5 Tips Untuk Reset Balik Diet Selepas Raya

Post ini khusus untuk mereka yang dah lemau dah terlajak jauh dari yang berdiet sebelum ini, atau yang nak mulakan diri nak jaga makan balik lepas melantak tak ingat dunia masa raya. Seriuslah, memang mustahil ya amat nak berdiet time raya kan?

diet selepas raya, kurus, tips kurus, berat naik mendadak, lepas raya

Semoga tips yang dikongsikan dalam post ini membantu korang 😀

Tips untuk reset semula diet selepas raya

Mulakan dengan kenalpasti berapa berat terkini, tahap stamina sekarang, dan juga pattern pemakanan yang diamalkan sekarang ini. Dah tahu info2 ini senang sikit nak set target nak berdiet dan reset semula, serta set deadline bila korang nak capai berat target semula.

Minggu 1

Dah ada info2 tersebut, mulakan minggu pertama dengan rutin diet dan senaman yang mudah (kalau nak betul2 berkesan, memang kena include senaman dalam rutin kurus korang ni).

Contohnya seperti include telur rebus dalam setiap makanan korang, amalkan air detox, serta air masak mencukupi, ataupun paksakan diri bersenam setiap hari.

Minggu 2

Masuk minggu kedua, baru boleh all-out full gear orang kata. Dah tahu limit dan pattern diet yang diamalkan sebelum ini yang berkesan, korang amalkan semula minggu kedua dan seterusnya, sampai berat target dicapai. Ini termasuk juga asing (atau lebih baik, bagi kat orang lain) makanan yang boleh menggoda korang untuk cheat berdiet.

Dan juga idea bagus, untuk catatkan juga tarikh bila ada jemputan kenduri/open house yang ada awal2 (biasalah selagi bulan syawal tak habis selagi tu ada kenduri kan heheh), dan gunakan tarikh tu untuk sedikit sebanyak me-reward-kan diri, dan hari lain korang diet n jaga makan betul2. 😉

Kerana korang dah amalkan diet sebelum ini, inshaa Allah ia lebih mudah dalam tempoh reset ni.

Kalau saya baru nak mula diet macam mana min?

Kalau yang nak bermula dari 0, lain sikit caranya untuk dapatkan berat badan ideal ni. Korang boleh refer kepada post2 weightloss seperti di bawah ini untuk bermula ya.

Post 1: Tips nak biasakan dengan diet rendah karbo

Post 2: Tips diet untuk ibu2

Post 3: Tanda diet kita dah serasi

Atau nak lagi mudah, boleh dapatkan bantuan menggunakan panduan khas yang disediakan untuk yang nak bermula dari kosong, dalam proses kurus ni. Klik sini.

Semoga membantu! Min pernah kena min tahulah macam mana rasanya XD

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge