AHA Untuk Kulit. Apa Yang Kita Perlu Tahu

AHA untuk kulit, skincare, glycolic acid

Walaupun dah gunakan skrub muka, adakah masih perlu AHA untuk kulit? AHA ini termasuk dalam kategori skrub untuk kulit, hanya mekanisme nya ja berbeza. Kebiasaanya AHA digunakan bila skrub muka yang biasa digunakan tak macam dulu – kulit tetap kusam dan banyak keluar sel kulit mati lebih dari biasa – dan itu yang Shai lalui baru-baru ini.

Penggunaan asid untuk skrub muka bukan benda baru – dah lama ada dah cuma dulu ia sangat pekat dan hanya boleh didapati melalui doktor kulit, untuk kes yang teruk seperti parut ketara, jerawat batu dsbg.

Sekarang ni rezeki betul kita dapat merasa untuk gunakan asid khusus untuk langkah exfoliation kulit, dalam pelbagai kepekatan dan juga dalam pelbagai jenis produk – antara ciri utama asid untuk skrub muka ni.

Dan spesifiknya asid ini kita panggil sebagai alpha-hydroxy-acids; asid yang dihasilkan dari ekstrak alami yang digunakan untuk kulit. Lain sumber asal hasilkan jenis asid yang berbeza (glycolic acid, lactic acid, dan malic acid contohnya) untuk masalah kulit yang berbeza, rujuk carta di bawah:

Dah macam bunyi iklan tapi betul lah ni; menggunakan asid ni banyak manfaatnya (dan safe to a bit better than normal face scrub) lagi-lagi zaman sekarang ni senang giler nak dapatkan.

Dan asid ini umumnya berfungsi dengan ‘larutkan’ bahan yang melekat – analoginya macam gam lah – antara sel kulit (termasuk yang dah mati), dan tarik keluar dari permukaan, jadi kulit muka nampaklah berseri dari kusam dengan sel kulit mati bersepuk lagi atas tu. Malah ia juga membantu untuk penyerapan produk lain macam pelembab ka, essence atau serum ka dengan lebih berkesan. Taklah membazir ye dok

Prinsipnya sama ja macam skrub muka cuma yang ni menggunakan jari jemari kita dan bahan yang berpasir untuk tolak dan buang keluar sel kulit yang dah mati, macam kertas pasir (sebab tu menggunakan skrub muka juga dipanggil physical exfoliation, berbanding asid ni dipanggil chemical exfoliation). 

Dan kat mana nak dapatkan AHA ni? Bersepah ada dah sekarang ni – ada dalam bentuk pencuci muka, toner, serum, produk khas untuk anti-aging, dan juga pelembab dengan formulasi dan kepekatan berbeza ikut kesesuaian kulit korang. Naturally, yang AHA pekat sikit sesuailah untuk jenis kulit berminyak atau dah lama berjemur di luar, manakala yang cair-cair ja sesuai untuk kulit sensitif – ya, penggunaan asid pun sesuai untuk kulit sensitif, hanya pastikan kepekatan tu sesuai. 

Kelebihan AHA Untuk Kulit

Selain ciri-ciri dan kelebihan yang disebutkan tadi, antara manfaat AHA untuk kulit termasuk:

  • Mengurangkan kesan kedutan kulit dan parut halus (lagi-lagi yang bekas jerawat)
  • Meratakan tona kulit secara beransur
  • Mengurangkan kebarangkalian acne breakouts berlaku
  • Bagi kulit berseri-seri giteww (lagi-lagi untuk glycolic dan lactic acid)

Baca lanjut beza AHA dan BHA di sini.

Bagaimana Nak Tahu Jika Produk AHA Itu Sesuai Untuk Kulit Saya?

Umumnya produk AHA yang digunakan untuk setiap hari – pencuci muka, toner, essence – biasanya dalam kepekatan yang rendah (3-5%) dan sesuai untuk kulit berdasarakn apa yang tertera di label (sebab berkait dengan formulasi keseluruhan juga).

Contohnya kalau untuk kulit berminyak mungkin pekat dalam 5% manakala kalau kulit sensitif mungkin takat 3% dan ada banyak hydrating ingredients seperti ceramide ka, hyaluronic acid ka agar kulit korang tak pedih walaupun guna asid. 

Kalau yang digunakan bila perlu seperti rawatan chemical peel yang tu lagi pekat (boleh sampai 20%) dan biasanya dia produk spesifik dan mungkin perlu dapatkan izin doktor dulu (kalau tak naya kulit kena asid wooo). 

Tapi haruslah, nama pun asid ni langkah berjaga-jaga tetap kena ada walaupun kepekatan takat 2% pun. Sentiasa berjaga-jaga sebarang simptom rengsa kulit sebab kita tak tau bila kulit kita jadi sensitif tak memasal (bukannya dia boleh bagitau siap-siap pun). Kalau yang pertama kali nak guna, lagilah korang kena hati-hati ya.

Contoh Side Effect Menggunakan AHA

Antara side effect yang boleh berlaku dekat kulit kita selepas menggunakan AHA adalah kulit rasa pedih semacam, yang boleh melarat kepada kulit gatal-gatal, mengelupas, atau rasa terbakar.

Malah boleh jadi juga kulit korang terlebih sensitif bila terkena cahaya matahari sebab kulit fresh kena asid kan (simptom sama juga kalau pakai retinol). 

Kalau ada je simptom ni cepat-cepat stop dan semak apa puncanya ya: Mungkin terlalu pekat untuk kulit, kena kurangkan kekerapannya atau mungkin kena cepat-cepat sapu pelembab untuk legakan kulit lepas kena asid. Kalau baru cukur, ada bekas kulit terbakar atau ekzema, elakkan terus dulu lah sebab kulit tengah fragile sikit tu. 

Contoh Produk AHA

Tadi ada bagitau yang AHA ada dalam pelbagai jenis produk kan, ni antara contoh produk yang mengandungi aha. Shai share yang biasa ada kat watson atau guardian senang nak cari. 

Contohnya seperti jenama Hada Labo yang ada pencuci muka dengan AHA dan BHA, ikut 3 jenis formulasi iaitu exfoliate, oil control, dan acne control.

Spesifiknya Shai tak pasti apa bezanya seperti AHA bermanfaat untuk ketiga-tiga jenis formulasi tu juga, Shai assume kepekatan berbeza? Jadi elok be safe dengan beli ikut keadaan kulit korang lah iaitu kulit berminyak untuk oil control, banyak jerawat dengan acne control dan kulit jenis lain exfoliate 😀

senarai bahan Hada Labo AHA BHA cleanser
Senarai bahan untuk Hada Labo AHA BHA Cleanser Oil Control

Baca review Shai menggunakan pencuci muka Hada Labo tu, di sini.

Kalau yang AHA+BHA Mild Peeling Lotion tu spesifik untuk peeling, macam yang peeling solution The Ordinary punya; ratakan pada kulit, biarkan sekejap sebelum basuh. Hati-hati kerana peeling solution kepekatannya tinggi sedikit jadi kulit berisiko seperti kering dan sensitif kena hati-hati lebih sikit ya.

Dekat Watson juga ada COSRX (jenama Korea) dan ini antara jenama best seller. Ada AHA/BHA Clarifying Treatment Toner atau Refresh AHA BHA Vitamin C Daily Toner sama prinsipnya seperti pencuci muka disebutkan atas, manakala AHA 7 Whitehead Power Liquid AHA dia kepekatan 7% , tinggi kepekatannya kan? Jadi yang ni elok untuk kulit berminyak/banyak jerawat,dan untuk anti-penuaan, berbanding jenis kering, sensitif atau isu seperti ekzema ni hati-hati lah sikit.

Tengok dia kata recommended guna untuk waktu malam. Sebab formula dia pekat dan menyebabkan kulit lebih sensitif dengan cahaya matahari. Maka sebaiknya guna waktu malam.

Wardah pun ada AHA-based products juga, iaitu White Secret Facial Wash with AHA. Yang ni Shai tengok ada glycolic, lactic acid, malah BHA salicylic acid pun ada sekali (kenapa tak sekalikan BHA dekat label tu tak tau lah).

Senang-senang korang check dekat Watson punya website kat sini, atau cari ja kat kedai Watson/Guardian..senang. 😉

Kesimpulan

AHA ni kira upgrade dari penggunaan skrub biasa dan secara peribadi ni lagi senang nak pakai dari skrub (melainkan korang suka nak rasa kesat2 bila tonyoh dekat kulit), apatah lagi kepekatan dan formulasi dah banyak jenis dalam pasaran, senang korang nak adjust ikut kulit sendiri. 

Korang ada gunakan asid dalam rutin skincare tak? Atau sapa-sapa gunakan yang The Ordinary ka…cer kongsi pengalaman (sellers pun boleh komen sekali). Shai nak guna tapi tak berani hehe..

Kalau nak baca lanjut tentang kecantikan, boleh klik mana-mana pautan di sini ya.

Semoga bermanfaat ya! Share post ni dekat sapa-sapa yang dok mikir nak beli produk jenis AHA ni. 😀

Bacaan lanjut

2 Comments

    1. Ya juga sebab AHA ni mudah sangat dicampur dalam pelbagai jenis produk..tgk yg korea2 punya penuh AHA,BHA,PHA dia?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge