Review Fitbit Charge 2

Jika benar ‘fitness life’ dah sebati dalam hidup Shai, jadi kita setuju sangat-sangat. Mana taknya, selepas fobia masuk hospital selepas dikesan ada ketulan kecil dari dalam menjadikannya satu pengalaman yang mengubah hidup. Turning point orang kata. Namun begitu, nak fitness pun tak semestinya mahal sebab Shai percaya guna apa yang ada. Termasuklah jam praktikal-dan-tak-berapa-lawa ni seperti Fitbit Charge 2. Setakat ni, Shai amat puas hati.

Dah lama dah berkenan dengan smartwatch sebegini. Simply kerana ia amat praktikal – selain tunjuk jam berapa, ia juga maklumkan kita pelbagai info berdasarkan features yang ada dalam model jam tersebut. Drooling over Fitbit Blaze dengan fungsinya yang pelbagai, dan tulis dalam jurnal sebagai wishlist Shai, dengan niat nak Fitbit yang cukup dengan keperluan diri.

 

Rezeki Allah nak beri, Fitbit Charge 2 yang kita dapat. And i’m super happy alhamdulillah.

Review Fitbit Charge 2

Asalnya jam ini Shai dapat sewaktu kedai barangan elektrik Seng Heng ada buat clearance items. Tengok Fitbit yang ada pening juga nak memilih (belum kira harga lagi, Shai mahu gunakan duit yang perlu walaupun ia masih kehendak), khusyuk membaca features listed di kotak setiap model. Kebetulan Fitbit yang paling murah (ikut harga clearance) adalah model Charge HR tapi ya Rabbi kecik tet macam tu nak baca macam mana. Tengok model seterusnya Charge saja skrinnya agak besar, dan beza harga RM50.

fitbit charge 2
Beza Charge 2 dan Charge HR. Tengok skrin dia beza sungguh

Haruslah Fitbit Charge HR ye dok.

Mujur juga model clearance pun warna hitam ja, tak lah kekok sangat. Kalau dibuatnya warna pink, boleh letak charm hello kitty ka haha.

Shai punya warna hitam biasa. hehe

Jenis Fitbit Yang Dibeli Dan Ciri-Cirinya

Secara asasnya, ciri-ciri yang ada dalam Fitbit Charge 2 ini memenuhi keperluan Shai yang aktif (di rumah). Antara ciri-ciri yang memikat hati:

  • Track degupan jantung (waktu biasa dan aktif yang terbahagi kepada zone fat burn, cardio, dan peak heart rate)
  • Boleh automatik kesan jenis senaman yang kita buat, jika kita tidak set (seperti yoga, pilates, strength training, malah berjalan sekalipun)
  • Connect with GPS untuk track jarak dan arah kita jalan (peta ditunjukkan dalam aplikasinya)
  • Synchronize with official Fitbit app, untuk track progress yang kita mahu seperti amaun air, makanan yang diambil, waktu tidur, senaman, dan jumlah langkah yang diambil (10, 000 langkah amaun piawai untuk sihat dan aktif secara umum)
  • Vibrate jika ada message, whatsapp mahupun call yang masuk. Kot-kot ada orang call waktu dalam jamban kan. Ke korang bawak henpon jugak waktu melabur? XD

Ciri-ciri ini yang buat Shai decide untuk beli. Dan sepanjang masa Shai gunakan untuk alert dengan progress fitness kita.

Bagaimana Fitbit Ini Bermanfaat Pada Kita?

Secara asasnya, ciri-ciri yang atas itulah yang bermanfaat untuk kehidupan harian kita. Secara tak langsung, bila kita tengok hari-hari yang kita aktif, kita akan berusaha sebaik mungkin untuk cukupkan hari aktif agar cantik rekodnya.

Jam itu juga boleh kita tetapkan reminder untuk kita bergerak. Contohnya untuk jumlah langkah dalam sehari Shai tetapkan 5,000 sahaja (sebab kebanyakan masa dalam rumah ja uruskan bisnes, blog, dan homeschool anak) jadi setiap jam jam akan ingatkan kita untuk cukupkan, dengan 250 langkah sejam. Jenuh juga nak paksa berjalan, melainkan waktu kita bersilat di dapur dan uruskan anak yang tak tentu waktunya.

Jadi mak, apa-apa kena dahulukan anak ye dok.

Bagaimana Memilih Fitbit Yang Sesuai

Kerana lain orang lain fitness goals, maka lain lah pilihan Fitbitnya. Secara mudah ialah dengan menentukan jenis aktiviti yang 80% dibuat dalam aktiviti seharian (ada yang hobinya panjat bukit, ada yang beryoga, ada yang berenang, ada yang suka window shopping dalam MidValley sebagai aktiviti mingguan – Shai lah tu) dan bandingkan dengan Fitbit yang sesuai.

Fitbit yang kalis air tak perlu bagi Shai, mungkin penting orang yang kerap melakukan aktiviti yang melibatkan air.

Bacaan lanjut di sini, sangat mudah perbandingannya.

Semoga membantu!

P/S: Tip penggunaan fitbit ini juga dikongsi dengan lebih lanjut dalam ebook Atkins untuk Ibu Menyusu edisi ketiga yang akan dilancarkan dalam masa terdekat (gambar ada di kanan, scroll ke atas sampai habis). Klik sini untuk maklumat lanjut mengenai ebook tersebut.

Bacaan lanjut

2 Comments

  1. sis dh lme sy cri fitbit neh tkot btul nk beli dkt lazada, bru thu kt sengheng ada jual

    1. Nak beli yang charge 2 juga sis? 😀 fitbit yang baru ionic lawa juga skrin dia hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge