Tips Untuk Gastrik Yang Utama Untuk Kesihatan

tips untuk gastrik

Tips-tips untuk gastrik yang dikongsikan dalam blog post ni pada kita adalah antara tips yang elok kita pegang sebagai kunci. Sebagaimana gastrik yang bermula dari perut yang memerlukan kita jaga pemakanan, macam tu juga dengan jenis makanan yang kita perlu pilih yang sesuai dengan gastrik yang kita alami. 

Walaupun lain orang lain lain pantangnya dalam gastrik ni (berdasarkan konsultasi/testimoni yang kita dapat), asasnya tips yang dikongsikan ini sesuai untuk diamalkan oleh yang mengalami gastrik, tak kiralah baru sikit-sikit kena atau dah sampai kena endoscopy. 

Serius, korang yang baru sikit-sikit kena gastrik tu elok bermula jaga makan serba sedikit; orang yang dah kena teruk, serius leceh dan azab gak nak cari makanan yang betul-betul sesuai sampai ke tahap dah fobia gamaknya.

Okeh, kita straight to the point untuk tahu apa yang dikira sebagai tips untuk gastrik yang utama

Tips Untuk Gastrik Yang Dialami

Serat Yang Cukup

Mengambil serat yang cukup adalah permulaan bila kita ada gastrik. Serat ni membantu bukan sahaja untuk memudahkan pembuangan (ada kaitan dengan poin kedua) malah ia juga tarik keluar toksin terus dari tubuh. 

Cuba lebihkan pemgambilan serat dengan beras perang atau paling cepat dan mudah beli ja roti gandum atau oat (yang macam quaker tu) dan jadikannya separuh dari sumber karbohidrat harian kita, atau dari sumber sayuran dan buahan yang mengandungi serat.

Cuma tu lah, buah ni isu sensitif sikit sebab lain orang lain pantangnya dalam gastrik, ada buah dia tak serasi walaupun tak tajam/berangin pun. Yang ni kena hati-hati ya.

Baca sini: Sayuran berangin yang elok dielakkan.

Perlu diketahui juga, serat ni terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis larut dan tak larut jadi sebaiknya dapatkan kedua jenis serat ni dalam diet korang ya. 

Sumber Bakteria Baik

Yang poin kedua ni yang berkait ni dengan yang pertama sebab bila kita gastrik, usus kita juga terkesan selain dari perut, dan kadar teruk tu bergantung kepada tahap gastrik yang dialami.

Antara kesan-kesan kepada usus yang kita boleh perhatikan, adalah cirit-birit, pembuangan tak kerap (atau lain dari biasa), sakit perut dan memulas yang amat, atau kalau dah teruk boleh jadi berdarah.

Ini kerana bila asid berlebihan dihasilkan di perut (dari kerja kuman gastrik tu), ia jkuga beri kesan kepada kestabilan bakteria baik-jahat dalam usus tu. Haruslah, bakteria yang baik tu terkesan dan seterusnya menganggu kestabilan usus.

Itu yang kita mencirit memanjang lepas kena gastrik. Seksa woo..

Untuk itu, membetulkan kestabilan usus kita memerlukan kita dapatkan sumber bakteria baik dari luaran, dipanggil probiotik. Samada yogurt ka, tempe, mahupun nak mudah ambil dalam bentuk supplemen terus, kita betulkan balik nisbah bakteria baik dengan jahat dalam usus, dan bantu usus bekerja macam biasa dan paling penting, kuat melawan kesan-kesan gastrik tu.

Tempe ni salah satu peberet Shai 😀

Nota: ikut gastrik masing-masing juga, doktor mungkin akan berikan antibiotik jadi pengambilan probiotik lagilah penting sebab antibiotik ni dia sapu habis bakteria baik dan jahat. Nanti takda dah dalam usus macam mana dia nak berfungsi kan.

Kalau korang rasa poin ni tak penting, ambil kira faktor ni: usus kita pun faktor besar yang menyumbang kepada sistem imunisasi kita. Kalau lemah kat usus, korang senanglah kena demam hehe..

Nak kena gastrik lagi ke? XD

Air Yang Cukup

Rata-rata yang kita konsultasi gastrik air masak selalunya tak cukup atau lagi teruk, part air manis yang berlebihan diambil. Tak hairanlah gastrik dia susah/lambat baik.

Dan air masak yang biasa-biasa tu lah yang akan baikkan keadaan korang dari gastrik. Kalau gitu berapa banyak air yang korang kena ambil?

Ia bergantung kepada individu juga dan atas pelbagai faktor (seperti tahap kesihatan, pemakanan, malah aktiviti yang dibuat) tapi paling mudah gini ja; minum air masak sehingga air kencing tu warna kuning cair gitu yang tu tanda air dalam badan korang dah cukup jadi amalkan kuantiti yang sama setiap hari, dengan lebih sedikit kalau ada berjemur bawah panas ka, atau bersenam ka dsbg.

Lagi-lagi kalau alami cirit-birit lagilah kuantiti air ditambahkan sedikit sebab masa membuang tu cecair banyak keluar gak tu.

Selain air masak, air dari buahan juga pun boleh, atau kurang-kurang teh herba seperti teh hijau yang kaya antioksidannya. Yang penting, utamakan air masak DAN pada masa sama kurangkan atau elakkan terus air manis ke apa tengah gastrik ni.

Baca kebaikan teh hijau di sini.

Tips Lain Untuk Gastrik

Selain pemakanan, terdapat faktor lain yang boleh mempengaruhi gastrik kita juga, iaitu:

  • Stress; makin tertekan boleh beri kesan dekat usus dan sistem penghadaman
  • Tidur yang tak cukup
  • Kurang aktif

Kesimpulan

Korang yang alami gastrik, apa yang korang buat untuk legakan isu gastrik tersebut ya? Kalau post ni membantu, mungkin yang ni pun boleh juga > makanan yang sesuai untuk gastrik. Semoga membantu!

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge