Diet Kelaut? Apa Kena Buat Selepas Itu

Bila diet diet kelaut apa korang kena buat lepas tu? Diet kelaut ni adalah antara isu yang biasa kita alami, malah boleh kata ‘wajib’ sebenarnya bila kita dah tetapkan diri nak berdiet sekian-sekian untuk sementara waktu.

Jadi bila korang tercheat tak kiralah baru kali pertama (atau dah beratus sebelum ini), jangan risau sebab ia sesuatu yang normal, asalkan korang tahu nak kena buat apa lepas dah terbabas, nak betulkan balik seperti yang dikongsikan dalam post ini.

Sedihlah..Sebab Apa Saya Asyik Diet Kelaut Ni?

Lain orang lain tahap kesihatannya, dan lain cara makannya, jadi boleh kata banyak sebabnya diet kita kelaut buat kesekian kalinya. Namun pada pandangan Shai boleh disimpulkan dengan dua faktor utama iaitu kurangnya persediaan dalam diet, tubuh/minda kita belum menyesuaikan diri sepenuhnya dengan cara pemakanan baru ini, dia fikir kita ni buang tebiat hehe..

[bctt tweet=”Making changes will always make you met with resistance. Deal with it.” via=”no”]

Antara sebab lain diet kita asyik terbabas ni:

  • Diet yang dibuat terlalu strict
  • Diet yang menyebabkan kita berlapar
  • Menu pemakanan yang tak memberikan nutrisi yang mencukupi
  • Kurang persediaan (fizikal dan mental) yang cukup
  • Asyik fikir ko tengah diet, sudahnya stress bila berdiet hehe..
  • Menganggap bila diet ni bermaksud kena haramkan terus segala makanan yang disukai

Korang yang ada isu sebegini mesti terdetik ‘patutlah…’

Jadi, Apa Kena Buat Lepas Diet Kelaut Ya?

Maafkan Diri Sendiri Dulu

Kena touching sedikit. Tapi serius cara ini amat membantu untuk kurangkan stress ketika berdiet ni. Maafkan diri sendiri ni bererti korang tahu apa silap korang bila terbabas diet, dan korang ambil tindakan yang betul supaya ia tak berlaku lagi.

So, korang tahu apakah punca2 diet korang kelaut memanjang? Walaupun ia berpunca daripada tiada sokongan daripada keluarga terdekat sekalipun, senaraikan jugak. Ia akan bantu korang kenalpasti apa isunya dan ambil tindakan untuk korang lebih fokus dalam diet korang.

http://gph.is/2ctbLtK

Teruskan Makan Je

Bermaksud makan yang sihat lah, dan yang tersenarai dalam diet korang tu. Dah tahu korang melantak nasi briyani sampai terbabas diet terus asingkan yang elok dan simpan dalam bekas untuk dimakan bila keadaan mengizinkan (kalau dah mengidam sangat).

Simply stop makan makanan tersebut. Dan sambung dengan pilihan makanan yang lebih baik dan sihat nutrisinya, walaupun sekadar telur rebus dengan pok choy stim sahaja.

Dalam berkait soal makanan ni yang menjadi faktor terbesar dalam aspek diet, elok juga korang kenali jenis tubuh korang untuk ketahui makanan/nutrisi yang perlu diambil.

Pastikan Nutrisi Mencukupi

Dalam soal makanan ini juga bermaksud nutrisi harian MESTILAH mencukupi agar kekurangan nutrien tersebut tak menjadi asbab diet kelaut lagi sekali. Serius, bila kurang satu nutrien sekian-sekian, tubuh kita akan bertindak balas dengan mengidam sekian-sekian – di mana yang mengidam ni selalunya jenis makanan yang tak berapa sihat – itulah yang buat diet terbabas.

Antara faktor utama nutrisi yang kurang adalah:

  • Protein (selalu kita makan nasi/mee/mihun dsbg lebih daripada lauk)
  • Kurang air masak dalam sehari
  • Kurangnya lemak sihat (diet orang kita umumnya kurang part ni, dibandingkan dengan diet mediterranean atau diet orang2 Arab)
  • Kurangnya vitamin dan mineral (biasanya untuk orang yang kureng makan sayur dan buah HARI-HARI)
Ikuti senarai ini, mana satu yang menyebabkan korang mengidam setiap kali berdiet?

Solusinya?

  1. Dapatkan multivitamin yang korang suka untuk cover siap-siap nutrisi yang lompong. Kadang2 susah nak bajet apa nutrisi yang shot dalam setiap makanan kita.
  2. Telan minyak ikan atau minyak zaitun untuk sumber lemak sihat (boleh dalam bentuk kapsul atau tabur dalam salad; janji makan)
  3. Air masak cukup sampai air kencing warna kuning jernih, serta
  4. Lebihkan lauk dan pantang dahulu nasi/mee/mihun tu, mulakan dengan apa yang mudah, untuk membiasakan tubuh dengan diet/cara makan baru dulu
  5. Kerapkan baca ilmu2 berkaitan diet yang korang ikuti, dan/atau pemakanan sihat, untuk membiasakan mindset dengan cara pemakanan baru. Sebab kita tercheat biasanya sebab minda kita, jadi kita psiko balik semula untuk elak episod ‘berat badan idamanku musnah’ lagi sekali. Inshaa Allah.

Korang boleh baca tentang nutrisi iaitu mikro dan makro, di link ini.

Halang Apa Sahaja Faktor Yang Membuatkan Diet Kelaut Lagi Sekali

Lain orang lain faktornya dan halangannya dalam berdiet ini, jadi korang buat ja dulu apa yang termampu, sebaik mungkin tau.

Antara cadangan yang boleh Shai berikan 😀

  • Kalau asyik rasa nak mengunyah: sediakan kudapan yang sihat dan tak ganggu diet tersebut dan rajinkan diri buat stok makanan sihat siap-siap
  • Kurang sokongan keluarga/rakan sekerja dsbg: bagitau terus yang korang tengah diet dan minta tolak ansur yang korang tengah usaha nak jaga kesihatan korang. Ada bunyi2 eleh tu abaikan ja lah, nanti korang ‘elehkan’ balik bila dapat berat target nanti hehe.. cari grup support kurus yang ada dan korang update lah perkembangan di situ. Shai punya ada ja sini, tapi maaf, hanya wanita only. 😉

Kesimpulan

Shai cakap siap-siap, nak diet ni tak susah mana melainkan ia hanya memerlukan komitmen yang berterusan sahaja. Sebab diet ni pada Shai adalah menukar cara makan kepada yang lebih sihat. Dan pastinya ia tak bermaksud untuk haramkan terus makanan yang korang suka (aiskrim ke, kek ke, dll).

Sementara nak diet sihat balik ni, pantang lah dulu sekejap. Ye dok?

Rujukan: 1,2,3, pengalaman sendiri( berapa banyak kali dah terbabas sebelum ni huhu)

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge