Tips Untuk Maintain Motivasi Dalam Senaman

Nak maintain motivasi dalam senaman tu sebenarnya agak payah. Berapa ramai antara kita yang konsisten bersenam ikut jadual yang kita plan? Rasanya tak ramai kan? Sebab ia berkait dengan kapasiti dalam minda kita tapi tu lah, sampai bila nak salahkan kapasiti tersebut setiap kali kita tak konsisten senaman kan.

Okeh, kita terus kepada point, iaitu cara untuk maintain motivasi dalam senaman, dengan 5 tips mudah ni (sebenarnya banyak caranya, tapi min pilih tips yang paling mudah untuk kita semua ikuti).

Tips Untuk Maintain Motivasi Dalam Senaman

Gunakan Perspektif/Situasi Yang Menghalang

Maksudnya kita buang mindset yang buat kita terikat/malas nak buat senaman. Contohnya nak senaman tapi takda masa sibuk dengan kerja atau anak.

Gunakan kekangan tu sebagai cara lain untuk asal boleh kita nak bersenam (sebab tu lagi baik dari takda langsung). contohnya kalau sibuk kerja, tukar dengan naik tangga atau berjalan kaki ke tempat kerja dari naik kereta memanjang.

Sibuk dengan anak, samada gunakan anak tu jadi pemberat 😛 atau bawa anak berjalan di taman sekali (alang2 dia penat dia tidur awal, kita ada masa lebih sikit hehe).

Bukan lama pun, minimum 10 minit pun dah cukup.

Sebab apa berjalan banyak digunakan sebagai contoh dalam senaman? Sebab ia rutin paling mudah dan terbukti untuk kurus. Klik sini.

Senangkan Rutin Senaman

Nak bersenam tapi nak bersiap pun ambil 30 minit memang idokle korang rasa semangat nak bersenam kan. Jadi kita mudahkan mana yang boleh untuk kekal komited dengan rutin senaman.

Contoh paling mudah dengan menggunakan senaman paling muda – berjalan – adalah laburkan satu kasut yang sesuai dipakai mana-mana, sesuai, dan tahan lama. Contohnya training shoes, walking shoes, running shoes yang korang boleh pakai, dan bila ada ja peluang nak berjalan untuk senaman, korang dah ready.

Tip: laburkan sedikit untuk rutin senaman, untuk korang lebih semangat nak komit.

Asingkan Waktu Wajib Untuk Senaman

Punca utama kita susah nak komited dengan rutin senaman adalah kerana kita letakkan senaman sebagai keutamaan rendah. Jadi kadang2 rutin tu terbiar dan berhabuk lah jadinya.

Elakkan dengan asingkan satu waktu khas untuk bersenam, dan waktu paling mudah adalah waktu pagi ketika masih dalam fasa warm up.

Contoh: yang surirumah boleh mula bersenam lepas hantar anak ke sekolah (sambil membawang ke hehe) atau waktu memasak, bagi yang kerja, on the way ke tempat kerja dalam jarak tertentu, mulakan aktiviti berjalan laju (sambil dengar podcast ke, update ig story ke) sebagai rutin senaman.

*kalau tak dapat waktu pagi, waktu lain pun boleh ja, asalkan korang asingkan, dan korang boleh komit.

Catatkan Perkembangan Korang

Nak maintain motivasi senaman boleh dibantu dengan catatkan perkembangan korang, samada dalam bentuk gambar, mahupun dalam buku nota.

Kunci di sini, jangan fokus sangat dekat berat tau sebab berat sentiasa berubah lagi2 kalau sebab hormon; memadai fokus kepada stamina, kapasiti rutin senaman korang makin bertambah ke tak, serta berapa hari korang boleh komit senaman sebelum kena skip.

Sumber: 1,2,3

Bacaan berkaitan:

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge