Nak Diet Kena Sempurna Semuanya Kan?

Isu yang biasa kita alami ketika berdiet yang kita kongsikan terus kepada point ja ya: jangan jangka nak diet kena sempurna semata-mata. Mindset ini tak lebih akan menyebabkan korang sangat mudah diet nak kelaut.

diet kelaut

Baca sini, post apa yang korang perlu buat bila diet kelaut.

Maksud Nak Diet Kena Sempurna

Maksud Shai di sini adalah, bila kita mulakan diet (lepas dah tau apa kena makan, apa nak kena senam dbsg) dalam sehari dua lepas tu silap sikit atau tak sengaja, kita terus stop dan anggap diet dah hancus, makan macam biasa balik lah dan esok diet semula.

Tak sengaja dalam ertinya, lupa nak fikir siap-siap kalau makan di luar (kenduri, kawan kerja ajak makan contohnya) nak kena makan apa yang sesuai dengan diet, atau mungkin tubuh masih belum sesuaikan diri yang dia terbiasa fikir kalau nasi belum cukup sebukit pinggan dia akan gerakkan tangan kita untuk tambah nasi sampai macam biasa.

Berlaku kat korang kan? Ia tindakan impulsif dan biasa berlaku ketika di peringkat awal berdiet.

Jadi kitaran tersebut akan berulang. Silap sikit dalam diet terus rasa hancur semuanya, terus melantak balik macam biasa, terus fikir esok nak diet. Esok diet pula (sebab terbiasa makan banyak sebelumnya), rasa susah dan lesu sangat sebab melantak semalam.

http://2fit.org/

Siapa macam ni, angkat tangan. πŸ˜›

Kesempurnaan/Perfectionism Punca Kitaran Sebegini

Faktor menganggap nak berdiet ini memerlukan tindakan, menu plan, dan bahan makanan/peralatan senaman yang tip-top menyebabkan diet kita asyik kelaut, apalagi yang tak mula-mula nak diet langsung (khususnya yang situasinya dah kritikal).

Jadi kalau silap sedikit ja memang habis semua macam domino effect jadinya.

Walhal hakikatnya, tak pun. Ia tak perlukan korang nak diet/nak sediakan alatan yang power dan mahal-mahal – hanya cukup memulakan apa yang ada, dan cubajaya sampai korang tau pattern pemakanan sihat korang, dan tubuh pun dah terbiasa.

Contoh mudah: kita tahu amalan puasa bagus untuk kesihatan kita kan. Dalam rukun pun ada sentuh tentang puasa. Puasa tu berapa hari kita kena buat? Awal2 nak puasa pun rasa seksa nau-nau kan. XD

Malah ada doktor yang buat kajian (dan dikongsikan dalam artikelnya; link di bawah) yang rata-rata mereka yang berat badan naik ni bukan jenis malas pun; tapi sebab expect perfectionism dengan standard yang tinggi yang buatkan mereka rasa cepat nak give up.

Tak boleh silap langsung orang kata.

Cuba check, korang ada tanda2 sebegini tak?

Tanda-Tanda Kita Anggap Nak Diet Kena Sempurna

  • Mula diet mesti nak setiap Isnin
  • Nak hasil yang cepat; sanggup berlapar dan/atau makan supplemen atau produk kurus untuk cepatkan proses tersebut
  • Rasa diet ini adalah pemakanan yang perlu diasingkan dengan apa yang biasa dimakan; iaitu lepas capai target berat badan je terus makan balik macam biasa
  • Rasa diet dan senaman ini adalah satu benda yang melecehkan (tapi nak tak nak kena buat jugak kalau nak kurus)
  • Kuat tak godaan nak makan comfort foods yang ada (teh ais ka, nasi ka, aiskrim ka contohnya)
  • Rasa frust dan benci yang amat kalau tersilap walaupun takat terlebih satu butir nasi?

Apakah Penyelesaiannya?

Untuk lepaskan diri dari kitaran yang menyusahkan ni, korang kena relaks sikit dan adjust mindset korang dalam aspek diet/proses kurus ni.

Jangan expect kena sempurna 100%, tapi turunkan sedikit dengan 80% makan sihat, dan bakinya makan yang korang suka. Contohnya 1 hari makan sihat, malam tu ambillah 1 petak coklat cadbury tu ka, satu teguk teh tarik ka. Langkah ini membantu untuk tak bebankan minda kita sebab at least masih ada can nak makan benda2 best tu (dari takda langsung ye dok).

Anggap makanan/minuman terbahagi kepada makanan yang sihat dan tak sihat. Yang sihat korang banyakkan, yang tak sihat sedaya upaya minimumkan. Setel.

Pilih jenis diet dan senaman yang sesuai dengan situasi/bajet korang. Ada yang memerlukan banyak fulus kalau tak dapat pun takpa – gunakan ja apa yang ada. Benda sekecil-kecil dengan berpantang nasi/banyakkan telur dan ulaman dan aktiviti berjoging/kemas rumah laju-laju/naik tangga dari gunakan lif pun dah bagus dari tak buat langsung.

Letakkan target yang realistik dengan apa yang korang ada. Contohnya kalau dapat takat 0.5kg seminggu pun bagus. Fokus situ ja dulu dari fikir nak kena turunkan 26kg.

Untuk mereka yang ada kecenderungan emotional overeater,Β korang kena betul2 aware dengan emosi korang yang buatkan tangan tu gatal nak ambil makanan yang tak sesuai. πŸ˜€ tarik nafas bila emosi tu datang, ingat balik sebab korang nak kurus, atau tulis dalam buku nota antara langkah yang bagus untuk elakkan emosi mengawal nafsu makan tu.

Serius, nak diet kena sempurna sampai bila pun korang tak kurus-kurus. Dalam tempoh nak tunggu tu berat pun makin naik naik naik lagi banyak kilo nak kena buang.

Start sekarang yek? πŸ˜€

*diet yang dimaksudkan di sini adalah yang menekankan tentang pemakanan yang sihat, agar stamina tip-top, kesihatan korang optimum. Masa tua kalau dah sakit macam-macam tak dan jugak kan. Tu ja. πŸ˜€

Sumber: 1,2,pengalaman sendiri

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge