3 Jenis Senaman Waktu Kuarantin

Fuh..dalam kuarantin ni memang tak boleh buat apa lah melainkan terkurung dalam rumah (kecuali nak senaman waktu kuarantin?). Tapi nak buat macam mana kan dengan tahap jangkitan virus pun dah dikira pandemik oleh KKM, kita ikuti agar bilangan yang kena jangkitan – termasuk yang sedang dirawat – makin menurun bilangannya sampai kita boleh counter balik virus tersebut.

senaman, kuarantin, virus

Nota ya, virus ni sentiasa berubah dan mutasi jadi bentuk lain jadi sebab tu ada ja pelbagai virus lain , sejak zaman dulu lagi (macam contoh di England yang death plague sampai puluh ribu mati, macam tu lah lebih kurang).

Dah tu kena duduk dalam rumah, takkan nak tengok Netflix sambil menggemukkan diri? Bangun cepat2 dan sambil tengok cerita korang, gerakkan badan sekali dengan senaman yang sesuai.

Ada ja 3 jenis senaman waktu kuarantin yang korang boleh pilih (atau gabungkan kesemuanya) sewaktu perintah berkurung ni. Yang penting, pastikan ia sesuai dengan tahap stamina dan keselamatan dalam rumah (ada perabut bucu tajam tu hati-hati lah) dan korang KONSISTEN amalkannya. 😉

Senaman Strength

Senaman paling mudah dari segi untuk membina dan menguatkan otot, membakar lemak, dan meningkatkan metabolisme badan sekaligua – jika dibuat dengan betul dan korang push setiap kali workout.

Dan bagusnya senaman jenis kategori ni, korang boleh pilih kategori senaman,fokus bahagian tertentu (tapi ambil kira bahagian lain juga), gabungkan dengan alatan yang ada, dan kalau takda guna bodyweight sendiri pun berkesan – ciri-ciri yang memudahkan korang untuk senaman waktu kuarantin ni.

Save gambar ni. Workout yang senang giler buat

Senaman Kardio

Dalam syok senaman strength, yang jenis kardio pun tak dilupakan sebab ia juga komponen utama untuk tingkatkan stamina dan kekuatan jantung korang – lagi gagah jantung tu maka lagi jauh workout strength training yang korang boleh push.

Amalkan 2-3x seminggu pun dah memadai. Cuma untuk workout di rumah ni, pilih yang jenis low impact kalau taknak berdegar2 melompat masa workout. 😛

Contoh low impact workout yang paling senang untuk badan dari Fitness Blender ni, 10 minit ja.

Senaman Meditasi

Senaman jenis ini amat membantu dan fokus khusus kepada gabungan tubuh dengan minda korang. Yelah, dengan senaman dan rutin harian kita yang sibuk (tengok episod Netflix berderet pun busy hehe) kadang2 otak pun tak boleh be present dan duduk diam dengan tenang.

Amalkan rutin senaman meditasi – seperti yoga atau regangan badan – setiap petang untuk maintain fokus dan stamina korang.

Yang ni juga dari Fitness Blender, yang fokus kepada regangan badan, dalam 5 minit ja.

Kesimpulan

Semoga membantu korang untuk dapatkan idea waktu bersenam ni ya. Dalam pada masa sama, jangan lupa amalkan praktis ini untuk kurangkan risiko, dan bantu ‘flatten the curve’ pandemik ni. 😀

Bacaan lain:

Jaga diri!

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge