Tips Produktiviti Waktu PKP

Tips produktiviti waktu pkp Thumbnail


Waktu PKP buat kesekian kalinya, satu rumah terpaksa berkurung sebanyak mungkin di rumah dan ini dibuat juga walaupun PKP dilonggarkan dengan hanya keluar bila betul-betul perlu dan boleh sekali harung (malah kita decide untuk Naz dah tak sekolah sejak PKP 1.0 kot, sebab faktor keselamatan). Pastinya, keadaan tak tentu macam ni beri impak dekat produktiviti kita – benda paling terakhir kita nak dia terkesan.

Ada beza boleh keluar bila kita nak atau tak boleh keluar bila ada sekatan. Susunan aktiviti/urusan rumah kena overhaul terus, malah bertambah juga sebab Naz tak sekolah dan kita buat homeschooling je dekat rumah yang mana sedikit sebanyak ambil masa kita juga (belum kira dia nak menepek sebelah kita, nak attention bila tunjuk something, atau nak tidur pun nak kita guling-guling dengan dia kejap).

Jadi sedaya upaya kita perbaiki sistem produktiviti kita agar boleh buat kerja dengan tersusun, boleh setel pelbagai aspek, dan pada masa sama, me-time untuk penjagaan diri bolehlah ada serba sedikit – tak mustahil kalau kita sedaya upaya keep on top of things tanpa rasa terbeban sangat.

Dan sistem ni kita test dekat 3 minggu, setakat ni sangat membantu dan kita masih steady nak buat kerja dsbg dan boleh rehat tanpa rasa bersalah. Ni pertama kali yang kita boleh confirm rutin ni sesuai dengan diri, berbanding buat bila ada mood atau kalau terpaksa buat menonong macam zombie gamaknya.

Okeh, korang tengok sedikit sebanyak aturan rutin dan tips yang kita kongsikn dekat sini: untuk ibu, ada anak, ada anak autisme, ada online business – mana-mana keadaan ni yang korang ada sama, mungkin boleh membantu sedikit sebanyak macam mana ia bantu kita.

Priming

Waktu malam 

Orang start waktu pagi tapi kita mulakan waktu malam dulu sebab apa kita buat masa ni akan pengaruhi esok pagi betul tak?

Jadi apa kita buat lepas isyak adalah setelkan urusan rumah seperti prep atau masak lauk siap-siap dan masak nasi serta sekali harung kemas dapur.

Waktu malam untuk rehatkan minda jadi waktu ni kita buat skincare routine sambil guna alat untuk urut badan, serta stretching dan meditasi. Boleh sekali harung dengan pasang earphone, kita dengar audio motivasi atau meditasi untuk priming the mind. Siapkan senarai apa nak dibuat esok dan review sebagai persediaan minda.

Malapkan lampu dengan lampu warna oren dan sapu sedikit air EO lavender (buat sendiri je ni) kat hidung bagi mudah tidur. Nak spray kat bantal pun boleh juga. Masa ni tak boleh on komputer, tablet bagai, terus ke bilik tidur.

Buat sendiri macam ni je hehe..DIY gitu

Biasanya satu rumah akan tidur dalam pukul 10pm max.

Tip: ni mungkin pretentious for some tapi pada shai, amalkan solat sunat taubat after isyak untuk tutup hari dengan clean slate untuk esok hari, inshaa Allah mudah urusan. 😀

Waktu pagi

Bangun pagi lepas tahajud/subuh boleh slow-slow gerak, buat teh o panas bagi buka mata sikit. Selalunya kita nak warmup lambat sikit jadi rutin ni automatik (hasil biasakan diri sampai jadi tabiat) lepas solat dsbg dan minum teh, kita akan buat stretching sambil mendengar audio meditasi atau motivasi sikit untuk buka mata dan minda. Masa ni otak masih separa sedar jadi kita sumbat dengan benda-benda bagus sikit hehe..

Bangun pagi biasanya Naz bangun lambat sikit jadi kita buat tugasan domestik apa yang patut seperti basuh baju (jadi bila petang kering dah baju tu) dan juga skin care routine 😀 Kemudian buat kerja kita atau baca buku yang perlu, sehingga Naz bangun biasanya dalam 8am.

Budak ni bila bangun nak ummi dia kat sebelah jadi kita guling-guling jap dengan dia, sebelum suruh gosok gigi dsbg, dan juga mintak tolong susunkan bantal sambil kita buat sarapan dia.  XD

Rutin harian Naz umumnya sama ja sebab sekarang ni duduk rumah, jadi dia main game pun dekat Minecraft komputer, yang diselang selikan dengan pembelajaraan samada dari Google Classroom sekolah atau bahan kita sendiri (dengan merujuk silibus kelas dia).

3 sesi 15 minit setiap hari minimum, dan waktu malam biasanya rutin latihan menulis untuk latih jari jemari dia. Komputer tu bergilir guna dengan Naz, takpalah kebanyakan kerja kita pun gunakan hp dengan tablet ja takda hal. 

Tugasan domestik tak dibuat semua setiap hari (jenuh wei macam tu) tapi diasingkan ikut hari untuk streamlined kerja tanpa ganggu produktiviti harian, di Notion (baca lanjut di bawah). 

Kenapa banyak sangat sebut priming2 ni? Baca sini bagaimana ia beri impak dekat produktiviti kita. 

Planning System Untuk Produktiviti

Dan rutin yang disebutkan ni dibantu dengan menggunakan planning system yang sesuai. Atas orang juga nak gunakan planner jenis digital atau kertas tapi untuk shai nak maksimumkan manfaat kedua-dua jenis kita gunakan dua sekaligus iaitu digital dengan Notion dan kertas dengan ring planner bersaiz A7 – buku nota kecik yang boleh ditukar ganti kertasnya tanpa tulis banyak kali dah. 

Menggunakan Notion

Shai pilih app Notion ni sebab kegunaannya intuitif dan boleh digunakan dekat komputer, smartphone, dan juga tablet – senang kerja nak rujuk apa kena buat atau nak catat apa yang perlu. App yang berkaitan juga Google Calendar (untuk tarikh/reminder) dan juga Google Keep untuk senarai dan nota panjang (contohnya senarai barang dapur, nota cepat dsbg). 

Dalam Notion ni kita longgokkan siap dari urusan kerja, rumah, dan juga homeschool Naz – sebagai master list. Bila disimpan dalam app ni senang kerja juga sebab tak perlu tulis banyak kali dah.

Macam ni rupa app tersebut. Kita boleh tulis, letak senarai, gambar dsbg untuk sistem kita sendiri. Sumber Pinterest

Dan tulis banyak kali, dekat planner A7 ja untuk urusan terkini.

Menggunakan Planner

Dan planner yang kita gunakan adalah ring planner saiz A7 (ye, dah tukar dari planner yang digunakan sebelum ni, korang boleh baca sini hehe) yang kita buat sebagai planner yang sangat simple and minimal, tak pening-pening dengan spreads n stickers dah XD.

Nak follow ig khas kita untuk planner, klik sini ya ^^v

Di planner ni kita ada nota harian (sekali dengan target mingguan), satu bahagian ‘Health’ untuk catatkan makanan yang kita ambil dan senaman yang dibuat (serta apa pembaikan yang boleh dibuat jika ada), serta tab ‘Produktiviti’ yang kita gunakan untuk mencatat sebagai diari, tapi fokusnya kepada produktiviti.

Tab Produktiviti

Dan tab ini lah beri impak yang signifikan kepada produktiviti harian kita agar boleh sentiasa boleh fokus dekat urusan pelbagai, setiap hari dengan konsisten. Bila setiap hari (atau sekurangnya sekali sehari), kita menulis apa yang berlaku waktu kita bekerja, dengan review serba sedikit boleh jadi satu refleksi dan jadi rujukan untuk perbaiki mana yang perlu esok harinya.

Skema je bunyinya, tapi itu yang kita dok buat dan alhamdulillah ia membantu untuk kita fokus, malah konsisten amalkan tabiat ini berterusan. Memang beza antara hari yang buat atau tak –  hari yang tak banyak membuang masa sampai tak produktif jadinya.

Sekurang-kurangnya dengan mencatat ni kita nampak dengan jelas apa yang kita buat bagus atau tak, depan mata nampak hitam putihnya. 😀

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, ni lah yang kita dok amalkan sekarang ni sewaktu PKPKPPKPP sekarang ni. Membantu kita fokus dan semangat sikit nak menguruskan urusan, pada masa sama sedikit sebanyak rasa bersyukur pun ada sebab ada urusan nak diuruskan agar lebih terurus hehe..

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge