Resipi Aromaterapi Lavender spray untuk tidur

aromaterapi, lavender, anak hiper,

Spray ini Shai buat sebab kebetulan ada banyak lavender essential oil dalam stok yang dibeli jadi dari terbiar macam tu baik buat something ye dok. Dulu Shai pernah buat lavender balm tapi macam leceh nak buat dan guna jadi Shai buat dalam bentuk spray senang ja.

Tujuannya, sebab nak bagi tenang dan senang tidur dan secara spesifiknya, nak bagi Naz cepat tenang dan tidur hehehehe….

Lavender essential oil ni biasa digunakan sebagai terapi menenangkan sebab aromatic compounds dia berguna untuk receptor dalam badan kita untuk ketenangan. Tambahan pula, lavender ni minyak yang versatil yang bukan sahaj guna untuk releks, tapi juga untuk kulit gatal2, terbakar, mahupun untuk jerawat sebab ada anti-inflamasi sekali.

In a way Shai rekomen, kalau baru first time nak beli essential oil ni, mulakan dengan lavender.

Cara membuat Aromaterapi Lavender spray

Untuk buat senang ja, hanya perlukan satu botol spray (kecik2 ja, beli kt DIY bahagian kosmetik tu) dan isikan air masak, serta titiskan beberapa lavender dalam air tersebut.

Kuantiti titisan ni ikut korang lah. Kalau nak mild sahaja baunya, memadai 5-7 titisan, kalau nak bau kuat, dalam 15 cukup dah. Jangan over nanti sakit hidung nak bau nya. XD

Ada resipi yang letakkan gliserin dalam resipi ni, untuk mudahkan minyak lavender ni larut dalam air tapi Shai takda jadi bedal je lah. Takpa, hanya goncang2 sebelum guna pun dah jadi.

Lihat gambar di bawah ya.

Cara penggunaan Resipi Aromaterapi Lavender spray

Goncang2 dan spray aja dekat ruang bilik atau di tilam dan bantal. Sebaiknya spray dalam 10 minit sebelum nak tidur baru bau tu blend elok dengan suasana ruang bilik.

Inshaa Allah orang2 yang bau tenang sikit dan dok diam2 ja, lagi2 kalau anak hiper/tak boleh duduk diam ia amat membantu.

Alang2 spray ni juga berkesan untuk kulit yang gatal2 atau berjerawat, spray sedikit sebagai toner (buat patch test dulu takut kulit sensitif dengan minyak ni).

Semoga membantu! 😀

mommylotte

Bacaan lanjut

2 Comments

    1. Harganya mmg boleh tahan?shai beli yg dekat kedai online di carousell ja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge