Tips Diet Mudah Untuk Anak Nak Kuruskan Badan

Bagaimana untuk saya sediakan diet plan mudah untuk anak yang nak kuruskan badan? Selalu kongsikan info mengenai ibu yang nak kurus dan ada juga ibu-ibu yang bertanyakan cara untuk membantu anak mereka berdiet sekali.

Anak Nak Kuruskan Badan, diet mudah untuk anak, turunkan berat anak

Mana tak nya, depa pun ada jugak godaanya kot. Anak berdiet tapi member dia sedap makan mekdi, kepsi, dengan aiskrim dan macam-macam jenis jajan tak terliur anak menengoknya. -.-

Tapi tu lah, nak tak nak kena diet dah kan. Lagi-lagi untuk isu serius yang sehingga doktor pun suruh berdiet sekali.

Mengapa? Sebab tak nak anak pun jadi sebahagian daripada statistik obesiti di kalangan kanak-kanak/muda remaja yang semakin meningkat, seperti yang dijangka dengan pelbagai jenis restoran makanan segera, fast food, dan semestinya kafe hispturr.

*ni bukan nak kondem makanan sebegini, hanya pointing out betapa tinggi perkaitan antara bilangan obesiti, dengan makanan yang ada pada zaman sekarang ni.

Statistik Obesiti Kanak-Kanak

Tak perlu cerita panjang dah; dilihat dengan carta dan rajah statistik ni pun dah cukup menggerunkan.

Jadi, apa yang perlu saya buat untuk anak saya?

Solusi Melalui Pemakanan Sihat

Jawapannya pun sama juga, adalah dengan memastikan anak mengambil makanan yang jenis sihat, sekurang-kurangnya 80% daripada pemakanan harian. Rajah di bawah tunjukkan kita faktor utama berat anak naik tanpa sebabnya.

Nak makan benda-benda tu tak salah pun, kita dewasa pun begitu juga, ia adalah normal. Namun pastinya dengan mengamalkan pemakanan sihat kita akan menjaga tubuh kita sebaik mungkin daripada penyakit yang tak di ingini, namely kencing manis, sakit jantung, strok- penyakit tiga serangkai yang amat berkait rapat dengan pemakanan.

Kitaran berat badan berlebihan di kalangan kanak-kanak

Tips Pemakanan Yang Membantu Untuk Anak Kuruskan Badan

Dan Shai kongsikan serba sedikit panduan dan tips untuk membantu korang menyediakan menu yang sihat untuk anak:

Senaraikan makanan yang sihat yang anak suka, dan kerap ambil dalam diet harian. Siapkan dalam bentuk bekal untuk anak bawa ke sekolah agar ia kurang sedikit kerangkalian untuk membeli makanan di kantin (melainkan terbukti sihat dan cukup nutrisi).

Untuk memudahkan, korang boleh refer resipi di sini (Shai longgokkan dalam blog personal Shai, resipi semua yang jenis cepat sebab malas :P), resipi untuk orang sibuk bekerja untuk penyediaan yang pantas dan boleh dimasak selonggok sekaligus, serta resipi diet bajet. Tak payah lah nak berbento-bento melainkan banyak masa nak buat. 😛

Tip: masukkan sekali makanan yang jenis fat burning. Alang-alang makan, ia juga membantu untuk tubuh membakar lemak yang tersimpan.

Pilih ja 3,4 makanan yang mudah untuk didapati dari senarai ini, dan ambil dengan kerap. Yang wine tu idok le jangan diambil

Bagi makanan yang tak (berapa) sihat yang anak suka, kurangkan. Bolehlah sekali-sekala buat sedikit reward dengan makanan ini. Jangan pantang terus juga sebab ia akan membuatkan anak lebih ketagih nak makan (kita yang dewasa pun begitu juga tau. Asalkan bersederhana lebih utama).

Gunakan sistem reward yang tak berkaitan makanan, untuk membantu anak lebih bersemangat dan melatih untuk stick with healthy habits ni.

Galakkan juga anak untuk catat makanan/minuman yang diambil, untuk membantu dia dan ibu dia sekali semak perkembangan. Secara tak langsung tabiat mencatat ini membantu anak untuk lebih alert ketika makan (kuranglah sikit episod tergoda dia) dan boleh nampak awal sekiranya ada rupa diet nak terbabas.

Panduan paling asas dan mudah di ikuti: jadikan sayuran, makanan berprotein dan buahan sebagai portion utama setiap kali makan. Yang kuning tu nasi/mihun/kuih gitu, di hadkan

Pastinya bawa anak hidup lebih aktif setiap kali ada peluang. Kalau dia balik dengan bas/grab, suruh berhenti jauh sikit suruh dia menapak balik. Atau hujung minggu bawalah pergi berkelah, dan makan dengan menu yang sihat.

Yang isu ini juga kerap terlepas pandang. Pastikan anak juga mengambil air masak yang cukup agar memudahkan proses kurus ini. Air masak yang cukup ni juga membantu untuk clearkan otak daripada residue dia hasilkan neuron tau, jadi mudah ilmu masuk sikit, inshaa Allah.

Kesimpulan

Pemakanan yang sihat asasnya penting dan ia kritikal juga untuk kanak-kanak/remaja sebab mereka dalam proses membesar. Dan pastinya apa yang diambil ketika dalam tempoh itu akan memberi kesan kepada bentuk tubuh, stamina, malah risiko penyakit apabila dia masuk ke fasa dewasa nanti.

 

Sumber: 1,pengalaman sendiri -.-

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge