Resipi Oopsie Bread Yang Lengkap

Antara resipi yang popular dalam diet atkins dan juga diet rendah karbohidrat yang lain, adalah resipi oopsie bread. Pelik juga namanya, apa yang ‘oops’ ek? Namun pastinya, resipi ni jadi peberet untuk mereka yang nak berdiet tapi masih lagi teringin nak makan/merasa roti.

resipi, resipi oopsie bread, resipi mudah diet, diet rendah karbo, roti atkins

Mana taknya, satu keping roti paling basic pun dalam 10g sekeping (kalau atkins fasa 4 atau aras had karbo korang tinggi dah takpa jugak kan). jadi dengan oopsie bread ni kurang-kurang selain melepas gian makan roti, selain jaga had karbo sekali sebab umumnya sekeping tu dalam 1-2g karbohidrat ja, lebih kurang dengan sebiji telur.

Malah bagusnya roti ni korang boleh jadikan dia dalam pelbagai resipi seperti burger, sandwic, malah sebagai buat kunyah2 dengan jadikannya garing macam kerepek (bakar lebih sikit sampai garing tepi tu). Versatil lah kan.

Jadi Shai kumpulkan resipi membuat oopsie bread (juga dikenali sebagai cloud bread, sebab mat saleh yang buat resipi ni tengok dia gebu2 macam awan kot) dalam satu blog post untuk memudahkan korang refer. Jadi bookmark post ini ya. 😀

Resipi Oopsie Bread

Untuk membuatnya, sediakan 3 bahan asas ni ja dulu

  • 3 biji telur gred A yang diasingkan putih dan kuningnya (kuning tu tak boleh ada sekali ya)
  • 3 sudu besar krim keju (apa-apa jenama boleh)
  • 1/4 sudu krim tartar (boleh ganti dengan baking powder dengan kuantiti yang sama)

Sebagai perasa tambahan, korang boleh letakkan gula perang, madu lebah, stevia, mahupun ekstrak vanila untuk perisa sikit.

Nak letak pewarna pun ikut koranglah. XD

Cara Mudah Membuat Oopsie Bread

Langkah untuk buat roti awan ni:

  • Pukul putih telur dengan 1/4 krim tartar atau baking powder sampai naik ‘peaks’ putih telur tu. Ia penting agar roti tu nanti gebu2 elok ja. Nak senang kerja, gunakan mixer
  • Kacau kuning telur dengan keju tadi (serta perisa tambahan yang korang nak) sehingga campur elok. Tak perlu gunakan mixer, memadai kacau dengan sudu/spatula ja.
  • Masukkan bahan 2 ke dalam 1, dengan spatula fold dengan teratur sampai sebati. Jangan pukul ke apa untuk elakkan gebu/peaks dari putih telur tadi hilang
  • Cepat2 skup adunan ke atas kertas baking dan bakar dalam oven 150C dalam 20 minit, atau sehingga dah bakar perang cantik roti niSiap! Instagram roti tu sebelum makan. 😀

Roti ini boleh disimpan dalam bekas bertutup dalam 3 hari. Kalau nak buat stok, boleh tahan sampai seminggu lepas simpan dalam freezer (bagi sejuk dulu, sebelum dibungkus untuk elak wap2 panas buat roti tu cepat basi).

Jadi seminggu sekali buat stok siap2 (bajet sehari nak makan berapa keping), dan keluarkan bila perlu ja.

Oopsie Bread Dengan Menggunakan Microwave

Untuk tambahan, Shai letakkan sekali resipi yang menggunakan microwave (sebab kat rumah takda lagi huhu..)

Cuma adjust sikit dengan gunakan putih telur ja, dipukul sekali dengan krim tartar/baking powder sehingga ada peaks, tambahkan krim keju tadi. Letakkan dalam bekas adunan dan bakar dalam microwave 3,4 minit gitu dalam medium heat.

Haruslah, tak secantik dengan menggunakan oven. Tapi dari takda langsung ok lah kan. 😀

Adaptasi resipi dari: 1,2, 3, 4,

Kesimpulan

Semoga membantu ya. Korang biasa gunakan resipi apa dalam diet low-carb korang? 😀

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge