Update: Naz Selepas 6 Bulan Bersekolah PPKI

PPKi, pendidikan khas, autism, sekolah rendah

Tempoh hari Shai ada dapat komen di blog post ini, dan agak terharu juga kerana sedikit sebanyak, perincian setiap langkah dalam daftar sekolah untuk PPKI membantu ibu bapa di luar sana. Sebab tak jumpa rujukan yang detail2, jadi Shai buatkan untuk korang.

Jadi, lepas daftar Naz daftar dan masuk ke sekolah PPKI dengan jayanya, apa cerita dia sekarang?

Perkembangan Anak Selepas Bersekolah Di PPKI

Secara jujurnya, banyak perkembangan dekat Naz dalam pelbagai aspek yang Shai lihat. Dalam 6 bulan, boleh kata kadar perkembangan dekat Naz melonjak mendadak lah, yang Shai kira sebagai dia kena buat sendiri (deal sendiri) tanpa bantuan ummi dia jadi sedikit sebanyak enforcement tu tinggi sikit.

Yelah, dengan mak boleh mengelat2 sikit nak baca buku. Dengan cikgu mana berani hehe..

Kemahiran Sosial

Paling ketara ia makin banyak patah perkataan yang Naz boleh sebut sekarang ni, dalam penggunaan konteks yang betul. Adalah lagi simptom2 autistic macam repetitive words ajuk dari apa yang dia tengok, tapi untuk kebanyakan masa nak bercakap/minta sesuatu, dia tahu perkataan apa yang kena sebut.

Mana yang tak tahu nama bendanya kita sebutkan lah dekat dia, dna ulang banyak kali supaya ingat.

Pembelajaran Dan Tingkah Laku

Pembelajaran secara keseluruhan ikut seperti apa yang dijangka, and it’s not surprising that Naz adept dengan matematik – sebab dia nampak pattern dan juga kita reti sikit nak ajar, begitu juga dengan benda2 yang perlukan dia hafal/nampak pattern.

Kalau matapelajaran berkaitan bahasa, dia faham ikut logik n konteks lah, tapi Shai tak letak harapan penuh dia nak faham sastera ke apa. Takpalah rezeki Naz mungkin lebih kepada benda2 logik so still win-win dekat kita 😀

Yang bestnya sebab batch Naz start takda peperiksaan untuk Tahap 1 (untunglah…) jadi tak pressure mana; sekadar nak check-in perkembangan anak n take note apa yang kena improve.

So far, not surprised yang Naz power bab matematik hehehe.. dan pastinya laporan penilaian berterusan tu membantu Shai nak buat silibus belajar kat rumah pula.

Kesimpulan

Yep, kat sekolah Shai tak expect apa sangat melainkan kemahiran sosial dia bertambah baik dan pandai bawa diri dekat dunia luar. Kat rumah takpalah boleh fokus dan enforce mata pelajaran yang Shai personally fikir lebih dinamik sebab ada alat bantuan macam YouTube ka, apps ka etc.

Dan kesimpulannya, Shai bersyukur dengan paksajuga hantar Naz ke PPKI jadi keputusan terbaik. Even jauh sikit dari rumah pun takpalah, boleh adjust hat urusan lain.

Yang ni kira investment kot hehe..

Dan pastinya juga, cikgu2 dia sangat dedicated nak ajar budak2 ni. Kagum pun ada dengan banyak aktiviti yang disediakan untuk murid2 sekolah sana.

Korang ada hantar anak (atau ada kenai) yang p PPKI? Macam mana pengalaman ya, ok tak?

Bacaan lanjut

1 Comment

  1. Hi. Nervous pulak baca entry ni sebab anak I next January masuk PPKI. Baru settle register OKU dgn JKM dan apply kat sekolah melalui PPD kawasan.

    Anak I kena diagnostic Autisme lewat umur 4 tahun, ada nampak sedikit improvement lepas bawa terapi kat klinik kesihatan kerajaan sejak 5 tahun tapi agak terlambat sedikit. Dia ni takda buat hand flapping, kalau panggil nama dah mula ada respond dan faham arahan yg simple mcm turn off the fan, tidy your toys, put it back, put on your shoes, eat, drink, shi-shi, go wash, brush your teeth, dan lain2. Dulu masa umur 3-4 tahun mmg risau sgt sebab langsung tak nak respond dalam dunia sendiri. Pengaruh smartphone dan TV mmg xboleh lepas sampai sekarang. Dia ni self taught A-Z dan pandai juga spelling yang basic. Mahir Google dan eja gambar cartoon di suka.

    Saya ingin bertanya sebagai seorg bapa apakah yang perlu saya sediakan dari segi mental mahupun support? Boleh tak bagi tips what to expect and preparation masa 1st week masuk sekolah nanti. Thanks, dear!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge