga 😀

5 Cara Untuk Anak Makan Dengan Lebih Seronok Dan Berselera

Jadikannya Sebagai Rutin

Menjadikan waktu makan sebagai rutin membantu anak untuk lebih fokus dan terarah ketika waktu makan (“eh, waktu makan ni, kena makan betul2 “). Normalnya, dari baby sampai ke tua kita sukakan rutin harian, kalau takda rasa cam hanyut je kan. Hehe..

Lagi-lagi, budak2 ni makan setiap 3,4 jam jadi selain makanan utama, waktu tengah2 tu bolehlah kita sediakan snek yang sedap dan berkhasiat.

oh Naz yang berpipi labuh.. la ni dah jadi lanky and tinggi, pipi labuh pun hilang.. huhu..
oh Naz yang berpipi labuh.. la ni dah jadi lanky and tinggi, pipi labuh pun hilang.. huhu.. sampai nurse suruh diet kot

Selalunya untuk Naz, Shai buat telur hancur kicap, buah, atau roti bakar dengan jem/roti goreng telur (mudah disediakan untuk perjalanan jauh). Kadang2 kalau lauk hari tu sedap giler, Naz makan je dengan nasi sepanjang hari. Wahh.. Berbunga lah hati ummi.

Ajak Mereka Bantu Memasak Bersama

Bagi anak-anak ‘bantu’ kita waktu menyediakan lauk, biasanya mereka lebih cenderung untuk habiskan makanan yang dimasak. Agaknya sebab fikir penat kot nak masak semua ini.

Tu yang Shai buat sekarang ni, ketika memasak, ada pisau plastik ikea tu, dengan sepotong kecil bawang n tomato bagi kat naz, biar dia main dulu kat tepi (nak berkepit je dia ni), sambil tengok umminya masak.

Ni mama buat. Layanzz
Ni mama buat. Layanzz.. KLIK SINI untuk resipi yang sangat simple dan sedap untuk anak

Pengambilan Makanan Manis Secara Berkala

Hadkan pengambilan junk food kerana kandungan gula yang tinggi akan ganggu selera anak nak makan. Tapi pada masa sama, sekali-sekala bagi manisan tersebut akan bantu untuk elakkan anak makan manisan dengan lebih banyak, jika melalui orang lain (sebab dia fikir baik melantak siap-siap, nanti takda peluang nak makan dah).

good foods bad foods

Makanan Yang Kawaii

Jadikan makanan untuk anak comel-comel pun membantu untuk mereka lagi selera nak makan, dan pasti habiskan sehingga kenyang. Hehe.. Shai buat gini juga, khas untuk Naz buat comel-comel sket dengan pelbagai warna dari sayur (Naz tak usik pun sayur-sayur tu.huu)

bento cute food cat

Sikap Kita Menentukan Pandangan Anak Pada Makanan

Jadikan diri kita sebagai contoh dengan sikap yang baik di hadapan makanan/rezeki– mengambil makanan yang sihat dan segar depan anak secara berterusan akan mempengaruhi mereka untuk lakukan perkara yang sama (lagi-lagi kalau kita buat ekspresi “sedapnya…” depan anak. Hehehe).

Akhir kata..

Shai tahulah macam mana rasanya bila anak takmo makan, kecewa tu sampai ke tahap rasa nak give up dan menangis tak sudah, sebab risaukan Naz tak cukup keperluan nutrisinya. Alhamdulillah sekarang dia tak cerewet dah,tolak batu kayu sayur je,yang lain jalan. ^^v

signature mommylotte

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge