Resipi – Tortilla Tuna Wrap

Tempoh hari, mama ada share2 resipi tortilla ni masa borak2 dengan mama di whatsapp. Mama ni, kalau dah mula share result masakan dia, memang bisa tangkap leleh (timing pulak sebelum berbuka. Adehhh), Tengok list bahan yang diperlukan, cam mudah jer. Jadi Shai nak test buat tortilla ni, dan alhamdulillah menjadi. Sedap!

Ni mama buat. Layanzz
Ni mama buat. Layanzz

Resipi Tortilla Tuna Wrap

Nak buat resipi tortilla sebagai wrap kepada intinya agak mudah.

Hanya perlukan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • ¾ sudu kecil baking powder
  • ½ sudu kecil garam
  • 3 sudu besar minyak masak
  • ¾ cawan air mendidih

Shai gunakan sukatan separuh dari kesemua bahan-bahan ini, dan boleh hasilkan 8 bebola tepung berdiameter 3 cm gitu

Intinya pula, Shai gunakan tuna dalam tin (eloknya ambil yang jenis flakes untuk cepat tonyoh2 tuna tu dengan garfu sehingga halus cantik) ^^v

  • Tomato sebiji dipotong kiub
  • Bawang merah besar ½ dipotong kiub
  • Lada benggala ½ dipotong kiub dan ditumis sebentar dengan mentega
  • 2 sudu besar mayonaise/sos tartar
  • Jus perahan dari 2 biji limau kasturi yang gemuks

Hanya gaulkan kesemua bahan di atas sehingga sebati, simpan dalam peti sejuk biar rasa dari setiap bahan mix together evenly dan voila! Dah siap sedia untuk dimakan. 😀

tortilla tuna wrap (2)

Cara Membuat Resipi Tortilla Tuna Wrap

  • Gaul tepung gandum, baking powder dan garam sehingga rata
  • Masukkan minyak masak sedikit demi sedikit sehingga bergintil dan berbiji (tambah lagi jika perlu)
  • Tuang air panas berdikit-dikit sehingga moist, uli dengan tangan sehingga adunan melekat sesama sendiri dalam bulatan glob besar
  • Letakkan doh tersebut dalam bekas tertutup dengan kain lembab dalam 30 minit (Shai gunakan tisu yang di spray dengan air masak ja. Hehe)

tortilla tuna wrap (4)

  • Ambil sebahagian doh dan canaikan sehingga nipis (tabur tepung untuk elakkan doh melekat) dan bakar sebelah sahaja di atas frying pan sehingga ada tompok2 perang tu, sebelum diangkat.
  • Siap!

https://instagram.com/p/4rQW5RLN-R/?taken-by=shai.mommylotte

Layan betul makan tortilla panas-panas ni dengan inti tuna yang sejuk. Kenyang jugaklah dengan 3 tortilla Shai makan. Hehehe..

signature mommylotte

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge