Review Paperlike Screen Protector; Adakah Berbaloi?

screen protector, paperlike, review

Selain casing untuk tablet ni, benda yang perlu diambil kira adalah screen protector sekali. Dan ini review paperlike screen protector, yang dari Jepun punya (bukan jenama Paperlike ya).

Walaupun casing ni agak tebal dan tinggi disekeliling skrin ipad (tambahan pula kita biasa letak tablet pun di rumah, nak2 tengah covid ni ha) tapi risau tu tetap ada; samada jadi ibu, jadi seorang yang clumsy, atau ada anak kecil yang aktif sikit atau ketiganya sekali.

Tempoh hari Shai dapat ipad pro pada harga murah (orang tolak) dan serius rasa bersyukur sangat sebab lepas ni tak perlu nak berebut tablet dengan Naz lagi. Mana taknya Naz susun icon ikut selera dia, dah satu hal nak mencari apps kerja kita (sampai bergaduh lepas tu ish). Jadi ada tablet sendiri ni alhamdulillah, nak buat kerja lebih segera lah sikit.

First hp case iphone kita pun tebal lajak dan lenguh tangan. Sayang woo..

Balik ke topik screen protector ni, selain standard tempered glass kita terfikir juga nak beli yang jenis paperlike tu, iaitu screen protector dengan permukaan agak kasar sedikit untuk stimulasi rasa menulis atas kertas (hence, paperlike as name). Kebiasaanya yang menggunakan screen protector jenis ini yang menggunakan tablet untuk melukis walaupun manfaatnya juga membantu untuk yang menggunakan tablet untuk membaca atau nak menjaga kesihatan mata.

Dan ciri tersebut yang tarik perhatian kita untuk baca lebih sikit tentang screen protector ini.

Kelebihan Menggunakan Screen Protector

Asasnya, ia bersifat screen protector dengan bezanya adalah permukaan tu dibuat untuk rasa seperti kertas. bila disentuh memang rasa kertas tu; cuba pegang kertas A4 n kesat2 jari dekat situ, macam tu lah rasanya.

Dikatakan kelebihan menggunakan screen protector jenis ini selain ‘feel’ atas kertas yang membantu untuk yang kerjanya banyak melukis, ia juga membantu untuk kurangkan kesan ‘glare’ daripada skrin yang sedikit sebanyak kurangkan rasa pedih dan letih dekat mata.

Lebih kurang macam ni jugalah feel menulisnya

Tambahan pula Shai gunakan app OneNote untuk planning (sekali dengan planning menggunakan planner kertas), nak menulis atas skrin pun rasa best sebab ada kesan ‘friction’ di permukaan berbanding atas skrin biasa yang boleh meleret laju – tak syok lah orang kata.

Baca post berkaitan dengan planning di sini.

Review Produk – Adakah Berbaloi?

Kesimpulan review yang Shai boleh bagi: khususnya untuk yang banyak menulis, sangat elok gunakan screen protector ini, begitu juga yang melukis.

Ada downside yang orang kata true tone warna di skrin akan berlari sedikit kalau gunakan screen protector jenis ni (sebab permukaannya matte); yang ni Shai tak dapat confirm sebab pada Shai takda beza melainkan mata tak sakit seperti biasa tengok skrin lama-lama. Mungkin animator/arkitek/ID boleh confirm.

Sebab screen protector yang Shai gunakan secara spesifiknya, jenis 4 lapisan di mana ia lebih halus dan terperinci; di mana ada kesan stimulasi kertas, tanpa beri kesan kepada keseluruhan warna skrin – better transmittance dan lebih melindungi tip apple pencil tu.

Dan Shai beli di kedai shopee di sini. Sangat direkomen sebab produk dan servis keduanya bagus. Seller siap mesej bagitau barang dah pos (ni bonus), dan screen protector di lapis dengan 2 keping polisterin tebal dan dibungkus dalam kotak jadi inshaa Allah tak pecah patah screen protector tu. Tambahan pula, sekali dengan screen protector tu siap kit untuk pasangkan (pelekat, rubbing alcohol, malah kad keras nak ratakan screen protector tersebut).

Harga tinggi, pada Shai berbaloi sebab sekali beli dah setel. Standard screen protector selagi tak dikacau selagi tu dia tak rosak kan. Nak2 lagi ipad ni ha (nauzubillah) takda lah nak bawa dan guna macam hp lagaknya. Kalau tak berani boleh bawa kedai minta pasangkan (mungkin ada upah lah kot); kita buat sendiri je hehe..maaf takda video nak tunjuk sebab nervous nak pasang masa tu.

Korang ada gunakan screen protector untuk tablet korang tak? Standard punya atau jenis kertas macam ni gak?

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge