Bagaimana Nak Tahu Program Kurus Yang Sesuai Untuk Saya?

Begitu banyak program kurus dan weightloss yang ada sekarang ni, dan Shai sendiri ada terima beberapa mesej bertanya tentang program kurus yang ada, samada program sebegitu bagus atau tidak. Jawapannya?

program kurus yang sesuai, cara mudah kurus, turun 10kg, cepat kurus

Tentang program kurus ni pada asasnya pastilah bagus; sesuatu yang bantu korang untuk kurus kan, why not? Mana tahu lepas follow program tersebut korang dapat berat target yang korang nak? Malah setakat ni, terdapat pelbagai jenis sistem/bentuk program yang disediakan untuk korang pilih, asalkan yang sesuai dengan situasi dan tahap kesihatan korang (fulus duit tu haruslah).

Cuma isunya di sini, sebab terlalu banyak program yang ada di socmed, malah di shopping kompleks yang boleh buat kita keliru tak tahu nak pilih yang mana satu.

Information overload lah ni.

Okeh, jadi sebab apa program kurus sebegini bagus untuk korang?

Bagaimana Program Kurus Membantu Untuk Masalah Berat Badan Anda

Program kurus boleh bantu korang kenalpasti masalah yang dialami, yang berkait rapat dengan berat dan tahap kesihatan korang, serta apa yang korang nak capai.

Lain orang lain sebabnya dia nak kurus. Ada yang nak kurus lepas bengkek kena tempelak dengan orang, ada yang jeles tengok kawan sekerja kurus meletops, ada yang urgent sebab nak nikah bulan depan dah ni, ada pula sebab ada tanda-tanda masalah kesihatan, ataupun yang telah kronik yang menyebabkan perlunya berat berlebihan tu dibuang dengan segera.

Serius ada pernah Shai konsult tu muda lagi tapi dia obese, sakit lutut, susah nak rukuk (belum naik tangga lagi woo).

Dan sedikit sebanyak, program kurus ini boleh bantu enforce korang untuk ada mindset yang betul dalam aspek berat badan ideal dan sihat ni. Sebab ada orang monitor ni, cuak lah jugak nak cheat diet kan (belum kira isu duit dah dilaburkan, mestilah nak hasilnya juga). yang ni Shai sendiri setuju dan pegang prinsip ni, sebab pada Shai berat dah turun tu, kita nak kekalkan sampai bila-bila. 😀

Jadi sekarang ni yang korang kena fikir ialah bagaimana nak tahu program kurus yang dipilih tu sesuai dengan korang?

Panduan Memilih Program Kurus Yang Sesuai

Dapatkan Nasihat Doktor

Kalau nak selamat, mula-mula dapatkan dahulu nasihat dari doktor dietetik.

Yang akan buat macam-macam test dekat korang untuk dapatkan data tahap kesihatan korang. Ia termasuk tahap kolesterol, bacaan gula, risiko penyakit, alahan, ubatan yang diambil, dsbg. Ada data tu, senang korang boleh rujuk, lagi-lagi nak tengok perubahan sebelum dan selepas ikuti program kurus tersebut. 😀

Kredibiliti Program Kurus Tersebut

Kredibiliti program juga penting agar apa yang korang ikuti sepanjang program tersebut adalah selamat untuk kesihatan korang.

Keserasian

Keserasian juga sedikit sebanyak penting. Mungkin korang yang perempuan segan nak ikuti program yang ada coach lelaki (even yang lembut2 jugak ke kan..), atau korang nak coach yang happening, bukan robotik, atau nak coach yang tegas dengan korang, tak takut nak sound sedas dua kalau korang buat silap, dsbg.

Awal-awal tu korang boleh decide dengan bertanya sebanyak mungkin, serta pastikan approach yang digunakan oleh coach tersebut.

Realistik

Program yang realistik juga penting tau. Korang bukan training nak jadi next Korean idol jadi janganlah diet tu sekadar kimchi dengan nasi waktu pagi dengan buah waktu malam. Realistik dari segi pemakanan, rutin senaman, dan target berat adalah perlu sebab lepas habis program korang kena teruskan elemen-elemen yang telah dipelajari utnuk maintain berat tersebut.

Kalau tak, mendadak naik balik lah berat korang.

Korang yang perempuan nak berdiet teruk sampai body gini ke? Tak mustahil kalau sesuai dengan metabolisme dan rangka tubuh, asalkan diet sihat ja

Dan check keseluruhan program kurus tersebut. Adakah korang akan teruskan apa yang telah dipelajari lepas habis nanti? Jika ya, sesuai lah tu. 😀

 

Kesimpulan

Pemilihan program kurus aspek yang penting sebab dia macam ala-ala hidup dengan mati jugak hehe..duit habis kalau hasil tarak takda guna jugak. Korang ada pernah ikuti mana-mana program kurus yang ada? Cer share untuk kita sama-sama belajar?

*untuk coach kesihatan/kurus yang baca post ini, korang boleh advertise contact details korang di sini untuk rujukan bersama. Free ja. 😀

*korang2 yang nak follow panduan kurus yang Shai sediakan sendiri, klik sini ya.

Sumber: 1,2

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge