Review Toner Aiken Tea Tree Oil – Eksklusif untuk Kulit Berminyak?

aiken toner tea tree oil

Shai buat review Toner Aiken Tea Tree Oil ni sebab dah jadi pengguna lama toner ni – dekat 10 tahun lebih kot – jadi ada blog ni bolehlah buat review serba sedikit tentang toner ni. Kalau korang dok terfikir nak beli ke tak mujur sangat boleh baca review ni dulu.

Pengunaan toner dalam rutin kecantikan ni tidak dinafikan lagi memandangkan toner digunakan sebagai langkah kedua dalam skincare routine kita. Cuma tu lah, ada debat serba sedikit samada toner ni betul-betul perlu untuk kulit atau sekadar marketing hype je benda ni. Korang rasa?

Sebabnya toner zaman dulu ni bahan utamanya adalah alkohol yang digunakan untuk tarik keluar serba sedikit minyak yang berlebihan atas kulit – maka secara tak langsungnya toner ni jadi perlu untuk kulit jenis berminyak atau kombinasi. Satu benda tentang toner berasaskan alkohol ni, dia berpotensi untuk mengeringkan kulit (boleh jadi sampai tahap pedih) yang tak sesuai untuk kulit jenis kering atau sensitif.

Sebab tu dulu-dulu ada argument yang toner ni tak perlu untuk kulit, sebab potensinya yang boleh merengsakan kulit yang disebutkan tadi. Kalau jenis berminyak atau kombinasi inshaa Allah takda masalah.

Jadi korang yang kulit jenis berminyak atau kombinasi boleh teruskan baca review ni sebab Toner Aiken Tea Tree Oil ni ada kandungan alkoholnya hehe.

Tip: Kebanyakan toner untuk kulit berminyak/berjerawat ni ada kandungan alkohol yang tinggi. Nak pastikan betul-betul baca isi kandungannya dulu; kalau ada perkataan -ol dekat belakang alkohol lah tu.

Okeh, kita teruskan dengan review toner ni.

Review Toner Aiken Tea Tree Oil

Seperti yang disebutkan tadi, Shai dah gunakan toner ni dekat 10 tahun lebih (idokle botol yang sama, ada pulak toner ni dijual saiz 20 liter ye). Pertama kali Shai gunakan toner ni dalam tingkatan 2 gitu, lepas toner Clean & Clear dah habis. Masa tu takda pengetahuan sangat tentang toner ni, sekadar nak pakai sebab nak cukupkan skincare routine (beauty conscious giteww).

Dulu ni packaging botol lama, beli kat Family Store giteww.. Sumber

Cuma kita tahu waktu tu kulit kita jenis berminyak dan masa tu makan tak betul dsbg jadi jerawat senang dan cepat tumbuh (dengan beberapa kali dekat atas hidung tu kuang asam). Jadi bila survey toner Aiken ni dia tulis for acne okey dah tu (masa tu survey jenama OXY juga tapi saja pilih Aiken ni dulu).

Botol toner ni lebih kurang sama seperti dulu (tak berubah sangat design packaging dia), cuma yang ni Shai beli botol besar sikit sebab pertama kali nampak hehe..

Ni packaging baru, ada yang versi besar punya. Sumber dari Guardian

Senarai Bahan Dan Fungsinya

Senarai bahan dalam toner ni yang terutama adalah air, etanol (kan dah kata ni alkohol), salicylic acid, castor oil, aloe vera, tea tree oil, chamomile, dan esktrak akar enantia chlorantha.

Didapati formulasi ni terbahagi kepada dua iaitu salicylic acid ni (sejenis BHA) yang  berfungsi untuk larutkan minyak dan tarik keluar kotoran dari pori kulit dan tea tree oil untuk bunuh kuman penyebab jerawat (P.Acnes), manakala yang ni untuk counter kesan ‘abrasive’ dua bahan tadi dengan castor oil, aloe vera, chamomile, dan esktrak enantia tu.

Baca lanjut tentang BHA di sini.

Penggunaan Toner

Penggunaan toner ni seperti biasa iaitu selepas cuci muka. Picit sedikit dekat cotton pada dan sapu pada keseluruhan muka, dengan akan ada rasa sejuk-sejuk sebab alkohol dari toner tu. Sebab kita kulit kombinasi dengan isu blackhead dekat hidung tu, biasanya kita picit lebih sedikit dekat cotton pada dan tekap pada kawasan tersebut. Untuk rutin ni, Shai gunakan 2x sehari, pagi dan malam.

Awal-awal penggunaan, memang pedih sikit (agaknya dia nak bunuh kuman jerawat kot) tapi lepas tu okey dah alhamdulillah.

Bagaimana Manfaat Toner Aiken Ni Untuk Jerawat?

Sepanjang penggunaan toner ni, manfaatnya dalam aspek jerawat (dan segala yang sangkut paut seperti blackheads tu) memang berkesan. Masa sekolah tu jerawat tu biasalah nak hadap tapi sekurangnya dengan penggunaan toner ni dia cepat surut dan hilang (juga kemungkinan dari menggunakan krim jerawat OXY sekali).

Sekarang jerawat dah kurang dah dan fokus kita untuk hilangkan blackheads sebanyak mungkin dekat hidung tu membantu dengan penggunaan toner ni. Haruslah, nak clear terus blackheads/jerawat ni mustahil tak datang terus sampai bila-bila tapi sekurangnya kita boleh minimumkan sebanyak mungkin.

Hasilnya kurang blackheads, jarang dapat jerawat, dan kat hidung tu rata dengan banyak pori dah mengecil. Yeah!

Inilah serba sedikit review toner Aiken ni. Jadi adakah Shai akan beli balik?

Kemungkinan ya, bila kita dah guna bertahun-tahun ulang beli dan setakat ni dia buat apa dijanjikan di label toner ni jadi senang tak payah fikir. Kalau nak beli toner lain, mungkin jenis hydrating toner yang kita tengok dalam korean skincare tu. Tapi tu lah, nak beli mahai for me so mungkin lambat lagi lah kot nak beli (unless ada orang mau sponsor small size untuk Shai review?).

Semoga membantu ya. Korang share lah toner apa korang pakai kat komen 😀

Bacaan lain yang mungkin membantu korang:

  • Toner ni langkah kedua dalam skincare routine, untuk langkah lain baca sini, untuk pencuci muka (kalau korang kulit berminyak/kombinasi), baca sini, serius berkesan
  • Shai juga ada review penggunaan essence, digunakan selepas toner iaitu yang Vaseline Rice Water tu. Boleh klik sini.

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge