Kesilapan Yang Biasa Dibuat Dalam Diet Rendah Karbo

Ada tak korang lakukan Kesilapan yang biasa dibuat dalam diet rendah karbo? Kadang-kadang ada masa kita tak sedar pun yang kita buat silap tersebut, sampailah datang sakit perut, sembelit, mahupun berat statik memanjang je. Baca lebih lanjut, dan check samada korang ada terbuat satu dua silap2 ni.

Kesilapan Yang Biasa Dibuat Dalam Diet Rendah Karbo

Mengambil Terlalu Banyak Karbohidrat

Dah nak buat diet rendah karbo tapi ambil terlebih karbohidrat tu macam tak kena pula hehe.. Tapi biasanya ia adalah antara kesilapan yang biasa kita lakukan, sebab kita sendiri tak pasti kandungan karbohidrat dalam makanan yang kita ambil.

Umumnya, pengambilan karbohidrat sebanyak 50g dalam sehari boleh kickstart tubuh untuk mulakan proses ketosis dalam tubuh, dan jika korang kira dan pastikan tak lebih kad tersebut, inshaa Allah diet korang ok ja.

*bergantung kepada jenis diet yang korang follow ya, untuk tentukan berapa had karbohidrat yang boleh diambil dalam sehari. Contohnya macam atkins fasa 1, maksimum 20g ja.

Kesan terlebih karbo dan gula kepada tubuh kita. Sumber: http://www.healendo.com/

Mengambil Terlalu Sedikit Karbohidrat

Ah sudah, terlebih kurang pun masalah jugak ke?

Ya, even terlalu rendah karbo pun jadi satu masalah juga sebab karbo itu sendiri salah satu nutrisi makro yang korang kena ambil (yang lain adalah protein dan lemak sihat). Jadi sebaiknya ikuti menu plan dan had karbo diet korang untuk elak ambil terlalu sedikit karbo, dalam sehari.

 

Klik sini untuk baca lebih lanjut tentang nutrisi makro

Terlebih Mengambil Protein

Bila kita kurangkan sumber karbohidrat, sumber lain yang akan ambil alih iaitu protein. Cuma apabila ia tak diukur ia akan menyebabkan kita mengambil lebih daripada sepatutnya, dan seterusnya mengurangkan kesan ketosis yang diperlukan dalam diet rendah karbo ini.

Sebab terlebih ambil protein buatkan tubuh kita hasilkan glukos, menghalang untuk tubuh masuk ke mode ketosis. Jadi solusinya adalah kenalpasti had protein yang korang kena ambil, dan balance dengan lemak sihat sekali.

 

Sumber: https://nchstats.com/2010/03/03/adults%E2%80%99-daily-protein-intake-much-more-than-recommended/

 

*umumnya, sebab protein ni jenis mengenyangkan, kita makan sikit pun rasa dah cukup – isu ini berlaku bila diet kita tak seimbang, dalam diet rendah karbo sekalipun.

Tidak Mengambil Sayuran

Yang ni biasa dilakukan, oleh orang yang kureng mengambil sayuran ni hehe..

Tapi nak tak nak, sayuran perlu sangat9 diambil, lagi2 bila korang amalkan diet rendah karbo yang sedikit sebanyak membebankan tubuh nak bakar lemak berlebihan tu. Sayuran ada nutrisi vitamin dan mineral, serta serat yang penting untuk tubuh korang berfungsi dengan optimum, jadi jangan skip ya.

 

Manfaat sayur kepada tubuh kita. *bergantung kepada diet kita, yang tinggi gula tu sebaiknya kurangkan/elakkan dulu sebab kandungan gulanya yang tinggi Sumber: https://achievecompletewellness.wordpress.com/

Tidak Mengambil Natrium Dengan Mencukupi

Apabila kita mulakan diet rendah karbo ini, salah satu kesannya yang positif adalah mengurangkan tahap insulin dalam tubuh kita; cuma dalam proses ini juga, insulin yang asalnya signal buah pinggang kita untuk pegang natrium tersebut supaya elektrolit dalam tubuh kita seimbang, akan terganggu proses tersebut dimana natrium tersebut (yang dianggap sebagai lebihan) dibuang oleh buang pinggang kita.

Tu yang kita biasanya pening2, sakit kepala, dan letih semacam ja untuk beberapa hari pertama berdiet rendah karbo ni. Dan juga perut buncit biasa cepat hilang dan berat cepat turun; sebab bloated dan berat air telah dibuang dahulu.

Sumber: http://www.janaheath.com/

Untuk solusinya, adalah mengambil multivitamin dalam diet korang, tambahkan secubit garam dalam masakan, atau senang dalam sayuran segar dan makanan berprotein dah ada siap2 natrium tersebut.

Kurang Perancangan

Sesiapa yang main taram diet rendah karbo ni dalam seminggu biasanya akan stop sebab diet kelaut; kurangkan perancangan yang teliti menyebabkan kita cepat semput dan give up untuk teruskan diet ini, walaupun kemungkinan ia bagus untuk korang.

Sebab pada Shai personally, benua kita memang jadikan nasi makanan ruji, jadi tekak kita dah terbiasa makan nasi. Cuma tu lah, berbanding dengan zaman dulu yang banyak menggunakan tenaga, kita la ni cenderung mengambil lebih dari sepatutnya. #hardtruth

Jadi nak berdiet rendah karbo ini bukan sekadar membiasakan perut; kita juga sedang membiasakan minda kita untuk lepas ini, mengambil nasi ala kadar dan melebihkan sumber makanan yang lebih sihat.

Tak suruh pun haramkan nasi. Cuma kena ambil berpada cukuplah ja. Ziana Zain pun takat makan 2 sudu nasi sehari dulu okayyy.

Baca sini, sebab biologi mengapa tubuh dan minda kita susah nak buat perubahanDan juga apa perlu dibuat selepas diet kelaut

Tak Sabar

Banyakkan bersabar bila berdiet ini sebab perut dan minda kita kena biasakan dengan tabiat baru ni yang pastinya mengambil masa. Tambahan pula, berat lemak yang kita dah kumpul dekat bertahun-tahun, ambil masa juga nak buang kot.

Cuma tu lah, lemak yang bertahun perap bawah kulit, nak buang ambil masa kurang setahu ja, inshaa Allah. Jadi ok lah fat burning rate macam tu kan, dari bertahun jugak nak buang.

[bctt tweet=”Jadi, banyakkan bersabar. Enjoy the process, tak perlu stress untuk mendapatkan berat badan ideal korang :)” via=”no”]

Kesimpulan

Korang ada terbuat mana-mana silap seperti yang disenaraikan ni tak? Jika ada, rilek ja, ia benda biasa. Asalkan korang dah kenal pasti mana silap korang, lepas ni jangan buat lagi, pasti usaha korang dapat bentuk badan baru akan tercapai dengan cepat.

Sebab ada ja kebaikan mengamalkan diet rendah karbohidrat ini. Baca di sini ya.

Amin2!

 

Sumber: 1,2,

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge