Minda Media Sosial

Media sosial ni asalnya suatu aplikasi untuk berhubung dengan yang kita kenal, sekarang dah jadi satu alat untuk berdiskusi, kongsi info yang berguna yang tak ramai tahu, apalagi sebagai alat untuk buat pembelian. Sampai ke tahap kalau takda aplikasi media sosial tu macam terputus hubungan dengan dunia luar.

Cuma tu lah, selain ciri-ciri aplikasi(app) tu yang digunakan untuk manfaat kita, suatu yang membezakan antara aplikasi tu dan secara tak langsung boleh beri kesan kepada mindset kita adalah algoritma.

Algoritma

Algoritma ni adalah satu bentuk sistem/kod programming dibuat dalam app untuk hubungan kita dengan pengguna lain, ikut target app tu. contohnya macam facebook dulu dikatakan sebagai app untuk kenal balik kawan, saudara lama tu yang kita dok add member sekolah, atau makpak kita add bau bacang jauh nak kenal-kenal balik. 

Maka apa sahaja update mahupun page yang di cadangkan akan selari dengan minat kita (ikut data dan avatar pengguna yang dia simpan). Di situ kita berkongsi info/pendapat dengan yang sekepala dengan kita, malah boleh tulis panjang2 untuk bacaan kawan/fanpage kita. 

Contohnya kalau suka berkongsi resipi, like page resipi atau ibu2, page atau group fesyen, anak, dan memasak akan dicadangkan dekat feed kita. 

Kalau twitter pula sebab ia direka untuk kita dapatkan informasi terkini atau berita (yang waktu tu agak lambat), ia direka untuk lebih terbuka sebab kita nak dapatkan info terkini pun tak selalunya dari saudara terdekat (melainkan kabel kuat atau ada gosip hangat) jadi reach app tersebut lagi jauh sampaikan pengguna yang kawan kepada kawan kita like suatu berita (dari CNN contohnya), benda tu pun boleh masuk feed kita sama. 

Dalam twitter boleh ja nak kenal kawan lama etc seperti di facebook, cuma outlet dengan luar circle kita masih ada (contohnya kawan komen dekat orang yang luar dari kita, pun boleh tengok), serta posting ditulis dalam bait-bait pendek yang memerlukan rumusan ayat yang terhad. 

Nak berjela2 tulis boleh tapi kerjanya lebih sedikit berbanding di facebook macam tulis biasa di microsoft word ja. Bila ada sedikit halangan nak menulis panjang, kita secara tak langsung dipaksa untuk menulis mengikut poin dan konteks, atau pembaca yang nak komen akan berhujah pada poin tertentu dengan quote tweet tersebut. Contohnya poin 5 ada kurang tepat fakta, dia akan komen di poin 5 ja sambil ambil kira keseluruhan konteks bebenang hujah asal.

Kalau facebook? Kalau takda nombor susahlah sikit nak merujuk ayat/perenggan mana. Jadi kebanyakan masa akan berhujah dengan keseluruhan konteks yang berisiko untuk hilang poin asal

Dan dari algoritma ini kita dapat berita atau ‘post’ di newsfeed kita ni, yang bila kita baca yang berpotensi sedikit sebanyak, mempengaruhi minda dan mindset kita. Yelah tiap masa buka app tersebut, apalagi bangun pagi terus buka app untuk baca apa yang terkini, kan benda tu sedikit sebanyak pengaruhi minda separa sedar juga kan. Apa lagi feed yang kita baca sepanjang hari akan pengaruhi mindset kita juga.

Mindset, iaitu paradigma, had, dan perspektif kita.

Dan ini yang kita perasaan perbezaan mindset tersebut. Perbezaan yang asalnya takda masalah pun sebab lain pandangan boleh buka perspektif kita dengan idea lain.

Masalah tu datang kalau dah sampai melampaui rasional dan logik akal sebab nak ikut arus sangat dalam conformity. Apalagi kalau sampai beri kesan pada orang lain.

Contoh ayat quoted dari ahli psikologi Alex Anastasiou:

“Basic human psychology suggests that people have a tendency to conform to their ‘group’ so that they can fit in and be well-liked. ” He adds that this “groupthink” not only quashes original thought, but can even be dangerous in some cases when the desire for conformity results in exaggerated or irrational decision-making. 

Sumber

Dan fitur ini yang dimanipulasikan pihak tertentu.

Kat tempat dia boleh goreng, sehabis garing dia goreng sampai orang tak nampak mana salahnya. Carilah siapa yang MO dia begitu. Ataupun buat viral dengan sesuatu yang kontroversi kemudian counter dengan sesuatu yang berunsurkan yang baik (selalunya, agama lah). Sebab tahu dah, kalau kontroversi orang akan berkongsi, membawang, dan benda tu jadi ‘word of mouth’ marketing = viral.

Di twitter tak boleh sangat sebab akan dilawan dengan fakta (samada rujukan akhbar, jurnal, dsbg) atau kalau dapat goreng pun orang akan selidik sekejap ja jumpa. Tapi di facebook dia cerita ayat panjang lebar – selit bab agama – sampai hilang poin jadinya. Dia tahu orang di facebook macam mana – yang tua-tua, mudah lembut dengan ayat-ayat berkarisma dengan ayat atau gambar agama dsbg. 

Tak campur dengan kita yang berzaman angguk geleng pada yang ada kuasa/kedudukan tinggi dari kita walaupun terang bersuluh buat zalim n aniaya. 

Pada kita, tak lebih perbuatan yang manipulatif sebab depa tahu apa yang depa buat. 

Ni bukan nak backup twitter ke apa, tapi nak tunjukkan bagaimana algoritma dalam aplikasi yang kita gunakan setiap hari boleh mempengaruhi mindset kita, dan dari mindset ini akan pengaruhi percakapan, perbuatan, malah boleh membezakan antara membantu atau menghalang orang terdekat kita.

Contoh

Contoh mudahlah, budak tahfiz yang kena di sekolah madrasah yang ibunya nak fight, Bila dikongsi perjuangannya ramai yang mencadang agar tidak diperbesarkan demi menjaga aib – dari mana agaknya?

Walhal dalam agama kita dibolehkan untuk maklum perbuatan jahat/zalim dekat pihak yang ada autoriti, serta sebagai pengajaran orang lain. < kan di dah sampai kacau rasional dan suruhan agama. Belum kira anak perempuan kena bantai dengan bapak/atuk/abang sendiri pun sama sebelum ni. Sekarang ja, baru statistik kes naik pun lepas ada kesedaran di media sosial dari pihak yang berkongsi cara dan pendapat tentang isu tersebut, maka ibu bantu anak buat report.

Kalau dulu? Jaga aib kekdahnya. Sabar untuk pahala.

Begitu juga lepas kecoh pedofilia yang belajar di ukm lepas selama ini disembunyikan, jadi satu isu besar sehingga menteri kena buat statement – kuasa macam ni ada manfaatnya, untuk tunjukkan benda baik diperjuangkan, tak seperti dulu yang didiamkan, share benda happy2 je.

Ni yang kita nak tekankan, algoritma app media sosial yang kita gunakan sebagai faktor yang mempengaruhi mindset kita.

Jadi, adakah algoritma itu dipersalahkan? Rasa-rasa?

Kesimpulan ni dibuat sebab perasan ada beza gaya dan tutur bahasa antara kedua app ni, memang nampak peel yang berbeza. Kalau takda, masakan ada ‘aliran’ budak twitter’ dengan orang facebook. Sorang screenshot di platform sini, bash dekat platform dia samada dari facebook atau twitter. Jurnal ini fokus kepada app Instagram, namun premisnya sama iaitu tentang mindset (spesifiknya growth and fixed mindset).

Tak usahlah nak buat separation semata-mata media sosial yang kita gunakan ni, itu yang lagi akan dimanipulasi oleh orang2 tu.

Mungkin ini hikmah, dulu cukup makan pakai kita tak sedar sangat, tapi lepas ramai dalam kesusahan sehingga benda asas pun tak cukup, makin ramai buka mata lihat apa yang ditekankan selama ini, adalah salah. 

Tak perlu nak lihat perspektif belah sana atau sinun, memadai kuatkan kesedaran diri dan perbaiki mindset yang lebih penting, untuk diri sendiri terbuka minda dan bertanya untuk kepastian. 

Lebih baik dari sekadar tadah mata untuk disumbat info sehingga tak boleh beza betul, salah, dan logik sampai kesannya bukan sahaja kita tapi orang lain pun jadi mangsa.

Lagi teruk, mangsanya anak samada sendiri atau orang lain. 

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge